CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tabung Haji Kena Scam, Rugi Hampir RM2 Juta

25-1-2023 07:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3594| Komen: 27

Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami kerugian sebanyak RM1.961 juta akibat aktiviti penipuan dalam talian (scam).

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, TH harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isu kehilangan wang pendeposit berpunca daripada aktiviti penipuan dalam talian (scam).


“Hasil mesyuarat bersama antara Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat dan TH telah memutuskan bahawa kehilangan wang semasa proses dan interaksi pengeluaran wang (debit) dalam akaun TH adalah tertakluk kepada faktor kesiagaan bank berkenaan.



Menurut beliau, aspek kompensasi kepada mangsa penipuan hendaklah diuruskan melalui polisi insuran perbankan itu sendiri.

“Jawatankuasa memutuskan adalah menjadi tanggungjawab utama bank berkenaan agar pendeposit tidak hilang keyakinan kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Rais, jawatankuasa itu turut mencadangkan agar tanggungjawab harus diambil oleh pihak bank yang menjadi perantara dalam urusan TH kerana urusan pengeluaran wang simpanan menggunakan perbankan konvensional dan bukannya melalui TH itu sendiri.


"Pihak bank yang bertanggungjawab wajib menentukan kaedah dan jumlah ganti rugi sekiranya syarat-syarat pengawasan perakaunan bank tersebut telah dibolosi.

“Jawatankuasa turut mencadangkan agar pihak TH memberi peluang kepada pendeposit TH untuk membuat pilihan sama ada urusan simpanan dan pengeluaran dibuat secara manual atau secara dalam talian,” katanya

Rais berkata, TH juga perlu memperhebatkan lagi hebahan media kempen kesedaran penipuan dalam talian kepada masyarakat.

Katanya, kempen tersebut boleh dihebahkan menerusi media sosial, cetak dan penyiaran.

“TH dan bank perantara perlu meningkatkan aspek keselamatan dari segi urusan perbankan dalam talian. Dicadangkan juga agar syarat-syarat pengeluaran wang secara dalam talian diperketatkan sama seperti agensi lain seperti yang dibuat oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam urusan jual beli Amanah Saham Bumiputera.

Kata Rais lagi, TH juga perlu menyediakan laporan atau penyata ganti rugi yang diberikan kepada mangsa penipuan khususnya berkaitan dengan TH agar masalah tersebut dapat dipantau dari semasa ke semasa.

“Keputusan mesyuarat jawatankuasa ini akan diusulkan dalam sidang Dewan Negara akan datang agar isu dan permasalahan yang dihadapi rakyat mendapat perhatian yang sewajarnya,” ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 25-1-2023 07:55 PM
X faham citer nih.....org TH dpt call scammer sbb ada hutang lhdn terpakai duit pendeposit ke acaner?
Quote TabletSusu 25-1-2023 08:17 PM
aku pernah dpt call dr scammer TH ni. lebih 5x jgklah. katanya.. saya call drp unit bantuan tabung haji. permohonan puan untuk bantuan menunaikan haji telah diluluskan. saya call ni nak buat confirmation.

atuk dia lah.. x prenah2 aku mohon bantuan TH.. aku pun x tau ada unit bantuan ni. lagi satu.. apa ke hal ko rajin sangat kerja sabtu ahad? sabtu petang.. ahad tengahari ko call.
Quote she 25-1-2023 08:19 PM
Ok lah tu kena tipu 2 jota
Dedolu kena tipu ratus jota dek tuan pengerusi
Lagi paroh
Halalkan ajelah
Quote kakikuDibibirmu 25-1-2023 08:59 PM
Rais Orphan Robengah tersenyum sinis
Quote pu3_rania 25-1-2023 09:09 PM
TabletSusu replied at 25-1-2023 08:17 PM
aku pernah dpt call dr scammer TH ni. lebih 5x jgklah. katanya.. saya call drp unit bantuan tabung h ...

Hahaha
Dalam aku sedang serius membaca posting hang tapi tiba2 terburai gelak bila tiba part
'atuk dia lah..'
Quote Abc246 25-1-2023 09:12 PM
Erm alahai nampak dah bibit bibit % dividen rendah
Quote Zazama 25-1-2023 09:32 PM
Masih belum dpt clue mcmana boleh ditipu oleh scammer.
Quote mekfazura 26-1-2023 08:54 AM
NAMPAKNYA PENDEPOSIT KENA STAND BY DIVIDEN BAWAH JANGKAAN...KITA PUN TERPALIT DGN SCAM MEREKA
Quote talapia 26-1-2023 09:03 AM
jap.. sape yg kena tipu dgn scammer? Pendeposit? Ke pegawai?
Kalau pendeposit.. takkan TH pulak kena ganti?
Sama mcm kes2 scammer bank yg lain la.. report polis.. n gitu2 ajela.. mane ada bank ganti duit tu kan? Sbb kecuaian dr pihak pendeposit tu sendiri pi percaya scammer tu.

Unless la kalau duit tu dikeluarkan tanpa pengetahuan pendeposit.. mcm kes pecah amanah org dalam ke.. tu mmg la patut diganti.

Aku pernah dapat call dari "Tabung Haji" ni.. tak ingat lak hari cuti ke apa..

Dia call.. kata permohonan utk percepatkan tarikh haji diluluskan.. bantuan pinjaman ke apa ntah pon dapat.. so nak validate la konon..
Aku mcm terkejut jugak memula dia kata percepat tarikh tu. Mau tak kujat? Duit dalam TH tak cukup lagi weh nak gi aji.. haha.. jenuh jugak kalau dah sampai turn.
Pastu dia tambah kata permohonan bantuan pon lulus.. ha.. tu dia dah mula... then aku kata takpe.. nanti saya cek dgn cawangan TH terdekat.

Apo... ko ingat senang2 nk cepatkan tarikh n dapat bantuan lagi.. aku takde mohon apa2 pon.. orang bersusun tunggu turn weh.. jangan berangan
Quote hareeeesah 26-1-2023 09:10 AM
mekfazura replied at 26-1-2023 08:54 AM
NAMPAKNYA PENDEPOSIT KENA STAND BY DIVIDEN BAWAH JANGKAAN...KITA PUN TERPALIT DGN SCAM MEREKA

Itu la main point tp dia kasi putarrr halim dulu selagi boleh.. TH masuk feb kan dulu-dulu. Lepas tu makin lambat, lambat..
Quote jalfa 26-1-2023 09:10 AM
Ni dia ganti duit pendeposit yg kena scam la kot..ok lah kot.acik kena scam pon tabung aji sayang
Quote axl_bach 26-1-2023 10:46 AM
Firenzza replied at 25-1-2023 07:55 PM
X faham citer nih.....org TH dpt call scammer sbb ada hutang lhdn terpakai duit pendeposit ke acaner ...

Yg aku faham,  pendeposit yg kena scam.  Dia keluarkan duit dari simpanan di TH dan bagi kat scammer....

Rais Yatim kata TH bersalah sbb benarkan transaksi perpindahan meragukan tu berlaku
Quote axl_bach 26-1-2023 10:52 AM
talapia replied at 26-1-2023 09:03 AM
jap.. sape yg kena tipu dgn scammer? Pendeposit? Ke pegawai?
Kalau pendeposit.. takkan TH pulak kena ...

Itulah,  pendeposit yg keluarkan wang deposit dlm akaun TH sendiri secara atas talian dan pindahkan kpd scammer,  TH plak nk kena bertanggungjawab.

Mcm pelik jer solusi JK ni
Quote lasagna 26-1-2023 12:36 PM
TabletSusu replied at 25-1-2023 08:17 PM
aku pernah dpt call dr scammer TH ni. lebih 5x jgklah. katanya.. saya call drp unit bantuan tabung h ...

mak aii byk kali tu.. so far tidak ler pernah kena lagi.
tp ada geng umrah ada bg tau dia dpt sms TH offer pegi umrah, so kita org dh start suspicious sbb tak kan lah hantar thru sms kan. so kami soh dia sndri verified betul2 dgn TH ntah betul ke idok.
Quote TabletSusu 26-1-2023 10:53 PM
pu3_rania replied at 25-1-2023 01:09 PM
Hahaha
Dalam aku sedang serius membaca posting hang tapi tiba2 terburai gelak bila tiba part
'atuk ...

aku nak carut tapi sbb TH.. kena sopan sikit
Quote TabletSusu 26-1-2023 10:57 PM
lasagna replied at 26-1-2023 04:36 AM
mak aii byk kali tu.. so far tidak ler pernah kena lagi.
tp ada geng umrah ada bg tau dia dpt sms  ...

heran tau.. sbb sabtu ahad dia call.. lps pompuan lelaki pulak call. skrip sama.. permohonan bantuan haji. last yg dia call tu aku jerit.. scameeerrrrrssss..!! terus dia x call dah .
Quote Belibis 27-1-2023 08:02 AM
Ntah2  lembaga itam yang scam lembaga tabung aji..takkan la nak keluarkan sejumlah wang,sorang pegawai jer terlibat.
Quote otai_g 27-1-2023 08:06 AM
Tabung haji yg kena scam atau pun pelabur tabung haji yg kena scam? Ada beza tu. Kalo pelabur yg kena scam itu bkn masalah tabung haji la. Pelabur la yg bodo.
Quote mojarean_X 27-1-2023 08:10 AM
TabletSusu replied at 26-1-2023 10:57 PM
heran tau.. sbb sabtu ahad dia call.. lps pompuan lelaki pulak call. skrip sama.. permohonan bantu ...

Ntah2 lelaki dan pompuan tu mangsa2 pemerdagangan manusia yg dikurung di myanmar suruh wat aktiviti scammer. Tak hit target either kena rogol atau kena pukul

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.039420 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top