CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebak Tengok Jahidah Masih Koma- Anak Nak Ajak Main, Tapi Ibu Terlantar Kaku

26-1-2023 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2432| Komen: 35

Jahidah Nordin yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga hingga terlantar kaku dalam keadaan koma masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia.

Terbaharu adik mangsa iaitu Fauziah Nordin menerusi TikTok @ziahzara15 berkongsi video anak saudaranya, Eshan Nufail bersama Jahidah yang terlantar.


Foto: Harian Metro

"Nufail anak kakak nak manja dengan ibunya... tapi ibu tak dapat buat apa-apa," demikian tulis Fauziah.

Momen itu ternyata mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Rata-rata bersimpati dengan nasib 'anak ajab' itu kerana dilahirkan ketika ibunya sedang koma.



Terdahulu Fauziah berkongsi video berkenaan bagi menjawab pertanyaan seorang pengikut tentang status suami kepada Jahidah yang juga suspek, Rosmaini Abd Raof.


Jika diteliti pada ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram terhadap suspek dan terus berdoa agar Jahidah segera diberikan kesembuhan.

Malah, ada juga di antara mereka yang berharap agar kes ini dibawa kepada pengetahuan isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Yang Amat Mulia Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam untuk tindakan selanjutnya.

"Minta isteri TMJ fight untuk kes ni. Nampak lemah sangat undang-undang Malaysia.

"Walaupun dia bebas hukuman dunia dia tak akan lari hukuman di akhirat termasuk keluarga terbabit.

"Teruskan update pasal mangsa. Kasihan...pelaku bebas, update balik berita-berita lepas biar media sosial yang buat kerja," komen netizen.

Untuk rekod Rosmaini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap isteri ketiganya pada 4 Mei 2021.

Mengikut kertas pertuduhan tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap, Jahidah dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan wanita itu sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin pada 6 pagi, 4 Mei 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote norawestallen 26-1-2023 09:17 AM
kesiannya... aku doakan semoga jantan tak guna tu dapat balasan yang setimpal. aku harap jahidah sihat kembali
Quote naina 26-1-2023 09:41 AM
Boleh bayang tak betapa seksanya masa dia kena belasah tu. Ada video rakaman semua saat2dia kena pukul tu takut giler. Rakaman semula pun dah cukup takut nak tengok. Ehh jantan tak guna. Semoga setiap saat ko dilaknat.
Eh mana family jantan tu. Tak bagi nafkah ke
Quote dua_chzy 26-1-2023 09:50 AM
Haih. Kesian betul Jahidah. Dah la kena trachy, makan/minum pun ikut ryles tube. Apa syaitan punya jantan yang pukul ko tu. Akak doakan jantan tu pun merasa jadi sayur macam Jahidah. Rasa la ko sedap ka idok kena cucuk2 tekak tu untuk suction kahak, minum susu ikut hidung segala. Please Tuhan tolong jangan biar jantan tu mati mudah.
Quote dua_chzy 26-1-2023 09:52 AM
Miracle la baby Jahidah survive sebenarnya, tanpa kecacatan otak/fizikal, etc.
Quote Kilian 26-1-2023 10:00 AM
Semoga Rosmaini dan keluarga yg bersekongkol dilaknat Allah didunia sampai akhirat atas kekejaman membantai Jahidah dan Eshan. Semoga Eshan membesar jadi anak soleh yg membela nasib ibunya dan takkan sesekali memaafkan perbuatan keluarga Rosmaini yg cukup2 jahat spt Iblis..
Quote supernaturalee 26-1-2023 10:16 AM
apa update kes jantan tu ye

Quote orkidorkido 26-1-2023 10:55 AM
Semoga dilaknat Allah si pelaku dan semuanya bersubahat pertahankan dia .. amin Ya Allah
Quote eetodee 26-1-2023 11:00 AM
Semoga jantan tak guna tu mati dilaknat.
Quote lifeline 26-1-2023 11:05 AM
macam mana laki celaka tu masih boleh bebas???
mana ustaz and ustazah yang duk pung pang pung pang kt soc med pasai rumah tangga
bab ni senyap x berbunyi???
Quote jlo 26-1-2023 11:08 AM
jantan tak gunaaa..moga Jahidah sembuh walau tahu agak tipis
Quote jazaa100 26-1-2023 01:58 PM
lifeline replied at 26-1-2023 11:05 AM
macam mana laki celaka tu masih boleh bebas???
mana ustaz and ustazah yang duk pung pang pung pang k ...

Ustaz & ustazah kata, apa  pun yg terjadi itu sudah tertulis di loh mahfuz ....jgn pertikaikan takdir kita ....jodoh, rezeki, ajal maut dah tertulis sejak dari kandungan ibu.....

Klu isteri tu redha....besar ganjarannya di sana nanti....redha suami adalah redha Allah....laknat lah isteri klu menimbulkn kemurkaan suami....
Neraka jahnam lah tempatnya......
Quote toynme 26-1-2023 02:33 PM

bebas tgh bersuka ria...jahidah ni bini no 2 dari 3 org kan?
Quote supernaturalee 26-1-2023 02:35 PM
toynme replied at 26-1-2023 02:33 PM
bebas tgh bersuka ria...jahidah ni bini no 2 dari 3 org kan?

bebas like tgh tgu hearing atau bebas kes dh setel?



Quote minahgempal 26-1-2023 02:41 PM
naina replied at 26-1-2023 09:41 AM
Boleh bayang tak betapa seksanya masa dia kena belasah tu. Ada video rakaman semua saat2dia kena puk ...

Dkt mana u tgk rakaman semula tu?u ada?i nak tgk..
Quote Suchi 26-1-2023 02:46 PM
Cemana la Jahidah ni boleh berkenan jadi bini no 3 laki tak guna tu.
Ntah apa update terkini kes dia ni pun taktaulaaa pastu bini2 lain takde ke sesapa kenal?
Quote syamzana 26-1-2023 02:46 PM
supernaturalee replied at 26-1-2023 02:35 PM
bebas like tgh tgu hearing atau bebas kes dh setel?

last haritu diikat jamin oleh bini dia kot. pastu tatau bila kes dibicarakan/ dah dibicarakan ke?? lama nau anak pun dah besar.
Quote hareeeesah 26-1-2023 02:46 PM
naina replied at 26-1-2023 09:41 AM
Boleh bayang tak betapa seksanya masa dia kena belasah tu. Ada video rakaman semua saat2dia kena puk ...

Kat mana ada video tu uols? Ingt dia bebas sbb xde bukti kukuh or xde saksi ke kes lain yg iols baca?
Quote naina 26-1-2023 05:20 PM
Edited by naina at 26-1-2023 05:23 PM
minahgempal replied at 26-1-2023 02:41 PM
Dkt mana u tgk rakaman semula tu?u ada?i nak tgk..


Kat TikTok kot..lalu lalang kat FB
Yang buat tu kumpulan nasyid InTeam dan gang
Jap i cari

https://www.facebook.com/fauziah2011/videos/497793282469873/?mibextid=Nif5oz
[fbp]https://www.facebook.com/fauziah2011/videos/497793282469873/?mibextid=Nif5oz[/fbp]
Quote matchstick 26-1-2023 05:28 PM
Semoga Allah melaknat rosmaini Abdul raof..
Dan semoga dipermudahkan segala uruskan family jahidah dan anaknya .

Aamiin..

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.045641 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top