CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedai Serbaneka Cuci Oven Pakai Mop Diberi Notis, Amaran Keras - KKM

25-1-2023 10:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2128| Komen: 18

Kedai serbaneka, 7-Eleven Malaysia yang tular di media sosial kerana insiden pekerjanya mencuci ketuhar gelombang mikro (microwave) menggunakan mop, diberikan amaran keras dan notis daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan (KKM).


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM melalui BKKM sudah menjalankan siasatan berhubung insiden yang tular itu dan mengenalpasti lokasi kedai serbaneka terbabit.



“Pasukan penguatkuasa kesihatan BKKM dari Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya sudah menjalankan pemeriksaan terhadap premis terlibat semalam.

“Pihak premis mengakui kesilapan yang dilakukan oleh pekerja terlibat yang juga seorang pekerja warga asing,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau berkata, dua notis dikeluarkan kerana kegagalan mengekalkan perkakas dalam keadaan baik, mudah dibersihkan dan dinyahjangkitan termasuk makanan yang dijual melebihi tarikh luput.


Tegasnya, amaran keras turut diberikan kepada premis dan pekerja agar tidak mengulangi perbuatan yang boleh menyebabkan penyakit merebak akibat pengendalian makanan yang tidak selamat.

“KKM memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan. Justeru, KKM menyeru orang ramai terutama pemilik, pengusaha dan pengendali makanan untuk menjalankan tanggungjawab memastikan aspek keselamatan makanan terjaga.

“Pengabaian ke atas aspek kebersihan dan keselamatan makanan boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dan air seperti kolera, tifoid, Hepatitis A, disentri, paratifiod serta keracunan makanan,” katanya.

Dr Noor Hisham memberitahu, menurut beliau, kira-kira 78,207 premis makanan diperiksa dan 1,439 premis ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 sepanjang tahun lalu. 

Selain itu, katanya, sebanyak 27,706 Notis 32(B) dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berkaitan keselamatan makanan, pengendalian makanan yang tidak bersih termasuk kebersihan diri dan kegagalan mendapatkan suntikan tifoid.

“Kira-kira 240 Operasi Khas (Ops Bersih) dijalankan di seluruh negara. Bagi bulan ini, sebanyak 1,758  premis makanan diperiksa dan 51 premis makanan ditutup selain 750 Notis 32(B) dikeluarkan.

“KKM akan terus menjalankan pemeriksaan rutin premis makanan di samping Ops Premis bagi meningkatkan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan,” katanya.




Twitter

Pada masa sama, beliau turut menggesa pengguna yang mempunyai sebarang kemuskilan berhubung isu keselamatan makanan agar menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Neger terdekat.

Katanya, pengguna juga boleh melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara itu.

Terdahulu, menerusi empat gambar dimuat naik mengenai kejadian dilapor berlaku pada 22 Januari lalu itu, seorang kakitangan premis 24 jam berkenaan dilihat menggunakan mop untuk membersihkan bahagian dalam microwave sehingga mencetuskan rasa jijik dan mual orang ramai.


https://twitter.com/AshrafChak/status/1617177889644122114

Insiden tersebut tular selepas dimuat naik seorang pengguna Twitter menerusi akaun AshrafChak yang ‘geli’ dengan kejadian terbabit, dan meminta syarikat berkenaan supaya mengajar pekerja protokol pembersihan sebenar.

“Hello @7elevenmalaysia, tolong la brief  (beri taklimat) staff korang untuk buat pembersihan dengan cara yang betul. Mop lantai pun masuk dalam microwave. Pengotor oi!,” ciapnya tanpa menyebutkan lokasi premis.

Selepas dikecam hebat netizen, rangkaian kedai serbaneka, 7-Eleven Malaysia tampil membuat permohonan maaf secara terbuka, susulan kejadian itu.

Menerusi kenyataannya, pengurusan syarikat berkenaan berkata, pihaknya ingin ‘menjernihkan keadaan’ dan sudah mengambil tindakan sepatutnya terhadap pekerja berkenaan.

“Kami di 7-Eleven Malaysia ingin memohon maaf seikhlas hati atas tindakan salah seorang pekerja kami yang gagal mematuhi protokol kebersihan kami yang ketat.

“Ini adalah pelanggaran jelas dan tidak menggambarkan standard tinggi yang kami laksanakan di semua kedai kami,” katanya.



Syarikat itu berkata, pihaknya memahami kepentingan untuk mengekalkan persekitaran bersih dan selamat kepada pelanggan.

Ia turut memberi jaminan kepada pelanggan bahawa tindakan segera sudah diambil untuk memastikan perkara terbabit tidak berulang.



Malah, syarikat itu mengakui kesal atas sebarang kesulitan atau kebimbangan yang mungkin timbul. 


Sumber: Getaran

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 25-1-2023 10:22 PM
Lah ingatkan pelaris
Quote imransulaiman 25-1-2023 11:12 PM
Pekerja sengaja ke atau tak reti kerja? Tu warganegara ke tu?
Quote Skuau 25-1-2023 11:29 PM
Apa mau marah sama kami...Gomen Malezia sindiri panggil kita banggala mari sini la...
Quote orangbiasaje 26-1-2023 12:33 AM
imransulaiman: Pekerja sengaja ke atau tak re ...
warganegara asing...
Quote Abc246 26-1-2023 01:12 AM
Loya tekak tengok gambar staf tu mop dalam microwave. Kesian buyers yang guna microwave tu
Quote Carcosa 26-1-2023 01:47 AM
Niat nak membersihkan microwave tu dah murni
Tapi kau guna mop la pulokkkkk
Mmglah mop kengkadang ada tulis "multi purpose", tapi takkan microwave tu termasuk dlm multi purpose tu, macha oiiii Kalau gitu, meh sini aku ganyang Ciknek ko pakai mop tu. Dah kata Multi purpose kan?
Quote jejaka_hensem 26-1-2023 03:19 AM
Best pegi 7cafe pagi2,xde orang.
Quote makita 26-1-2023 05:54 AM
Carcosa replied at 26-1-2023 01:47 AM
Niat nak membersihkan microwave tu dah murni
Tapi kau guna mop la pulokkkkk
Mmglah mo ...

Cer bayangkan...multi purpose sgt mop tu dia guna utk mop jamban jugak. Eee jahat! Jahat! Pengotor!
Quote mejaputih 26-1-2023 07:50 AM
Agaknya meja kaunter, mesin slurpee pun dia guna mop yg sama juga
Quote KamikuP 26-1-2023 09:31 AM
Pengotornya kau bangla apoo la .. mohon sebat bangla nih
Quote h0lysh1t 26-1-2023 10:24 AM
Oiii pengotor gilaa..
Quote shernazz 26-1-2023 10:52 AM
Sapa yang pernah guna microwave tu sure akan rasa mual2 kannnn
Harey sungguh la
Quote toynme 26-1-2023 12:14 PM
Abc246 replied at 26-1-2023 01:12 AM
Loya tekak tengok gambar staf tu mop dalam microwave. Kesian buyers yang guna microwave tu

kalau guna mop kan ada bau2 masam....mcm syial perangai bangla ni ekk
Quote sangbara2020 26-1-2023 03:03 PM
dengan alasan ini kenapa masih nak ambil warga asing...kheunnn
Quote wirazam 26-1-2023 03:08 PM
Terbaik kkm.....kpdnkk dok buat apa??
Quote Simunggu 26-1-2023 03:27 PM
tulah ambil pendatang jadi pekerja, gaji murah tapi inilah hasilnya..pengotor
Quote kakikuDibibirmu 26-1-2023 03:34 PM
Lah ingatkan kuman mati kena microwave
Quote bulalof 26-1-2023 03:38 PM
bila warganegara dunia ketiga yg diupah utk membersih dan menyelenggara, apalah yg boleh diharapkan?

ni semua sebab nak bayar upah murah utk tenaga kerja yg tak terlatih.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.198791 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top