CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Hilang Dua Kaki Selamatkan Dua Anak Perempuan Daripada Digilis Pembajak Salji

26-1-2023 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1177| Komen: 8

Seorang bapa kehilangan kedua-dua belah kakinya selepas menyelamatkan dua anak perempuannya daripada digilis pembajak salji.

Ketika kejadian, Dave Miln dan dua anak perempuannya dalam perjalanan ke pusat tuisyen di pusat peranginan Mammoth Mountain di California, Amerika Syarikat.


Dalam insiden tersebut, Dave melihat kenderaan itu menuju ke arah Isla yang berusia tiga tahun dan Anna berumur setahun, sebelum cuba menghalangnya.


Foto: Newsflash

Pesara Angkatan Pertahanan Australia itu mengalami kecederaan parah iaitu kehilangan kaki kiri pada bahagian atas lutut dan kaki kanannya pada bahagian atas buku lali.

Kedua-dua tulang paha dan pelvisnya juga patah, serta beberapa vertebra bawah serta vertebra sakral dan tiga rusuknya turut mengalami kecederaan yang serius.

Sementara itu, Isla patah kedua-dua kakinya dan dijangka pulih sepenuhnya, manakala Anna terselamat tanpa sebarang kecederaan.


Keluarga itu, Dave dan isteri iaitu Clare serta anak-anaknya yang sebelum ini menetap di San Diego, pulang ke Australia.

Menurut halaman GoFundMe bagi membantu mengumpul dana buat Dave, dia perlu menjalani 10 pembedahan dalam masa tiga minggu dan dijangka beberapa pembedahan lain pada masa akan datang.

"Dave telah dipindahkan secara perubatan ke Sydney tetapi masih dimasukkan ke hospital.

"Clare, Isla dan Anna kini kembali ke Sydney di mana Isla menghadiri janji temu perubatan beberapa kali seminggu. Mereka akan memulakan proses pemulihan yang panjang dari segi fizikal dan mental."

"Pasa masa ini Clare dan Dave menunjukkan kekuatan dan daya tahan yang sangat tinggi," katanya.

Kutipan tabung bantuan Dave setakat ini tmencecah 60,000 pound (RM315,392). - CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 26-1-2023 10:57 AM
Power betul bapak dia sanggup korbankan kaki sendiri
Quote hareeeesah 26-1-2023 11:23 AM
Awww sedihnya kesiannya. Hope they are strong especially the wife nk jaga org sakit sangaaaaaat penat, hubs & anak pulak. Org sakit pun ada masa akan rasa kuat tp tiba-tiba down helpless
Quote esbok 26-1-2023 02:02 PM
margo20 replied at 26-1-2023 10:57 AM
Power betul bapak dia sanggup korbankan kaki sendiri

dia pikir anak dia jauh lagi nak hidup kalau panjang umur
Quote imanamsyar 26-1-2023 02:22 PM
maaf..berita ni buatkan i teringat punca ucop wilcha pakai wheelchair..semuanya gara2 bajak sawah.. pembajak tu sebok bercakap dengan maznah...
Quote rosedemon 27-1-2023 08:35 AM
tetap neraka apak ko
Quote faraway1 27-1-2023 10:15 PM
Macam pelakon marvel yang juga hilang kaki sebab snow blower..
Quote Atata 27-1-2023 10:43 PM
imanamsyar replied at 26-1-2023 02:22 PM
maaf..berita ni buatkan i teringat punca ucop wilcha pakai wheelchair..semuanya gara2 bajak sawah..  ...

adui maaf tergelak dalam sedih
Quote Buritan 27-1-2023 11:01 PM
imanamsyar replied at 26-1-2023 02:22 PM
maaf..berita ni buatkan i teringat punca ucop wilcha pakai wheelchair..semuanya gara2 bajak sawah..  ...

Bangang betul.. hahababa

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.100292 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top