Seorang pembantu rumah wanita warga asing yang baru tiga bulan bekerja melarikan diri bersama barang kemas dan wang tunai milik majikannya bernilai RM14,000 di sini. Kejadian itu disedari pengadu iaitu seorang lelaki berusia 33 tahun pada jam 7.30 malam Ahad, ketika dia sekeluarga pulang ke rumah selepas selesai menghadiri majlis perkahwinan saudaranya di Selangor.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pembantu rumahnya yang bernama Hendriyawati, 40, tidak menyahut sebaik dipanggil lalu pengadu memeriksa dapur dan mendapati pintu dapur serta pintu pagar belakang telah terbuka. "Hasil semakan mendapati barang kemas milik anak pengadu dan ibunya telah tiada dalam almari di bilik tidur. Pengadu kemudiannya membuat laporan polis pada Isnin jam 11.44 pagi. "Pengadu lewat membuat laporan polis kerana dia terlebih dahulu mengesan suspek daripada ejen pekerjaan serta cuba menghubungi beberapa nombor telefon daripada buku catitan milik pembantu rumahnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Ujarnya, hasil siasatan mendapati suspek tidur di bilik tidur bahagian atas bersebelahan bilik tidur pengadu dan beg pakaian suspek masih ada. "Suspek hanya keluar rumah dengan membawa beg galas milik anak pengadu. "Kes seterusnya disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya. Sumber: Sinar Harian
|
fefeeling replied at 24-1-2023 08:44 PM
Membe aku ada 2 maid yg dtg rumah balik hari.. rumah dia memang sentiasa tak berkunci utk bagi maid ...
rogayahtop replied at 24-1-2023 08:08 PM
Kalau nak pembantu betul2 ambik maid pilipin. mmg pro. sekali dah ambik pilipin ni mmg confirm tak a ...
fefeeling replied at 24-1-2023 08:44 PM
Membe aku ada 2 maid yg dtg rumah balik hari.. rumah dia memang sentiasa tak berkunci utk bagi maid ...
armin replied at 24-1-2023 10:54 PM
Takde tv laptop ke rumah dia?
Suchi replied at 25-1-2023 08:06 AM
Bg iols sapa2 yg pakai maid mmg hati kering laa iols nk panggil org dtg kemas umah seminggu sekali ...
rogayahtop replied at 24-1-2023 08:08 PM
Kalau nak pembantu betul2 ambik maid pilipin. mmg pro. sekali dah ambik pilipin ni mmg confirm tak a ...
ADVERTISEMENT