CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kekasih Berzina Disebat 100 Kali- Wanita Pengsan, Lelaki Meraung-Raung Sakit

26-1-2023 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3340| Komen: 37

Seorang wanita yang disabitkan kesalahan berzina rebah sebelum pengsan ketika menjalani hukuman sebatan terakhir atau sebatan ke-100 di punggungnya.

Kejadian berlaku di Aceh Barat di Indonesia pada Selasa.


Wanita berusia 37 tahun itu dan pasangannya, 40, dijatuhi hukuman sebat oleh pihak berkuasa Aceh Barat (Kejari).


Foto: Serambi Indonesia

Dia yang rebah di akhir hukuman sebat itu segera dibawa oleh pegawai perubatan ke ambulans, untuk menerima rawatan.

Wanita itu kemudian sedar selepas beberapa minit mendapatkan rawatan di lokasi kejadian.

Sementara itu, teman lelakinya turut dilihat meraung menahan kesakitan beberapa kali ketika disebat di bahagian punggung.

Bercakap kepada pemberita pada Selasa, pegawai perundangan Aceh Barat, Darma Mustika berkata. kedua-dua tertuduh menjalani hukuman sebatan masing-masing sebanyak 100 kali.


Berkaitan dengan perkara itu, pihaknya komited untuk terus melaksanakan hukuman sebat terhadap tertuduh yang didapati bersalah berdasarkan keputusan Mahkamah Keadilan Syariah.

Pihaknya juga meminta Kerajaan Aceh Barat untuk menyokong sepenuhnya pelaksanaan sebatan ke atas pelanggaran syariah sebagai menguatkuasakan undang-undang Islam di kawasan itu.

Perbuatan berzina adalah salah dari segi undang-undang atau / haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya.. - CARI

Sumber: Kompas.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 26-1-2023 09:56 AM
**deleted**
Quote intan244 26-1-2023 09:57 AM
acheh pakai hudud no. nasibla belum kawen, kalau x dah kena rejam sampai meninggal. semoga yg lain jadikan iktibar.
Quote pooh~key 26-1-2023 09:58 AM
Ada yang tengah makan popcorn ke tu kat atas langit sinun menonton akan scene hiburan dilibas buntut inneeyy sissy?
Quote Nnasda53 26-1-2023 09:59 AM
Hukuman dunia pun dah azab.
Quote Orenn1 26-1-2023 10:02 AM
pooh~key replied at 26-1-2023 01:58 AM
Ada yang tengah makan popcorn ke tu kat atas langit sinun menonton akan scene hiburan dilibas buntut ...

Seronok agaknya manusia disiksa dgn kejammm
Quote pooh~key 26-1-2023 10:18 AM
Orenn1 replied at 26-1-2023 10:02 AM
Seronok agaknya manusia disiksa dgn kejammm

Khennnn sisster?
Quote syamzana 26-1-2023 10:22 AM
sebat hudud ni sama mcm sebat hukuman kat penjara tu ke?
Quote star_karat 26-1-2023 10:26 AM
Atau perempuan tu drama tambahan jer dah nak habis baru nak pengsan. Indon kan..
Quote Orenn1 26-1-2023 10:29 AM

Macam2 jenis bentuk pysical torture 'disdiakan' utk dikenakan pd manusia. Huh
Quote TomyamPuteh 26-1-2023 10:31 AM
Tak kena hukum jgn la buat salah. Benda simple.
Quote orkidorkido 26-1-2023 11:01 AM
Dah tahu tak boleh kenapa buat? Saja cari sakit
Quote ulamalu 26-1-2023 11:08 AM
Jd haiwan x ada akal x ada rules, semua boleh.  No punishment.
Quote swimswim 26-1-2023 12:03 PM
Hukum org kome ikut, hukum tuhan kome bantah.

Lupa pulak dia yg agama lain pun ada hukuman dlm kitab mereka
Quote mojarean_X 26-1-2023 12:03 PM
Semoga dilaksanakan di Malaysia. Amin....
Quote FlexyFox 26-1-2023 12:14 PM
Edited by FlexyFox at 26-1-2023 12:17 PM

https://www.youtube.com/watch?v=G9BQ1lfyb64&ab_channel=AstroAWANI  Video cara sebat syariah yg I jumpa.
Quote mojarean_X 26-1-2023 12:16 PM
syamzana replied at 26-1-2023 10:22 AM
sebat hudud ni sama mcm sebat hukuman kat penjara tu ke?

Rasanya tak. X silap lebih ringan cara sebatan. Kt penjara tu smpi koyak punggung.
Quote mojarean_X 26-1-2023 12:18 PM
FlexyFox replied at 26-1-2023 12:14 PM
https://www.youtube.com/watch?v=G9BQ1lfyb64&ab_channel=AstroAWANI  Video cara sebat syariah yg I jum ...

Thanks post link ni. Byk yg ignorant psl ni dan salah faham
Quote FlexyFox 26-1-2023 12:24 PM
mojarean_X replied at 26-1-2023 12:18 PM
Thanks post link ni. Byk yg ignorant psl ni dan salah faham

I biasa dengar seorang ustaz beritahu cara sebenar dlm Islam untuk sebab jenayah syariah. Dia kata tangan tak boleh angkat tinggi buka ketiak dan sebatan ni pun hanyalah bertujuan untuk mengajar bukan mendera. Tak ingat ustaz mana beritahu dlm you tube la juga.
Quote kepompong 26-1-2023 12:27 PM
Bila nak rejam perogol sampai mati pulak… most perogol bukan teruna pun

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.391799 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top