CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Elak Langgar Kenderaan Depan, Lori Rempuh Kereta Di Laluan Bertentangan 'Bunuh' Warga Emas

25-1-2023 07:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1246| Komen: 8

Hasrat warga emas untuk menghantar barang ke rumah anaknya tidak kesampaian apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 7, Jalan Machang-Tanah Merah di sini hari ini.


Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi, namun Nawi Ismail, 71, disahkan meninggal dunia di Hospital Machang di sini pada pukul 3.15 petang selepas lebih empat jam menerima rawatan.


ANGGOTA bomba menjalankan siasatan ke atas kereta yang dipandu mangsa selepas terlibat kemalangan di Kilometer 7, Jalan Machang-Tanah Merah dekat Machang, Kelantan-UTUSAN.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, siasatan mendapati, mangsa memandu kereta jenis Proton Iswara membawa isteri, Fatimah Mohamed, 67, bersama seorang anak perempuan yang berusia 31 tahun dan cucunya berusia setahun.

Menurutnya, Nawi bersama keluarganya sedang dalam perjalanan ke rumah seorang lagi anaknya di Kampung Batu Gajah, Lawang dekat Tanah Merah.


“Semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah lori jenis Isuzu dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun dari arah Tanah Merah ke Machang dipercayai cuba membrek daripada merempuh sebuah kenderaan di hadapannya.

“Insiden itu menyebabkan lori tersebut hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dipandu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Adli memberitahu, empat sekeluarga itu dibawa ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut, namun Nawi disahkan meninggal dunia selepas cedera parah pada bahagian kaki kanannya.

Katanya, isteri mangsa cedera pada bahagian tangan manakala cucunya masih menerima rawatan di hospital tersebut dan ibu kepada bayi itu tidak cedera.

“Siasatan mendapati, nahas tersebut berpunca daripada kecuaian pemandu lori yang gagal mengawal kenderaan yang dipandunya sehingga terbabas sebelum memasuki laluan bertentangan sehingga menyebabkan kemalangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Travelo 25-1-2023 07:28 PM
TT..kenapa tajuk tu ada koma (apostrophy) kat perkataan BUNUH? taruk koma mcmtu maksud dah jadi lain duh..
Quote she 25-1-2023 08:23 PM
Kenapa dreba lori tak langgar pokok kelapa ke semak ke sarang tebuan tepi jalan kiri?
Kenapa mesti pulas stereng masuk jalan orang?

Why ar why
Quote Abc246 25-1-2023 08:35 PM
Kesian nya. Huhu
Kerana kecuaian orang lain, orang yg tak bersalah jadi mangsa. Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote edie1994 25-1-2023 08:58 PM
https://www.mysavinghub.com/store/bloomingdale-s-coupons
Quote shernazz 25-1-2023 09:18 PM
Laju lettew
Quote hareeeesah 25-1-2023 10:03 PM
Weh apehal byk sgt call girl ni semak isu semasa pejadahnya….
Quote -Suri- 25-1-2023 11:26 PM
sedihnya baca berita camni...
salam takziah untuk keluarga mangsa.
Quote doubleA 26-1-2023 03:34 AM
Motip elak langgar kereta depan sampai masuk laluan opposite? Tak pasal dah bunuh org

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.064683 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top