CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ceroboh Rumah Tertidur, Tak Sempat Bawa Lari Barang

26-1-2023 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 970| Komen: 11

JELEBU – Seorang lelaki yang ditangkap tertidur di sebuah rumah penduduk di Bahau, Jempol tiga hari lalu tidak mengaku bersalah atas tuduhan menceroboh kediaman tersebut ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Jelebu, di sini, hari ini.


Tertuduh, B Raman, 41, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, pada 23 Januari lalu kira-kira pukul 6.30 pagi di Taman Tanjung Bahau, Jempol, tertuduh didapati telah menceroboh masuk dengan niat melakukan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang di sebuah rumah penduduk tanpa kebenarannya.


Foto: Kosmo

Dengan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga tiga tahun atau denda hingga RM 5,000 atau kedua-duanya sekali.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam prosiding berkenaan, Ahmad Loqman tidak menawarkan sebarang wang jaminan berikutan tertuduh mempunyai banyak rekod jenayah lampau.

“OKT (orang kena tuduh) mempunyai banyak rekod lampau di mana saya percaya ada kecenderungan untuk melarikan diri. Bukan satu (kes) tapi melibatkan narkotik dan juga jenayah. Sudah dihukum beberapa kali,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh dalam rayuannya memohon untuk diberikan wang jaminan kerana menjaga ibunya yang sakit.

“Saya yang jaga mak saya. Kalau nak pergi hospital susah,” katanya yang bekerja sebagai buruh.

Majistret kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM16,000 dengan dua orang penjamin dalam kalangan ahli keluarga.

Malah tertuduh juga dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap 1 haribulan sehingga kes selesai.

Majistret menetapkan 22 Februari ini sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Bahau, Jempol.

Kelmarin, Kosmo! melaporkan seorang warga emas terkejut apabila mendapati lelaki yang terbaring di tengah rumahnya di Taman Tanjung Bahau, rupa-rupanya merupakan pencuri yang terlelap serta tidak sempat membawa lari hasil barang curi.

Mangsa, Sin Kong Men, 66, berkata, ketika kejadian dia seperti biasa bangun dari tidur Dan mahu keluar untuk minum pagi seperti biasa di kedai berhampiran kira-kira pukul 6.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata suspek mempunyai 21 rekod jenayah lampau di mana 15 daripadanya merupakan kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah dan selebihnya jenayah.

“Ujian saringan air kencing suspek lelaki berusia 41 tahun itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Travelo 26-1-2023 12:58 PM
keling pariah bodoh
Quote renko 26-1-2023 01:40 PM
ahahahahahahahahahahahahahahaha
bangsa salu berlagak kuat
Quote vanillaninja 26-1-2023 02:09 PM
Ni yang tertidur lepas minum liquor yang heols planned nak curi tu ke?
Quote charlieangless 26-1-2023 02:29 PM
nak cari pouint ni
Quote ReginaGeorge 26-1-2023 02:56 PM
Edited by ReginaGeorge at 26-1-2023 07:04 AM

………….edited
Quote ReginaGeorge 26-1-2023 03:03 PM
…………….
Quote KamikuP 26-1-2023 03:49 PM
Mesti pencuri kelly ng ni minum arak sempena CNY haritu
Quote jazaa100 26-1-2023 03:56 PM
Ingatkn tuanrumah amalkn surah yassin ayat brp ntah, nanti pencuri tak jumpa pintu kuar ....

Alih² tgok nama tuanrumah Sin Kong Men....


Quote supernaturalee 26-1-2023 04:02 PM
jazaa100 replied at 26-1-2023 03:56 PM
Ingatkn tuanrumah amalkn surah yassin ayat brp ntah, nanti pencuri tak jumpa pintu kuar ....

Alih² ...

6.15 pagi dh keluar rumah hoccay
tapi bukan la nk pi subuh
nk p cari kopiiiii


nak cari kopi, nak cari kopi
espresso saiz kecik


Quote Carcosa 26-1-2023 11:15 PM
Nasib baik owner rumah bkn Malayu
Kalau tak, haruslah penuh cerita dkt FB, owner pagar rumah pakai angin lah, owner ada ilmu timbulkan tilam halimunan lah, owner penat menuntut dkt perigi buta lah.
Malayu dgn cerita mistik berpisah teda.
Pdhal, si maruku hanyalah mabuk lalu tertidur selepas merampok rumah owner
Quote rosedemon 27-1-2023 08:36 AM
bodo punya pencuri

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.132905 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top