Subang Jaya: Remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari asrama di sebuah sekolah menengah, di sini, awal pagi semalam, sudah ditemukan, malam tadi. Ibu remaja berkenaan berkata, anaknya yang berusia 14 tahun ditemukan di sekitar USJ 9, kira-kira 10 malam tadi.
"Saya dapat mengesan telefon (yang digunakan anaknya) melalui alamat e-mel sebelum menemuinya di lokasi berkenaan. "Alhamdulillah, (dia) ditemukan dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi, hari ini. Wanita itu berkata, anaknya bertindak melarikan diri kerana tidak mahu tinggal di asrama. "Saya sendiri belum dapat kepastian sebab dia tidak mahu tinggal di asrama. "Dia tidak pernah kongsi apa-apa (masalah dialaminya) dan terus mengambil tindakan sebegini," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan remaja berkenaan sudah ditemukan.
"Perkembangan lanjut akan diberi selepas laporan polis dibuat oleh pengadu (ahli keluarga remaja berkenaan)," katanya dalam kenyataan ringkas, malam tadi. Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang remaja perempuan hilang selepas melarikan diri dari asrama di sebuah sekolah menengah, di sini, awal pagi semalam. Remaja itu disedari hilang oleh rakannya apabila mendapati dia tiada di bilik asrama mahupun di dalam kelas, semalam. -CARI Sumber: Harian Metro
|
kucingitam replied at 26-1-2023 10:49 AM
takyah la paksa2 anak masuk asrama....belajar mana2 pun sama je..
orkidorkido replied at 26-1-2023 10:59 AM
Duk kat rumah lagi best dik. Dapat bersama family, selesa, nak focus study pun boleh. Bukan macam du ...
orkidorkido replied at 26-1-2023 10:59 AM
Duk kat rumah lagi best dik. Dapat bersama family, selesa, nak focus study pun boleh. Bukan macam du ...
asamfish replied at 26-1-2023 11:36 AM
Betul. Kenapa nak paksa2 bdk tu masuk asrama. Nak suruh berdikari? Inshaallah anak2 ni sampai m ...
syamzana replied at 26-1-2023 11:48 AM
ni anak kwn kolig iols (pnjg nau nak jugak relate).
jenuh la weols semlm forward wa tlg ikhtiar cari ...
rospinki replied at 26-1-2023 10:28 AM
uii mcm2 cerita budak2 yg duk asrama ni. struggle oo diorg nk teruskan diasrama..hanya doa dan kekua ...
kucingitam replied at 26-1-2023 10:49 AM
takyah la paksa2 anak masuk asrama....belajar mana2 pun sama je..
ADVERTISEMENT