CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Mengamuk Caci Maki Pekerja, Tak Puas Hati Saiz Espreso Kecil

26-1-2023 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3578| Komen: 46

Gara-gara pesanan kopi espreso, seorang pelanggan mengamuk di kuanter dan bertindak mencaci serta memaki hamun pekerja kedai berkenaan.

Menerusi rakaman video dimuat naik penyelia kedai @miloais_1ikattepi di Tiktok, memaparkan pihaknya menerima herdikan daripada pelanggan yang enggan menerima hakikat minuman dipesannya bersaiz kecil.


Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @faizfayeshz dan berkata, dia juga pernah bertanya soalan sama kepada pembuat kopi (barista) tetapi tidak bertindak kasar seperti dalam video.


“Kasihannya. Saya dulu pernah juga memesan kopi espreso. Kemudian, saya bertanya kepada barista mengapa saiz kecil seperti itu dan kami gelak sama-sama secara beramai-ramai,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna berasa lucu dengan kenyataan dikeluarkan pelanggan berkenaan apabila dia tidak dapat menerima hakikat bahawa cawan kopinya kecil berbanding kopi lain.




“Kurang bijak. Di kebanyakan kedai, kopi espreso memang dihidangkan dengan cawan yang paling kecil,” ciap seorang netizen, @zedzahid.

“Lawak sungguh. Jika saya di tempat pembuat kopi itu, saya hidangkan saja gelas besar, biar dia tidak tidur seminggu. Itu espreso, bukan sirap bandung,” ujar @callmefye.

“Tidak faham mengapa perlu menengking demi secawan kopi. Jika bertanya elok-elok, entah-entah dapat segelas kopi percuma lagi,” tulis pengguna lain, @keemanxp. – CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 26-1-2023 09:47 AM
Kecik punya hal itu pun mau gaduh, ada masalah keluargakah pelanggan tersebut?
Quote Themilo 26-1-2023 09:50 AM
thread dah ada
Quote laksmanabentan 26-1-2023 09:51 AM
hahahahaa...

espresso itu mmg ler dalam cawan kecil...
kalau nak berlagak ala2 tahu kopi tu...
cakap ler americano gitu.... padahal kopi hitam aja uoolss.... dapat ler cawan besor sikit..
Quote shernazz 26-1-2023 09:56 AM
Ahh sudah lah.
Pagi ni iols minum teh je kat kopi bean ni
Ada appt doc..
Quote asudau 26-1-2023 09:57 AM
nak minum cawan besar espresso ko nak pi mana dik?

tak muntah ke minum cawan besar
Quote supernaturalee 26-1-2023 10:11 AM
ea ape daaa pasal kopi pun nak gado


Quote Marylis 26-1-2023 10:32 AM
mmg bodoh punya pelangan... espresso kot bukan kopi biasa
Quote gorjeous 26-1-2023 11:07 AM
Nasib tak pernah order expresso. Latte or americano pilihan hati. Cian pekerja yg kena hadap makian customer. Owner happy2 jalan ke bank..
Quote noor2 26-1-2023 11:23 AM
Ni la jdnya bila pelanggan miskin berlagak kaya nk mkn tempat bayar mahal...bila mahal mengamuk pulak...

Aku yg miskin ni x de pulak teringin tempat2 mcm tu...
Quote Skuau 26-1-2023 11:31 AM
silap/kurang kefahaman mengenai sesuatu perkara.
Quote prettyuglybabe 26-1-2023 12:00 PM
bila miskin berlagak kaya..
dengar bahasa pun boleh bayang gaya rempit macam mana..
Quote umbut 26-1-2023 01:21 PM
Espreso memang ler kecik. Cawan comel ala2 minum wine jepun tu je.. Pahit piawwww... Gila ke nak minum yg besar, nak muntah
Quote fly_in_d_sky 26-1-2023 02:03 PM
tak pernah order espresso ke?
tak tahu beza espresso dan americano ke?
Quote kakikuDibibirmu 26-1-2023 03:43 PM
supernaturalee replied at 26-1-2023 10:11 AM
ea ape daaa pasal kopi pun nak gado

Ceh, taik punya pasal pun mau gaduh ka? Dia punya kepala batu besar ada duduk!

[youtube]BXWvK17k3KA[/youtube]
Quote KamikuP 26-1-2023 03:46 PM
Bila B40 order kopi gitulah cuollsss..
Quote Simunggu 26-1-2023 03:49 PM
padanlah saiz pun punai
Quote rosedemon 27-1-2023 08:33 AM
bodoh tak dibendung
Quote stingerpressor 27-1-2023 08:36 AM
noor2 replied at 26-1-2023 11:23 AM
Ni la jdnya bila pelanggan miskin berlagak kaya nk mkn tempat bayar mahal...bila mahal mengamuk pula ...

Satu dua hari ini ramai bebenoq yg nak endorsed diri semekin..semalam kakakinki...hari ini ko pulak noor...

Kome berdua memang switchblade sisters keww?
Quote cherie.mint 27-1-2023 08:38 AM
Apo pasal bende kecik pun kene nk maki pekerja. xleh ek cakap elok2

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.068642 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top