CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Juruterbang Maut, Pesawat Tentera Udara Filipina Terhempas Semasa Latihan

25-1-2023 07:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 660| Komen: 1

Jurucakap tentera berkata, sebuah pesawat Tentera Udara Filipina (PAF) terlibat dalam kemalangan semasa sesi latihan pada Rabu.

Jurucakap PAF Ma. Consuelo Castillo dalam satu kenyataan berkata pesawat SF260 dengan dua juruterbang itu terhempas di wilayah Bataan, barat Manila, lapor Xinhua.



Serpihan pesawat itu ditemui di bandar Pilar di Bataan bersama mayat dua juruterbang itu. - Gambar/ FB Danny Cumilang

Castillo berkata pesawat itu berlepas dari pangkalan tentera di Sangley Point di wilayah Cavite sekitar 9.59 pagi waktu tempatan.

"Kami kehilangan jejak pesawat lebih 30 minit selepas penerbangan berlepas," katanya.

Radio tempatan DZBB berkata serpihan pesawat itu ditemui di bandar Pilar di Bataan bersama mayat dua juruterbang itu.

Pada petang Selasa, sebuah pesawat peribadi enam tempat duduk hilang di wilayah Isabela, utara Manila.


Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mencari pesawat Cessna itu, juruterbang dan lima penumpangnya.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Abc246 25-1-2023 09:12 PM
Salam takziah buat keluarga mangsa

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.029980 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top