Sudah menjadi lumrah dalam alam rumah tangga di mana akan ada perangai ipar duai yang menyakitkan hati atau memeningkan kepala. Bukan setakat tiada common sense tapi lebih parah, ada yang tahap menumpang kediaman adik-beradik lain meskipun sudah berkeluarga.
Itulah yang dialami oleh wanita ini di mana si abang ipar tanpa segan silu menjadikan kediamannya seperti ‘rumah tumpangan’. Menurut wanita ini, segala-galanya bermula selepas dia dan suami mempelawa ibu serta bapa mentuanya untuk tinggal bersama di kediaman yang baharu dibeli. "Saya langsung tiada masalah. Apa yang mengejutkan, abang dia (suami) yang dah kahwin dan ada anak tu nak pindah sekali. "Kitorang sudah tentu lah of tak setuju tapi tak nak sesiapa dalam keluarga terasa memandangkan mak dia dah setuju bagi pihak kami yang tak pernah setuju ni.
"Abang dia masih tak ada rumah, dia gilir-gilir tinggal di rumah mentua dia dan mentua saya. "Tiap kali diorang balik, diorang akan guna bilik mentua saya buat macam bilik diorang dan mentua akan tidur ruang tamu. "Sebab itu saya dan suami ajak mentua duduk sekali sebab tak nak tengok diorang kena buli macam tu lagi," kongsinya. Menurut wanita tersebut, dia dan suami pernah memberi bayangan untuk menyewa rumah lain untuk mengelakkan kesesakan. Namun apa yang menghairankan, abang kepada suaminya langsung tidak berasa bersalah dan tidak memberikan sebarang reaksi. "Mentua saya pula yang serba salah. Kitorang rasa macam kitorang menumpang kat rumah sendiri. "Sebelum orang kecam kenapa ajak mentua duduk sekali, saya nak beritahu yang suami saya kerja oil and gas, jarang ada di rumah. "Kebanyakan masa saya akan tinggal seorang, jadi memandangkan mentua pun masih menyewa berhampiran, sebab itu kitorang ajak mereka duduk sekali," jelasnya. Disebabkan tidak mahu memanjangkan isu dan mengelakkan situasi 'bermasam muka', wanita tersebut berkata dia dan suami lebih rela beralah. "Kitorang tak ada anak lagi, abang dia ada anak seorang iaitu cucu sulung. Jadi siapalah kitorang kan memandangkan semua tengah gembira dengan kehadiran cucu sulung. "Doakan kitorang supaya cepat-cepat dapat beli rumah kedua! Niat nak tolong mentua tapi jadi lain pula," luahnya. Menyusuri ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat wanita tersebut dan suaminya agar lebih tegas dalam menyuarakan perasaan kepada keluarga mentua. "Tolong jangan terlalu baik. Mentua pula memandai setuju ajak abang ipar duduk sekali dekat situ pun dah nampak sesuatu. "Tolong jangan jadi bodoh dan benarkan abang ipar awak duduk sekali. Straight to the point je cakap. "Sekarang ni abang dia tu dah kahwin, dah beranak-pinak. Bukan tanggungjawab dia ke sediakan rumah untuk isteri dan anak-anak dia. Kenapa nak tumpang sekali kat rumah adik?" demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar Online
|
Clan204 replied at 26-1-2023 04:41 PM
laki die keje ong tapi makpak laki die duduk menyewa? asal tak belikan je rumah2 murah je
kemaruk replied at 26-1-2023 04:54 PM
Berlajarlah untuk berkata "tidak"
Janganlah nak jadi terpaling baik terpaling bertolak ansur, tapi ...
apam replied at 26-1-2023 04:56 PM
Boleh kasi cuntoh yg jelas dan nyata tak abe?
ADVERTISEMENT