Ayda Jebat berkongsi bahawa dia dalam perancangan untuk hamil anak kedua pada tahun ini. Malah, dia dan suami menyasarkan untuk memiliki cahaya mata seramai dua atau tiga orang dengan jarak usia yang dekat.
“InsyaAllah I wanna get pregnant this year jugak, taknak gap lama sebab pregnant saya jadi malas nak kerja, nak tengok telefon pun malas. “Saya target nak anak dua atau tiga orang tapi gap yang dekat-dekat. Kita pun bukan muda lagi tau,” kata Ayda kepada XTRA. Ayda turut berkongsi bahawa anak sulungnya, Ana Nayla yang berusia setahun itu mendapat tawaran untuk menjadi duta bagi beberapa jenama barangan kanak-kanak. Ditanya mengenai keterbukaan Ayda untuk anaknya melibatkan diri dalam kerjaya seni, Ayda memaklumkan dia perlu melihat keadaan supaya tidak dianggap mengeksploitasi anak. “Ikut jadual juga kot tengok masa sebab nak biar dia bekerja sangat pun nanti tetiba ada pulak orang cakap guna anak, anak kecil lagi dah suruh anak cari duit.
“So far ada lagi tawaran yang masih dalam rundingan, tak ada la banyak sangat tapi kita nak pick the best, tak nak lah asal ada ja ambik. Sebelum setuju jadi duta, kita sendiri pakai, kita try dulu, Kita taknak asal dapat duit ja buat ja la, tipu ja la peminat, tak baik!,” jelasnya.
|
rogayahtop replied at 27-1-2023 02:13 AM
Carikanla isteri kedua untuk suami, nanti boleh buat anak sama2.
ADVERTISEMENT