CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanpa Peguam Langsung, Siti Bainun Akan Baca Pernyataan Saksi Hari Ini

26-1-2023 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1737| Komen: 20

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella akan tetap diteruskan hari ini meskipun Pengasas Rumah Bonda itu tidak diwakili peguam.


Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi membuat penetapan itu selepas tidak mahu lagi bicara bela diri itu ditangguhkan.

Hakim Izralizam turut mengulangi prosiding itu perlu diteruskan seperti tarikh ditetapkan bagi memastikan Siti Bainun dapat menyelesaikan pembacaan pernyataan saksi hampir setebal 200 muka surat itu hari ini dan esok.


Foto: Kosmo

Semasa prosiding, Hakim Izralizam bertanya kepada Siti Bainun adakah sudah mempunyai peguam bela dan tertuduh menjawab sudah berjumpa dengan peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

“Saya dimaklumkan peguam YBGK yang akan mengendalikan kes ini (bicara bela diri) memerlukan masa sebulan untuk meneliti kes,” kata Siti Bainun.


Mendengar perkara itu, hakim tersebut bertanya lagi kepada tertuduh adakah dia mengetahui kepentingan kes ini Siti Bainun kemudian menjawab ‘tahu’ kes ini penting.


Hakim Izaralizam: Adakah kamu membuat aduan kepada Majlis Peguam (penarikan diri peguam)
Siti Bainun: Tidak.

Dalam pada itu, Siti Bainun turut memaklumkan tidak membawa sebarang pernyataan saksi pembelaannya di mahkamah hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas.

Perbicaraan ditangguhkan sebentar.

Sebelum ini media melaporkan Siti Bainun sebak selepas lima peguamnya menarik diri dari mewakili perbicaraan bela diri itu.

Mereka ialah Nur ‘Aminahtul Mardiah Md. Nor, Asiah Abd. Jalil, Nurul Hafidzah Hassan, Mohammad Farhan Maaruf dan Nur Ellena Mohamed Razif.

Pada masa sama, Hakim Izralizam turut menasihati Siti Bainun supaya melantik peguam yang lebih bertanggungjawab untuk mengendalikan kesnya.

Justeru mahkamah kemudian menetapkan 26 Januari ini bagi sambung bicara.

Sebelum ini, perbicaraan bela diri Siti Bainun tidak ditangguh lagi dan akan diteruskan di Mahkamah Sesyen di sini dengan Siti Bainun memberi keterangan.

Ia selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak notis usul yang dikemukakan Siti Bainun berhubung dua pertuduhan untuk disemak semula selain membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan.

Mahkamah Sesyen dimaklumkan seramai 16 saksi termasuk Siti Bainun akan dipanggil memberi keterangan pada prosiding bicara bela diri itu nanti.

Bagaimanapun mahkamah itu hanya membenarkan Asisten Superintendan Rohaini Baharom dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dipanggil.

Manakala dua lagi iaitu bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood dan pakar bedah plastik Dr. Salmi Mohamed Shukur tidak dibenarkan.

Pada prosiding lalu tarikh-tarikh bicara bela diri telah ditetapkan selama 25 hari iaitu 5, 6, 16 hingga 20, 26 dan 27 Januari (sembilan hari) diikuti 20 hingga 24, 27 dan 28 Februari (tujuh hari) dan 6 hingga 10, 27 hingga 30 Mac (sembilan hari).

Sebelum ini, Siti Bainun disahkan diberi sijil cuti sakit (MC) selama 22 hari berakhir 19 Disember lalu akibat masalah kesihatan.

Mengikut pertuduhan, Siti Bainun, 31, didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, perbuatan itu membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 28 Oktober tahun lalu, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi pada perbicaraan kes itu yang bermula 30 Mac tahun lalu.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AcikBuncit 26-1-2023 12:59 PM
Lama gila nak dptkn keadilan dunia.. Walaupn straight forward je kesnya dia dera bella.. Sbrla kpd yg teraniaya.. Moga dipermudahkan bainun masuk penjara
Quote Travelo 26-1-2023 01:00 PM
org kata dia ni babi hutan...betul ke?
Quote green~tea 26-1-2023 01:11 PM
Hujung2 jatuh  ditimpa tangga lepas menjadi BILIS
Quote swimswim 26-1-2023 01:17 PM
Baru kao tau erti sebak. Masa ko dera budak tu kao rasa seronok kan?
Quote makita 26-1-2023 01:28 PM
Hari tu lepas kes loyar2 semua x dtg..siap gathering n comolot lagi dgn loyar. Siap si siah tulis 'tgok! Sapa kata kami tinggalkan Benon'
Quote OsHiN_hOnEy 26-1-2023 01:31 PM
makita replied at 26-1-2023 01:28 PM
Hari tu lepas kes loyar2 semua x dtg..siap gathering n comolot lagi dgn loyar. Siap si siah tulis 't ...

siah masih jadi loyer utk RB tu
and rasanya lepas april
dorg bergabung semula
ni cuma nak lengahkan kes
lemahnya system di negara ini
bilamana mahkamah takda kuasa langsung
nak disbar them from practising
baru team benon boleh mengelupur

Quote arm_band 26-1-2023 01:44 PM
Pada prosiding lalu tarikh-tarikh bicara bela diri telah ditetapkan selama 25 hari iaitu 5, 6, 16 hingga 20, 26 dan 27 Januari (sembilan hari) diikuti 20 hingga 24, 27 dan 28 Februari (tujuh hari) dan 6 hingga 10, 27 hingga 30 Mac (sembilan hari).


alasan tarik diri takde masa, padahal awal2 lagi dah bagi 25 tarikh utk bicara bela diri. sampah semua 10 loyer.
Quote Nnasda53 26-1-2023 01:49 PM
Masing2 lawyer benon ni cakap sibuk 3bln.
Cubaan sengaja melengahkan masa.
Quote cmf_almondpecan 26-1-2023 01:55 PM
Nampak macam kes bossku dari segi peguam tarik diri dan peguam baru minta masa untuk teliti dokumen dan hakim tak bagi.
Quote getarsukma 26-1-2023 01:57 PM
Kalau lawyer quit sebab sengaja nak lengahkan masa kenapa si bainun ni sampai menangis macam kena tinggal terus.. apa sebab sebenar?
Quote charlieangless 26-1-2023 02:30 PM
point point point
Quote ReginaGeorge 26-1-2023 03:09 PM
getarsukma: Kalau lawyer quit sebab sengaj ...


Sebab masa tu dia memang berseorangan dan panic attack..
Quote kakikuDibibirmu 26-1-2023 03:41 PM
Bainun Badak Air tersenyum sinis
Quote KamikuP 26-1-2023 03:50 PM
Travelo: org kata dia ni babi hutan...betul ke?


Bila bulan mengambang jer dekk jadinya.. ekekeke

Quote supernaturalee 26-1-2023 03:55 PM
Hakim Izralizam turut mengulangi prosiding itu perlu diteruskan seperti tarikh ditetapkan bagi memastikan Siti Bainun dapat menyelesaikan pembacaan pernyataan saksi hampir setebal 200 muka surat itu hari ini dan esok.

Dalam pada itu, Siti Bainun turut memaklumkan tidak membawa sebarang pernyataan saksi pembelaannya di mahkamah hari ini.


pernyataan saksi pembelaan tu haper

klu di sekolah dulu bila cikgu tny keje sekolah siap dan bawak tak?
berani ko jawab tak?
mau kene berdiri spnjg waktu

Quote Orenn1 26-1-2023 03:57 PM
getarsukma replied at 26-1-2023 05:57 AM
Kalau lawyer quit sebab sengaja nak lengahkan masa kenapa si bainun ni sampai menangis macam kena ti ...

Aku speku dia berlakon, org dah terdesak mcm2 tactic
Quote lostnfaun 27-1-2023 02:57 PM
Dia boleh datang lenggang kangkong jer.. nmpk sgt nak buat ikut suka dia..

Dia pun tak berani nak tulis surat pd majlis peguam.. sesuatu sgt
Quote takayama 27-1-2023 03:06 PM
supernaturalee replied at 26-1-2023 03:55 PM
pernyataan saksi pembelaan tu haper

klu di sekolah dulu bila cikgu tny keje sekolah siap dan ba ...

Q & A yg dah di sediakan oleh loyer bainun, lps dah baca nnt dia akan tandatangan lps tu brlah pihak pendakwaraya buat pemeriksaan balas
cara ni menjimatkan mahkamah dan semua pihak sbb benda dah ada depan mata, just baca dan klu ada soklan yg x patut boleh potong aje
Quote srjebat 27-1-2023 03:07 PM
Hebat sungguh kita menjatuhkan hukuman sedangkan kes masih lagi dlm perbicaraan. Semoga kita tidak menyalahkan mahkamah nanti sekiranya keputusan perbicaraan berpihak kpd bainun. Maklumlah, ramai yg dh menjatuhkan hukuman sblm waktunya..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.097723 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top