Organisasi Public Health Malaysia berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dapat mewujudkan garis panduan jelas bagi membendung trend public humiliation atau memalukan orang di khalayak ramai ini.
Menurut Public Health Malaysia, mangsa berisiko mengalami kemurungan, kebimbangan keterlaluan dan boleh mengalami PTSD iaitu Post Traumatic Disorder. “Jika nak jadi artis perlulah kental, lihatlah bagaimana artis lain berjaya selepas dikritik sebegitu”, ini satu persepsi yang ternyata SALAH. “Setiap individu adalah berbeza dan tidak boleh dibandingkan. Adalah NORMAL untuk seseorang merasa malu, rasa kecewa dan hilang keyakinan apabila dimalukan dikhalayak umum. “Sedangkan dimarahi dihadapan kelas pun terasa rasa malu dan trauma, apatah lagi di siaran tv yang di tonton jutaan penonton secara langsung!
“Jika perkara ini berlarutan tanpa bantuan dan sokongan, mangsa berisiko mengalami kemurungan, kebimbangan keterlaluan dan boleh mengalami PTSD , Post Traumatic Disorder,” jelas organisasi itu dalam satu kenyataan di Facebook. Prihatin dengan Kesihatan Mental masyarakat, Public Health Malaysia juga menyeru agar trend memberi kritikan sehingga menjatuhkan air muka dihentikan. Terdahulu, penyanyi Sissy Iman dan Naim Daniel yang menyertai sebuah program realiti televisyen dikritik secara kasar oleh juri tetap selepas menyanyikan lagu Jampi (Hael Husaini) dalam irama keroncong. Akibat insiden tersebut, Sissy tidak dapat menahan sebak dan terus menangis di atas pentas. Insiden itu juga membuatkan Sissy seolah-olah hilang semangat dan membatalkan pelancaran album sulung yang sepatutnya berlangsung pada bulan hadapan susulan kritikan diterima dalam pertandingan tersebut. Sumber: Gempak
|
LadyCarefree replied at 26-1-2023 06:02 AM
Louder please.
Retis2 lain pun bersuara la. Tapi bukan macam tokti tu seolah2 meng-enable-kan bend ...
MatDeghem replied at 26-1-2023 06:48 AM
Korang ingat tak si nenek saka pernah jadi juri untuk program budak2...haji Nabil jadi host. Nenek ...
ADVERTISEMENT