CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Universiti Terpaksa Ikat Perut, Catu Makan Atau Puasa Je Sebab Harga Makanan Mahal Sangat

26-1-2023 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7393| Komen: 205

Kuala Lumpur: Pelajar universiti tidak terkecuali dari turut merasa tempias kenaikan harga makanan yang didakwa meningkat susulan peningkatan harga bahan mentah di pasaran sehingga menyebabkan mereka perlu mencatu makanan.


Rata-rata pelajar mengakui resah dan terpaksa mengambil langkah untuk berjimat dengan 'ikat perut', langkau makan atau memilih makan mi segera sebagai alas perut.

Pelajar Sarjana Muda Semester 5 jurusan Kimia Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Iffah Nur Fasihah Laznan, 22, berkata, disebabkan harga makanan meningkat, dia perlu berbelanja sehingga RM15 sehari hanya untuk dapatkan satu pinggan makanan yang lengkap berbanding dulu.


Gambar Hiasan

Menurutnya, harga makanan kini berbeza dengan terdapat sesetengah kedai makan menaikkan harga makanan RM1 hingga RM2 bagi nasi lauk ayam.

"Dulu, nasi lauk ayam saja RM4. Tapi sekarang bergantung pada kedai ada RM5 ada RM6 untuk lauk nasi dan ayam. Tambahan program nasi bajet harga RM3.50 pun dah tiada jadi agak susah menampung perbelanjaan makan.


"Kalau makan dua kali sehari, sarapan kuih atau roti canai RM3, dan makan malam RM8 berlaukkan ayam goreng, kuah kari dan air manis. Tapi kalau setiap kali makan ada lauk ayam memang akan lebih dari RM10 jadi kena ganti dengan lauk murah seperti tempe atau telur," katanya.

Menurutnya, dia perlu sentiasa berjimat memandangkan peruntukan bulanan bagi makanan hanya RM300 hingga RM350.

"Ada masa saya memilih untuk langkau makan pagi serta tengah hari dan hanya makan berat waktu malam saja jadi sementara tunggu nak makan nasi waktu malam, saya akan makan biskut, roti, 'jajan' atau mi segera dulu," katanya.

Bagi pelajar sarjana muda Semester 6 jurusan Sains Matematik UiTM, Siha Khalil Aznan, 24 berkata, perbelanjaannya melonjak sehingga lebih RM15 sehari berbanding sebelum ini.

"Dulu kalau ambil lauk ayam atau ikan saya boleh dapat ayam besar, sayur, dan kuah dengan nilai RM5 saja.

"Tapi sekarang ambil lauk ayam dapat ayam bersaiz kecil seperti nak bagi semut makan, sayur sedikit dan kuah, saya kena bayar RM6 hingga RM7," katanya.

Katanya, dia sering memilih untuk tidak sarapan pagi dan makan sekali atau dua kali sehari saja akibat peningkatan harga makanan yang membebankan pelajar.

"Ada masa saya beli lauk sekali saja waktu pagi tapi akan makan sampai malam atau masak jika saya ada masa lapang memandangkan harga makanan di luar kampus mahal sedikit sebab saya menyewa di luar," katanya.

Sementara itu, pelajar Sarjana Muda Semester 7 jurusan Sejarah dan Tamadun Islam Universiti Malaya (UM), yang hanya ingin dikenali sebagai Yana, 23, berkata, baginya nilai RM10 hingga RM15 tak lari untuk menampung makan sehari dulu dan sekarang.

Liyana mengakui kenaikan harga makanan amat menyesakkan. Bagaimanapun katanya, di sering membeli makanan di kafe kampus memandangkan ia mengekalkan harga pelajar berbanding di luar.

"Saya memang catu makan jadi dua kali sehari saja di mana saya tidak akan ambil sarapan pagi tapi akan makan tengah hari nasi putih, ayam dan sayur bernilai RM5 dan makan malam nasi bujang RM2.50 yang dibeli di kafe kampus.

"Bajet untuk makanan sebulan hanya RM300 jadi kena pandai jimat dengan masak di rumah sewa sebab tahu makanan di luar mahal.

"Ada kalanya saya buat pilihan untuk puasa jadi boleh makan sekali sehari saja terus,"katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apam 26-1-2023 04:49 PM
Edited by apam at 26-1-2023 08:06 PM

Zaman acik dulu nasik lauk ayam dgn sayur dgn air sirap tak cecah rm2. Tapi starting gaji zaman acik sikit lebih kurang atau sama dgn budk grad zaman skrg plus ptptn.
Quote CiliPadiSedap 26-1-2023 04:50 PM
Ok ramalan kaka 2027 food crisis mungkin double or teruk lagi :

Perang.  
Bencana alam.   
Currency depriciation.  
Negara2 kuasa besar sendiri tiada bajet untuk makanan rakyat mereka akibat land development (china, india, afrika)

Quote jejaka_hensem 26-1-2023 04:52 PM
Kat sepang sini,nasi ayam separuh boleh dapat dgn harga 8 ringgit.
Nasi banyak betol,sedap pulak tj
Quote ninja boy 26-1-2023 04:56 PM
Pergilah macing tasek paya university tu, tanah luas tanam sayur dan menjajah, warga asing aman2 sayur free ikan sungai free
Quote apam 26-1-2023 04:57 PM
ninja boy replied at 26-1-2023 04:56 PM
Pergilah macing tasek paya university tu, tanah luas tanam sayur dan menjajah, warga asing aman2 say ...

Kau dah buat ke dek?
Quote apam 26-1-2023 04:58 PM
CiliPadiSedap replied at 26-1-2023 04:50 PM
Ok ramalan kaka 2027 food crisis mungkin double or teruk lagi :

Perang.  

Acik sittah annnoor apa kabar?
Quote kakikuDibibirmu 26-1-2023 04:59 PM
Terpaksa tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak
Quote she 26-1-2023 05:00 PM
Zaman uni lauk fav adalah ikan keli
Padahal sebelum masuk uni tak pernah makan ikan keli
Tapi atas dasar nak berjimat
Time 90an tu ayam mahal dekkk
Ikan keli tu sekor singgit aje
Makan lah dengan sup kaki ayam (cedok kuah aje)
Sambal belacan secoet

Sebab sedor diri student
Nak makan sedap2 kena tunggu cuti sem
Balik rumah
Quote harkktuih 26-1-2023 05:10 PM
iols dok kat setapak ni, kalau setakat nasi + ayam + sayur leh dpt RM6 lg..kue teow/mee goreng kerang rm4 sebungkus
Quote matseh 26-1-2023 05:14 PM
Luch tadi. Nasi+Ayam Masak Merah+sayur+kuah+teh O ais = RM14.50
Quote sepiITUindah 26-1-2023 05:15 PM
kurus tak gak
Quote fliphair8 26-1-2023 05:17 PM
harga makanan siap mahal, groceries pun mahal, letih
Quote stingerpressor 26-1-2023 05:18 PM
she replied at 26-1-2023 05:00 PM
Zaman uni lauk fav adalah ikan keli
Padahal sebelum masuk uni tak pernah makan ikan keli
Tapi atas d ...

Aku dulu pun student jugak....

Bagi tuition to fellow hostelians who are my juniors....

Boleh je.....

Oh aku lupa ...aku bright student.......sedangkheun ko sendiri perlukheun tuition yourself kheun heshe?

Kahkahkahkah

Quote Thunderclouds 26-1-2023 05:24 PM
Part time tutoring dekkk...leh buat wet poket sikit². Ramaaiiii yg suka upah home tutoring. Patu ikut korang punya timing lak tu. Tader la tkejar². Duluuuuuuuu kwn aku budak engineering ank bangsawan lek² je tutor budak². Ada free time katanyeehhhh
Quote VespaSilbe 26-1-2023 05:24 PM
Bila tgk balik anak2 kat US lagi beruntung.. boleh kerja part time tambah duit poket.. barang epal pun beli sendiri.. degree pun habis awal
Quote kakikuDibibirmu 26-1-2023 05:26 PM
Siapa suruh tak dapat tajaan biasiswa JPA, mendapatlah
Quote Samerosie 26-1-2023 05:27 PM
Tak taulah nak ckp camne.  Kalau cakap camni kena kecam forumer cakap camtu pun kena kecam gak katanya zaman x sama.  Tapi dek kau makan satu hari mengalahkan org bekerja siap bekpes beroti canai bagai.  Roti canai pun dah mahal sebijik pun dah 3 ringgit lebih, dah roti canai mestilah ada teh tarik kan....
Quote ShyDoll 26-1-2023 05:29 PM
Tak dinafikan agak mahal bagi rate studentla. Ramai juga yg buat part time nk cari income. Nasi bajet pun lauknya ciput bawangnya yg lebih
Quote lurve82 26-1-2023 05:37 PM
Mmg rata2 naik rege. Kitaorg siap buat food wakaf. Kadg2 belikan bekfes utk bdk2 kelas ni. Lepas tu internet pelbagai tu satu keperluan skrg. Tu pun dh kena byr. Mmg la ipt sediakan tp benda tu dh keperluan. Rata2 student aku time senggang buat gb fp. Dulu2 aku dpt biasiswa pun aku amik upah ajar tuisyen. Yg low income ada la jgk zakat. Yg m40 ni yg sedih sket la. Dunia mmg keras. Pandai2 la berdikari.

Lihat semua komen(205)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.192467 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top