CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantoi Sorok 2.98 Tan Minyak Masak Paket Dalam Bilik Sauna Di Bukit Mertajam

26-1-2023 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1162| Komen: 16

Bukit Mertajam: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Timur Laut berjaya membongkar aktiviti menyembunyikan minyak masak paket bersubsidi dalam bilik sauna terbiar di sebuah kondominium dekat Jalan Bukit Gambir, semalam.


Pengarah KPDN Pulau Pinang S Jegan berkata, serbuan jam 10 pagi dilakukan hasil risikan selama dua minggu serta aduan awam.

Foto: Harian Metro

"Hasil serbuan, kami menemukan 2.98 tan minyak masak paket dianggarkan bernilai RM6,407. Ia disimpan dalam ruangan yang dijadikan stor dan berkunci daripada luar.

"Kami turut menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang mendakwa premis itu diuruskan bapanya dan dia tidak mempunyai maklumat berkaitan kegiatan menyorokkan minyak terbabit.

"Difahamkan, keluarga lelaki itu turut tinggal di kondominium berkenaan manakala bilik sauna itu terletak di aras bawah bangunan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Jegan berkata, pihaknya sedang mengesan bapa lelaki itu yang berusia 60-an untuk mendapatkan maklumat daripada mana dia mendapatkan bekalan minyak bersubsidi berkenaan dan kepada siapa minyak itu akan dipasarkan.

Jegan juga tidak menolak kemungkinan minyak itu dijual kepada pihak-pihak tertentu, terutamanya peniaga makanan, pada harga lebih mahal berbanding harga pasaran iaitu RM2.50.

"Bagaimanapun, taktik pihak tertentu termasuk kemungkinan minyak itu dipek semula dalam botol, terus dijual dalam bentuk asal atau diseludup ke luar negara masih dalam siasatan.

"Terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat kerana kegiatan seumpama ini sukar dikesan jika ia dilakukan di premis persendirian," katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote daisy71 26-1-2023 04:22 PM
Berita macam ni lah yang menyejukkan hati
Quote rospinki 26-1-2023 04:31 PM
berita mcmnlah yg menyejukkan hati

pinjam ayat org atas

korang tak tau ramai seringgala berbulu musang..ehh lupa pepatah tu. masud aku ramai pejahat dari kalangan org2 yg lantang bersuara menghasut rakyat jgn pecaya kerajaan dulu sebenarnya merekalah yg makan untung atas angin. macai2 jadi terencat otak
Quote Adrif 26-1-2023 05:38 PM
banyak tu dia simpan

kalau mampu, beli minyak tong. kenapa paket

kesian marhaen tak dapat. recycle minyak jangan cakap le
Quote Bedah.Cun 26-1-2023 05:40 PM
Dedahkan je lah sape babi neh!
Quote kakikuDibibirmu 26-1-2023 05:41 PM
Tak runtuh pulak bertan-tan?
Quote Abc246 26-1-2023 06:56 PM
Haihhh selfish. Takda integrity
Quote Radzor 26-1-2023 07:06 PM
telor dorg sorok kat mana plak
Quote Mulotkoyak 26-1-2023 08:34 PM
Mohon dorg ni kne tindakan sekeras-kerasnya. Mmg ramai peniaga yg sedang sorok kan mnyk dan telur serta gula. Tp xkantoi lg. Harap dorg ni ditarik balik lesen perniagaan dan disita harta mereka serta membekukan aset mereka.
Quote AbukRokok 26-1-2023 09:24 PM
Cina mana pulak ni
Quote matamata 26-1-2023 09:32 PM
Nanti ada org hanter peluru ke rumah
Quote ajinomotonosuga 26-1-2023 09:41 PM
Radzor replied at 26-1-2023 07:06 PM
telor dorg sorok kat mana plak

Depa sumbat balik dalam bontot ayam kut
Quote ajinomotonosuga 26-1-2023 09:42 PM
Mulotkoyak replied at 26-1-2023 08:34 PM
Mohon dorg ni kne tindakan sekeras-kerasnya. Mmg ramai peniaga yg sedang sorok kan mnyk dan telur se ...

Zaman Tun Razak ada Kempen Anti Komplot Sorok
Quote Mulotkoyak 26-1-2023 11:06 PM
ajinomotonosuga replied at 26-1-2023 01:42 PM
Zaman Tun Razak ada Kempen Anti Komplot Sorok

Iols xwujud lg zmn tu.... Betol keee? Ingt ke since zmn che det.
Quote rosedemon 27-1-2023 08:40 AM
booo. ni pon polis xreti wat keja
Quote aciksenah 27-1-2023 09:41 AM
Kat penang ni memang jrg dah nampak minyak masak paket ni...
Quote ajinomotonosuga 27-1-2023 02:47 PM
Mulotkoyak replied at 26-1-2023 11:06 PM
Iols xwujud lg zmn tu.... Betol keee? Ingt ke since zmn che det.

Btui Ler..ce kamu gugel kempen anti komplot sorok zaman Tun Razak

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.038786 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top