Tindakan memancing di sebuah kompleks membeli belah The Mines, Seri Kembangan oleh beberapa orang kanak-kanak curi perhatian orang ramai selepas video aktiviti mereka dimuatnaik di media sosial sejak semalam.
Video berdurasi 1 minit 43 saat itu yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter Abudi Alsagoff itu menyaksikan kanak-kanak berkenaan berjaya menaikkan seekor ikan patin berukuran besar berhampiran kolam di kompleks membeli belah itu. Rata-rata pengguna Twitter menyifatkan kanak-kanak itu sebagai individu yang berani memandangkan ia merupakan kawasan larangan memancing. “Pergh, kau memang berani dik, dulu orang pancing curi-curi pun dekat tasik sebelah shooping mall tu,” kata Khairul Nizam. “Eh? boleh memancing ke dekat situ? biasa orang mancing dekat sebelah tasik tu, ini memang berani,” kata Azriman. “Dekat The Mines ni, genggam roti, celup tangan dalam tu mesti ikan makan, semua ikan lapar dalam tu,” ujar natizen lain.
Dalam pada, itu natizen lain juga turut menyatakan kerisauan terhadap tahap keselamatan kanak-kanak itu ketika memancing dikawasan tersebut. “Nanti kalau terjatuh, dan berlaku apa-apa disalahkan pengurusan,” luah Sudheeepritch. “Aku yang tengok ni pun seram, kalau dia jatuh dalam tu nanti,” ujar blackyjez. -CARI Sumber: Kosmo
|
green~tea replied at 26-1-2023 04:18 PM
The mines ni la kan salah satu lombomg paling dalam dunia.. almost 2km (6000 ft) dekkkkkkk...
Teng ...
green~tea: The mines ni la kan salah satu ...
green~tea replied at 26-1-2023 04:18 PM
The mines ni la kan salah satu lombomg paling dalam dunia.. almost 2km (6000 ft) dekkkkkkk...
Teng ...
mejaputih replied at 27-1-2023 09:09 AM
aduh kalu jatuh mcm mana
kepompong replied at 26-1-2023 07:07 PM
dulu lombong apa ye
ADVERTISEMENT