CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Tunjuk Jari Tengah, Liyana Jasmay 'Sound' Rakan Industri

26-1-2023 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4090| Komen: 34

Liyana Jasmay, 35, sekali lagi menyuarakan rasa kesalnya selepas terdapat segelintir rakan industri yang mempersoalkan karya terbitannya.

Liyana berkata, soal logik atau tidak dalam sesebuah karya boleh mematikan kreativiti dalam kalangan orang-orang berseni.


Malah, jika karya berbentuk fiksyen soal logik tidak dititikberatkan kerana ia berlandaskan dunia fantasi.

Foto: IG

“Macam mana nak buat cerita best kalau ada orang dalam industri suka tanya ‘logik ke?’ .

“Kau matikan minda kreativiti orang yang berseni. Kalau  logik, tak payah buat cerita fiksyen. Kau buat je cerita logik real alam dunia sebenar,” katanya.


Perkara itu dikongsi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 ini menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Rabu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis memberikan reaksi positif terhadap kenyataan yang diberikan pelakon yang popular menerusi filem Papadom ini.



Terdahulu, tular foto aktres berkenaan tampil menunjukkan isyarat jari tengah beserta kapsyen yang agak ‘kasar’, bagaimanapun Liyana tidak menyebut mana-mana nama individu dan tidak tahu hantaran tersebut ditujukan kepada siapa.


“For you aciks mulut bawang, you perv and busybody outsiders!” tulisnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nnasda53 26-1-2023 04:11 PM
Dia ni sekali pandang dah sebijik macam ex si jeri tu
Quote suterabiru123 26-1-2023 04:20 PM
skrg semakin teruk LJ ni..mcm org xbtoi dh
Quote Aneem 26-1-2023 04:24 PM
Aku syak dia ada masalah mental
Atau mgkin isim seni
Quote makihamis 26-1-2023 04:26 PM
Dia ni makin ting tong macam kinah dah nampaknya.
Quote iolss 26-1-2023 04:30 PM
org kreatif ni mmg pelik mungkin.... tp kreatif ke ko nokkkk
Quote missyL 26-1-2023 04:39 PM
Terpaling seni
Tp cite syok sendiri berlakon sendiri
Quote babelina 26-1-2023 04:40 PM
makin tua makin ting tong..
Quote KamikuP 26-1-2023 05:32 PM
Meolls tak tengok citer/filem melayu apotah lagi dari dak LJ nih..ekekeke
Quote ira_229 26-1-2023 05:36 PM
kenapa sekor2 bila tudung terbang makin daring cara pemakaian? macam mencabar Allah pulak sekor2 ni...
bila dah kena teguran dengan kat atas baru ada akai....artis2..
Quote JunkMail 26-1-2023 05:39 PM
Masalah nya cite alam fantasi kau tak sedap jugak dekkk.. acano?
Quote Sesuatu… 26-1-2023 07:37 PM
Hipster hobo homeless u ni siss
Quote cm_vungtau 26-1-2023 08:11 PM
Fiction dengan fantasy tu lain. Fiction tu masih kena ada logik, contoh kisah cinta tapi cerita tu direka. Jadi mesti la kena logik, kalau tak nanti jadi plot hole. Fantasy tu lain. Kalau fantasy memang tak logik pun tak apa. Patut la cerita ko flop oi.
Quote Msblackpepper 26-1-2023 08:38 PM
Bosanlah dia ni
Quote habisnamadahni 26-1-2023 09:18 PM
ira_229: kenapa sekor2 bila tudung terb ...
nowdays islam liberal is everywhere..tambah² si retis sendu
Quote akik 26-1-2023 09:21 PM
Kenapa makin tua makin pelik? Time muda dulu cute la juga pakai ala ala indie hipster. Ni dah tua nampak aneh
Quote Carcosa 26-1-2023 10:35 PM
Eh tempeh, filem2 kau, yg takde org tengok, dan takde org tanya pun, "Logik Ke?", pun tak best.
So, soalan tu takde kene mengena dgn best ke tak best sesebuah filem.
Kalau nak ikutkan, kau tu pun tak layak jadi pelakon atau pengarah, lebih2 lagi.
Yelah. Logik Ke, muka mcm kau ni jadi pelakon?? Dgn idung jambu, muka tua mcm daun kesum layu, kulit kusam tona tidak sekata, rambut pipih mcm berus dawai, ehhh geli la! Elok lagi muka si Enot tu dari kau
Quote cicicumel 26-1-2023 10:38 PM
Dia ni cantik la masa remaja dulu cute. Lps kawin terus down.... Lakonan dia not bad klu x xkan boleh menang Best Actress FFM kan... Klu dia betul2 fokus leh jd mcm Umi Nazera.
Quote Skyline_84 26-1-2023 10:45 PM
Tgk mcm rebel teruk je dia ni.. Masih berlaki kah?
Quote edoraixora 26-1-2023 11:14 PM
Bipolar ke dia nih, lain macam ajerr sejak akhir2 ni

Cerita fantasi tu macam cerita ibu peri bawang merah bawang putih omma berta lah tu kan

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.089274 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top