CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Saman Mike Tyson, Dakwa Dirogol Dalam Limousin

25-1-2023 07:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1525| Komen: 10

Seorang wanita di New York memfailkan saman terhadap bekas juara tinju, Mike Tyson yang didakwa merogolnya dalam sebuah kenderaan limosin pada awal tahun 1990-an.

Wanita yang identiti dirahsiakan memfailkan aduannya pada awal Januari lalu di bawah undang-undang sementara negeri New York yang membenarkan mangsa serangan seksual mendapatkan ganti rugi sivil tanpa mengira statut pengehadan.



NBC New York

Tyson pernah menghabiskan hukuman penjara selama tiga tahun pada tahun 1992 selepas didapati bersalah merogol seorang model, Disiree Washington yang ketika itu berumur 18 tahun.

Dalam afidavit ringkas bertarikh 23 Disember 2022, plaintif menyatakan bahawa dia bertemu dengan Tyson di kelab malam pada awal 1990-an dan kemudian mengikut pemain tinju itu ke limosin di mana dia diserang sebelum dirogol.

"Kesan dirogol Tyson, saya menderita dan mengalami kecederaan fizikal, psikologi dan emosi," katanya.


Wanita itu menuntut ganti rugi AS$5 juta (RM21.35 juta).

Namun sehingga Selasa, Tyson tidak mengeluarkan sebarang kenyataan awam.

Tyson yang dilahirkan di Brooklyn pernah menjadi juara tanpa dikalahkan pada tahun 1980-an dan menjadi petinju paling digeruni pihak lawan.

Bagaimanapun, selepas dihukum penjara, Tyson gagal mengekalkan kejuaraannya itu.

Dalam perlawanan paling diingati dalam sejarah tinju pada tahun 1996, Tyson menggigit telinga lawannya Evander Holyfield. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 25-1-2023 09:34 PM
Adakah mike tyson skrg ni muslim?
Quote orangbiasaje 26-1-2023 12:17 AM
Zazama: Adakah mike tyson skrg ni musl ...


Masih lagi rasanya...
Quote edayildiz 26-1-2023 12:32 AM
omg seramnya muka dia
Quote Abc246 26-1-2023 01:14 AM
Baru tau dia seorang Muslim
Quote VioletsAre_Blue 26-1-2023 06:40 AM
Zazama replied at 25-1-2023 09:34 PM
Adakah mike tyson skrg ni muslim?

Bukan ke baru ni viral gambar dia buat umrah dengan dj khaled
Quote lasagna 26-1-2023 08:40 AM
VioletsAre_Blue replied at 26-1-2023 06:40 AM
Bukan ke baru ni viral gambar dia buat umrah dengan dj khaled

iyaa dia pegi umrah, tp bkn dgn dj khaled. tapi dj khaled trserempak dgn mike tyson sbrnya, lps buat tawaf awal bulan ni. bila dah jadi muslim ni lah heols diduga, dlu nape kes2 lama tak mau kuarkan? tp tu laa mike dlu pun seorg yg ganas b4 dia reverted. moga heols tabah dgn dugaan kes ni.

Quote Simunggu 26-1-2023 08:43 AM
hahaha..sikit sikit gangguan emosi, traumatised...negara barat...saman jota jota...kenapa ikut masuk Limo in the first place?
Quote supernaturalee 26-1-2023 09:14 AM
sblm ni back in early 2000s pun bkn pnh ada kes mcm ni jgk ke
melibatkan ratu cantik klu  xsilap


btw sekali sekala mike ni berlakon jgk dlm filem2 hollywood
tapi sgt lah kayu
dlm the hangover tu pun kayu tp kelakar la jgk
Quote Zazama 26-1-2023 09:32 AM
orangbiasaje replied at 26-1-2023 12:17 AM
Masih lagi rasanya...

Alhamdulillah...semoga dia istiqamah..
Quote Zazama 26-1-2023 09:33 AM
VioletsAre_Blue replied at 26-1-2023 06:40 AM
Bukan ke baru ni viral gambar dia buat umrah dengan dj khaled

Mudah2an jadi muslim terbaik utk dirinya..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.066595 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top