CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parti Lain Dah Sibuk Bekerja, Umno Masih Berbalah

26-1-2023 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1045| Komen: 9

Ketika Kerajaan Perpaduan iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan beberapa parti lain diwujudkan, maka selesai sudah siapa pilihan yang akan memimpin Malaysia untuk lima tahun akan datang.


Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

UMNO yang berdepan kegagalan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 turut berada dalam pemerintahan Kerajaan Perpaduan dan jawatan ke­dua tertinggi, Timbalan Perdana Menteri dipegang Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Foto: Kosmo

Malah, ada beberapa lagi menteri UMNO turut berada bersama dalam pemerintahan kali ini antaranya Datuk Seri Mohamad Hasan yang memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi).

Turut dilantik Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Zambry Abd. Kadir (Menteri Luar Negeri) serta Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Perdaga­ngan Antarabangsa dan Industri).


Dengan hanya 30 kerusi Parlimen dimenangi BN pada PRU lalu, gabungan parti UMNO, MCA dan MIC tetap boleh memerintah dan berada dalam kerajaan.

Anthony Loke yang mengemudi Kementerian Pengangkutan dengan beberapa perubahan yang berjaya walaupun dana tidak ditambah dan Hannah Yeoh (Kementerian Belia dan Sukan) walaupun hanya menurunkan harga tiket, mereka dilihat ‘bekerja’.

Agak menyedihkan apabila UMNO dan BN masih bercakaran sesama sendiri, dituduh peng­khianat dan membelakangi keputusan parti.

Rakyat yang memerhati Per­­himpunan Agung UMNO (PAU2022) baru-baru ini sudah muak dan sedih dengan episod drama yang masih berlaku antara pemimpin-pemimpin parti.

Bukan itu sahaja, media sosial juga dipenuhi dengan kata me­ngata dalam kalangan pemimpin UMNO bagi memperbetulkan kebena­ran masing-masing.

Sedangkan media sosial yang menjadi kekuatan PH dan Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan rakyat, hal itu diakui Ahmad Zahid bahawa mereka tidak kuat di media sosial dalam ucaptamanya PAU2022.

Mungkin rakyat tidak faham apa yang direncanakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, tetapi tidak terfikirkah mengapa mereka ditolak pengundi?

Datuk Seri Hisham­muddin Hussin yang kesal di­tuduh pengkhianat kerana me­nyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan UMNO bahawa rakyat muak dengan cara pemimpin parti berbalah.

Beliau kecewa apabila PAU2022 dijadikan platform pemimpin bercakaran dan me­nya­lahkan antara satu sama lain.

“Saya nak ingatkan semua pihak, orang di luar sana sudah muak, bosan dengan cara kita berbalah, bertelagah, menuduh sesama kita kerana penting untuk parti lihat ke hadapan.

“Kita akan berdepan dengan Pilihan Raya Negeri. Kita sudah kalah dalam PRU. Saya harap apa yang kita dapat bincangkan dalam PAU tahun ini ialah hala tuju dan cara bagaimana dapat mengurangkan jurang kepercayaan orang ramai terhadap parti dan perjuangan.

“Itu lebih baik daripada menggunakan platform PAU untuk bercakaran, berbalah sesama kita, tuduh-menuduh sesama ki­ta, serang-menyerang sesama kita. Cukup-cukuplah,” katanya.

Ketika ini, rakyat sedang menilai siapa bekerja dan siapa yang tidak. Tidak mustahil UMNO akan menjadi sejarah jika lima tahun ini episod berbalah sesama sendiri masih dimainkan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 26-1-2023 09:47 AM
Berbalah menuju ke arah kebaikkan bersama tidak mengapa
Quote Simunggu 26-1-2023 02:52 PM
UMNO lemah = melayu lemah
Quote totokreturn. 26-1-2023 02:53 PM
masing2 dok nyanyi lagu unmo terus maju, apa yg berbalah nya,

lagipun lepas ni PRN umno tak kan letak wakil umno dekat tempat PH bertanding sebab semangat setia kawan dgn DAP
Quote rosedemon 27-1-2023 08:33 AM
mati la ko
Quote bulalof 27-1-2023 09:02 AM
berbalah mencari sumber mengisi kantung poket masing2 sejak tidak berkuasa lagi.
Quote Belibis 27-1-2023 09:07 AM
Nak bangga apa kalau kerja rapizi setakat suruh boikot kedai mahal...asan malik pun mampuuuuuu.
Quote matseh 27-1-2023 09:52 AM

PRN - 1 undi UMNO = 1 Undi DAP
Pertandingan UMNO - 1 undi zahid = 1 undi DAP

Quote Rogue98 27-1-2023 04:52 PM
Umno dah byk pengalaman....kerja tetap jalan. Zahid tu hari kedua jadi TPM dah siap plan utk kementerian...siap plan utk banjir....rafizi baru nak bukak buku economics ...Zahid dah jalan merata ke kawasan2 banjir...
Yg sebok berbalah pengkhianat2 umno...diaorang dah kantoi pi sokong parti lain. Harini adalah tu yg kena gantung or pecat....hehe
Azalina pun dah berjaya tubuhkan RCI...dan berjaya dlm kes sulu tu...tunggu lah AG pencen and gantikan dgn AG baru...masa ni start lah kes2 rasuah parti lembam pulak naik....
Quote Punat_button 27-1-2023 04:59 PM
UMNooooo terus mara huntok rakyat berjimba...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.046613 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top