CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diperbuat Daripada Emas, Misteri 9 Azimat Berharga Dalam Mumia Mesir Berusia 2,300 Tahun

26-1-2023 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1176| Komen: 3

Penyelidik Mesir menemui sebanyak 49 azimat berharga dalam mumia berusia 2,300 tahun, dengan sebahagiannya diperbuat daripada emas.

Menurut Kementerian Pelancongan dan Antikuiti, penemuan itu dibuat menggunakan imbasan tomografi berkomputer untuk 'membuka' mumia secara digital.


Mumia yang berbalut sepenuhnya itu, adalah milik seorang budak lelaki berusia 15 tahun yang dikebumikan di tanah perkuburan Ptolemaic lewat sekitar 300 sebelum masihi (SM).

Foto: India.com

Ia ditemui di bandar Edfu di wilayah Aswan, Mesir pada 1916 dan sejak itu disimpan di Muzium Mesir di Kaherah.

Agensi berita Xinhua memetik kenyataan kementerian sebagai berkata pada Selasa.

Proses pemeriksaan tidak bermula sehingga 2015, hampir satu abad selepas ia ditemui.

Menurut keputusan yang diterbitkan dalam majalah saintifik Frontiers in Medicine, enerusi pengimbasan CT, para penyelidik di Universiti Kaherah menjalankan 'pembukaan digital' bukan invasif yang mendedahkan mumia terpelihara dengan baik,


Hasil menunjukkan pengimbasan mengesan proses mumia berkualiti tinggi, termasuk penyingkiran otak dan visera, manakala jantung kekal di bahagian dada sebagai simbol rohani.

Menurut kenyataan itu lagi, di antara 49 azimat yang dikesan, 30 diperbuat daripada emas manakala yang lain daripada faience, batu atau tanah liat. -CARI

Sumber: mStar/ India.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 26-1-2023 09:54 AM
yelah firaun dulu ramai muda2x dah meninggal, sbb kawen adik2x.
Quote rosedemon 27-1-2023 08:31 AM
okay pastu?
Quote acik79 27-1-2023 06:45 PM
intan244: yelah firaun dulu ramai muda2x ...


Ada juga mumia kerdil masa aku gi tgk kat muzium mesir tu… mumia lelaki…

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.045389 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top