Oleh Izzah Abbasy Kepulauan Cocos (Keeling)
di Australia sangat terkenal dengan
pusat pelancongannya kerana mempunyai pantai yang cantik dan merupakan tempat
bercuti yang paling menenangkan.
Seakan tidak percaya, ada sebuah perkampungan
Melayu di Australia. Sukar kiranya, Melayu boleh menempatkan kehidupan
di situ. Jom, kita ketahui dengan lebih lanjut kebenaran atau sejarah
masyarakat Melayu yang mendiamai kampung Melayu di Kepulauan Cocos (Keeling)
Australia.
Katanning merupakan sebuah pekan kecil yang
dihuni hampir 500 orang masyarakat melayu yang berasal dari Pulau Cocos.
Juga terdapat beberapa orang Melayu yang berkahwin dengan masyarakat
Cocos asalnya dari Indonesia, Singapura dan juga Malaysia.
Komuniti
lain yang tinggal di sini seperti biasa, orang putih, mereka yang
berkulit hitam, orang cina, Burma, dan lain-lain yang hanya kecil
jumlahnya. Kawasan ini masih didominasi oleh masyarakat orang putih
tempatan. Mengikut perangkaan jumlah penduduk di sini, difahamkan
mencecah hampir 5000 orang sahaja.
Masyarakat Melayu yang berasal
dari Pulau Cocos ini kebanyakannya sudah menetap di sini hampir 40
tahun dan lebih. Tetapi hubungan mereka bersama masyarakat di pulau
masih erat. Bahasa, adat dan juga cara hidup tidak lari jauh dengan
suasana di Cocos, cuma jarak rumah dan juga luas daratan yang
membezakannya.
"Tak hairan lah jika aku berada di masjid ada
orang dari sini yang menegur aku kerana dia hanya menonton video khutbah
hari raya yang aku bacakan. Video sambutan hari raya di Pulau Cocos
dahulu juga sudah tersebar di sini. Sangat kuat ingatan mereka. - Petikan asal oleh penulis
Sebuah masjid tersergam indah di Katanning ini juga
hasil tangan masyarakat Melayu Cocos yang tinggal di sini. Sangat teruja
apabila melihat papan tanda perasmian masjid itu yang disempurnakan
pada tahun 1981 oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri
Pertama Malaysia.
Terdapat juga sebuah madrasah di belakang
masjid ini yang digunakan sebagai kelas pengajian anak-anak masyarakat
Melayu setiap kali hujung minggu. Penggunaan bahasa Melayu Cocos masih
menjadi bahasa utama di sini.
Walaubagaimanapun anak-anak melayu
di sini sudah tidak lagi bertutur bahasa melayu bersama ibu bapa
mereka. Mereka masih memahami bahasa melayu tetapi tidak mampu menjawab
dengan baik. Maka berlakulah perbualan unik antara hang tuah dan Robin
Hood.
Terdapat golongan veteran di sini yang sudah risau
memikirkan nasib bahasa Melayu Cocos suatu hari nanti. Adakah mampu anak
cucu mereka sekarang yang berhidung penyet mampu bertutur bahasa
Melayu.
Penulis bangga apabila masih ada masyarakat Melayu yang
boleh hidup di Negara orang lain dengan baik dan masih mengamalkan
budaya Melayu. Bak kata pepatah, "Tak Kan Hilang Melayu Di Dunia". -
Cari Infonet
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|