CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tua Mengamuk- Baling Batu Ke Arah Bumbung, Ketuk Cermin Depan Dan Kanan Kereta Orang

26-1-2023 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1538| Komen: 13

Lelaki warga emas yang juga suspek kes pembuli jalan raya yang tular memegang batu bata di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, Kepong, di sini, bulan lalu telah ditahan.

Lelaki berusia 63 tahun berkenaan ditahan ketika datang membuat laporan mengenai insiden tular itu di Balai Polis Sentul pada pukul 3 petang, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Heisham Harun berkata, semakan rekod dilakukan terhadap suspek mendapati dia yang bekerja sebagai pemandu van mempunyai empat rekod jenayah.




Menurut Heisham, pihaknya terdahulu menerima satu laporan daripada seorang ejen hartanah lelaki yang juga mangsa kejadian itu pada pukul 2.20 petang, semalam.

“Ketika kejadian, mangsa sedang memandu kereta Perodua Bezza di Jalan Metro Prima dan terdapat sebuah lori yang menghalang laluan.

“Ekoran itu, sebuah kereta yang berada di belakang keretanya kemudian membunyikan hon dan memaksa mangsa meneruskan pemanduan.


“Namun, suspek memaki hamun mangsa menggunakan kata-kata kesat kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya mengangkat tangan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, sebaik tiba di lampu isyarat Jalan Metro Prima 1, suspek datang semula ke arah keretanya sambil membawa batu dan mengetuk cermin hadapan serta tepi kanan kenderaannya selain membaling batu ke arah bumbung kereta mangsa.

“Sehubungan itu, suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Terdahulu, tular video mengenai Insiden tersebut apabila seorang lelaki memegang batu bata dana mengetuknya pada cermin sebuah kereta di sebuah lampu isyarat.

Video berdurasi 28 saat yang dimuat naik di media sosial telah tular dan mendapat perhatian orang ramai. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 26-1-2023 12:12 PM
Inilah yg P. Ramle maksudkan dulu - Dah tua pun bodoh!ekekekeke
Quote Purplehaz 26-1-2023 02:49 PM
Belum lg bertemu Buku dgn ruas..bersepai muka
One day mesti terkena roadbuly vs roadbuly
Quote Simunggu 26-1-2023 03:00 PM
hentak cermin kereta pakai batu bata...gila punya atok/asok
Quote sangbara2020 26-1-2023 03:04 PM
paling benci rodbulli....choiiii
Quote ezacbee 26-1-2023 03:05 PM
Aiyah apek sudah raya pun manyak hangin kaa? Kalah judi kaa..

Dok dalam jel jelah. Tak payah keje. Aman sikit.
Quote prettyuglybabe 26-1-2023 03:06 PM
well, sesetengah orang tua memang tak layak untuk dihormati..
Quote akies 26-1-2023 03:08 PM
Dh kenapa apek? Serupa samseng
Quote Carcosa 26-1-2023 11:19 PM
Kemain byk record jenayah ngko, tua oi

Wait, meols tak paham. Si tua ni ke yg halang lalulintas tu.? Ke dia yg hon ejen hartanah tu?
Quote Samerosie 26-1-2023 11:28 PM
Haiyo uncle tak Huat ahhh raya2 sudah ini machiam.
Quote rosedemon 27-1-2023 08:35 AM
myusahkan orang
Quote bulalof 27-1-2023 08:55 AM
kepong....what do u expect?
Quote pooh~key 27-1-2023 08:58 AM
Siapa rajin tolong tepek videonya please sis. Nanti akak upah dildo saiz congo, sissy.
Quote tikusmontok 27-1-2023 09:24 AM
Atuk siapa la

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.415383 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top