CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mata Tertutup, Mulut Senget- Hilang Dicuri, Pemilik Merayu Biri-Biri Paling Hodoh Dikembalikan

26-1-2023 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1458| Komen: 11

LONDON – Pemilik seekor kambing biri-biri cacat di Britain merayu agar haiwan peliharaannya dikembalikan selepas ia dipercayai dilarikan oleh pencuri, lapor akhbar Daily Star.

Anak kambing biri-biri baka Texel berusia sembilan bulan itu kali terakhir dilihat berkeliaran di sebuah padang dekat kandangnya di Northumberland, England pada 6 Januari lalu.


Haiwan digelar ‘biri-biri paling hodoh di Britain’ itu dilahirkan dengan hanya mempunyai satu mata selain mulutnya tertutup rapat dengan wajah senget.

Foto: Daily Star

Pemiliknya, Michelle Pouton, 60, menamakan kambing biri-biri itu sebagai Scuzzy dan memeliharanya sebagai haiwan peliharaan di sebuah ladang ternak.

Pouton percaya bahawa Scuzzy mungkin telah dicuri disebabkab keadaan fizikalnya yang luar biasa.

“Scuzzy adalah satu daripada empat ekor anak kambing biri-biri yang dilahirkan di ladang ternakan ini namun, ia satu-satunya mempunyai kecacatan pada wajah.


“Saya membelanya sebagai haiwan peliharaan. Ia tidak mahu bercampur dengan kambing biri-biri lain serta hanya mengekori saya di ladang itu,” ujarnya.

Tambah Pouton, disebabkan saiz Scuzzy yang kecil, dia tidak boleh memasang tanda pada telinga haiwan itu, namun ia tidak pernah berkeliaran lebih jauh daripada jarak 182 meter di ladang itu.

“Saya amat sedih ia hilang. Mungkin seseorang telah melihatnya dan berasa simpati kepadanya jadi, mereka membawanya pulang kerana tidak tahu ia adalah haiwan peliharaan,” jelasnya.

Pouton selain itu, merayu bantuan di laman Facebook dengan memuat naik gambar Scuzzy bagi mencari haiwannya.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jlo 26-1-2023 09:33 AM
alahai kesian
Quote intan244 26-1-2023 10:13 AM
suka2x je curi kambing org. kalau kat india tau dah depa nak buat apa.
Quote _blackbird 26-1-2023 10:38 AM
sama kat malaysia lak suka curi kucing org.
Quote mdhelmi 26-1-2023 01:50 PM
dah jadi kambing perap la tu
Quote becir 26-1-2023 02:02 PM
ala sian scuzzy, sure rindu kat tuan dia..
Quote matamata 26-1-2023 02:23 PM
Binatang pun blh mati sbb rindu ooo... Jgn main2... Pulangkan la balik wahai penyangak oooii
Quote rosedemon 27-1-2023 08:33 AM
lagi hodoh lagi berharga
Quote nomie 27-1-2023 03:36 PM
siannyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Quote FOTHER-MUCKER 27-1-2023 05:09 PM
Semejak beberap tahun ni memang banyak biri biri dicuri di syaki pencuri menjual daging biri biri secara haram. Beberapa tahun lepas mereka mencuri burung burung kepunyaan ratu England untuk dimakan.
Quote Decaffeinated 27-1-2023 09:21 PM
Pelik lah manusia ni bila biri2 cacat depa pakat kesian, bila sihat tubuh badan depa bunuh jadikan makanan.
Quote Buritan 27-1-2023 09:25 PM
Decaffeinated replied at 27-1-2023 09:21 PM
Pelik lah manusia ni bila biri2 cacat depa pakat kesian, bila sihat tubuh badan depa bunuh jadikan m ...

Mqnusia mmg pelikkkkkj.. Allah jdkan berpsangan nakkk jgk sama sama jntina.. mcm tu laa.. manusia  mmg cacat otak

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.129421 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top