CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Termakan Nugget Ayam Inti Dawai Besi, Tengah Kunyah Tiba-Tiba Rasa Ngilu Dalam Mulut

26-1-2023 10:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1162| Komen: 9

Menerusi perkongsian di grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official, seorang wanita dikenali sebagai Izwani menceritakan pengalaman buruk ketika berkunjung di sebuah premis makanan tidak dinyatakan lokasi.


Apa yang mengejutkannya adalah ketika wanita ini sedang asyik menikmati pesanan nugget ayam goreng, dia mendakwa menemukan objek asing di dalam makanannya.

Setelah dikeluarkan dari mulut, pelanggan ini mengambil beberapa keping foto objek tersebut yang masih terlekat dengan isi nugget.

Dakwa Izwani, ia merupakan dawai berukuran kira-kira dua inci.


Foto: FB

“Ini bukan kes masak tak jadi. Ni kes makan tak jadi! Petang semalam lepak-lepak minum dekat satu tempat ni, order la nugget.

“Biasalah kita cicah sos terus masuk mulut. Masuk nugget ketiga atau empat, aku rasa kunyah benda keras. Ngilu macam besi," ujarnya.

Menurutnya lagi, dia juga membuat aduan pada pekerja di kedai tersebut tentang hal itu.

Namun pada masa sama Izwani menegaskan ia bukanlah salah kedai berkenaan kerana nugget yang digoreng itu diambil dari dalam bungkusan yang dikilangkan.

“Subhanallah... itu dawai besi apa entah. Mengadu kepada pekerja kedai, memang bukan salah kedai,” tulis Izwani di perkongsian tersebut

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-rata terkejut dengan penemuan itu.

“Hubungi bahagian khidmat pelanggan untuk buat aduan. Pernah beli daging burger ada besi. Mereka datang check dan sahkan ia memang besi daripada mesin mereka. Mereka siap bawa cenderahati dan minta maaf.

“Buat aduan dekat nombor tertera di plastik. Nanti syarikat akan hentikan jualan untuk kumpulan bungkusan nugget tu,” tulis seorang lagi netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 26-1-2023 12:42 PM
brand apa ni...
Quote Travelo 26-1-2023 01:23 PM

gold hen ?
Quote arm_band 26-1-2023 02:01 PM
erkkkk baca je pun gigi aku dah ngilu
Quote komotthecat 26-1-2023 02:50 PM
Kilang takde metal detector ke?
Quote kucingitam 26-1-2023 03:03 PM
kalau beli peket2 terus, boleh juga call customer service, kalau beli bulk yang loose mcm kat sesetengah hyper tu...jenuh la...
Quote ezacbee 26-1-2023 03:06 PM
Xpenah lak beli nugget bentuk love ni. Brand pe tu???
Quote rosedemon 27-1-2023 08:35 AM
adan ukeee
Quote stingertaikjobo 27-1-2023 07:37 PM
Ni pon masuk Cari.. bonggok punya reporter level sembang kedai kopi ..
Quote doubleharmonic 28-1-2023 03:54 PM
zat besi tersenyum sinis

[youtube]kATPE9kExeE[/youtube]

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.039584 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top