CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gatal Biar Anak Jengah Kepala Di Sunroof, Pemandu X70 Diburu Polis

24-1-2023 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4321| Komen: 67

Polis sedang mengesan pemandu Proton X70 yang membenarkan kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui sunroof (bumbung tembus cahaya) seperti rakaman tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan rakaman video berdurasi sembilan saat berkenaan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter, @nabilahroslan, jam 12.15 tengah malam tadi.



TANGKAP layar daripada rakaman video menunjukkan insiden berkenaan.

"Dalam rakaman video itu memaparkan sebuah SUV (kenderaan uliti sukan) Proton X70 berwarna merah bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak dengan membenarkannya mengeluarkan kepala melalui sunroof kenderaan berkenaan.

"Berdasarkan rakaman, kejadian itu berlaku di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari Subang Jaya menghala ke Bukit Lanjan," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohamad Fakhrudin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 336 iaitu atas perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

"Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya sekali.

"Polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukan tindakan membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain," katanya.

Beliau turut menyeru pemilik atau pemandu berkenaan dan saksi yang melihat kejadian supaya tampil membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat trafik, Sarjan Mejar Mohd Yusof Hamzah di talian 011-23065984 bagi membantu siasatan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 24-1-2023 11:07 AM
Mak pak peghakkkkkk
Quote syamzana 24-1-2023 11:11 AM
ini bukan setakat kepala je keluar, dgn separuh badan skali. kalau kereta tiba2 dari blkg hentam, blh la buat drama airmata.
Quote Buritan 24-1-2023 11:14 AM
syamzana replied at 24-1-2023 11:11 AM
ini bukan setakat kepala je keluar, dgn separuh badan skali. kalau kereta tiba2 dari blkg hentam, bl ...

Bkn peranan sunroof tuu utk julur pala kee.. soklan setius aku tak tau pun salah bebudak hulur pala.. hari ni baru aku tau
Quote otai_g 24-1-2023 11:19 AM
Ni la masalahnya bila kereta mahal jual murah. Golongan2 yg b40 pun da mampu beli. Ni la jadinya.
Quote SalenaGomez 24-1-2023 11:21 AM
Buritan replied at 24-1-2023 11:14 AM
Bkn peranan sunroof tuu utk julur pala kee.. soklan setius aku tak tau pun salah bebudak hulur pal ...

Kalau dari segi law utk julur kepala camtu x pasti dibolehkan ke tak..tp kalau ikut kesesuaian tempat, sgt x sesuai kat highway. Highway kan mcm2 ada.  contoh kalau ada lori bawak besi buruk terbang habuk2 ke cebisan2 besi ke, kan bahaya

Kalau area rumah n kampung2 yg kita drive slow2 utk bersiar2 ke, ok lah kot kan
Quote Buritan 24-1-2023 11:25 AM
SalenaGomez replied at 24-1-2023 11:21 AM
Kalau dari segi law utk julur kepala camtu x pasti dibolehkan ke tak..tp kalau ikut kesesuaian tem ...

Aku dulu suke tgk kete bm ke merce yg ade sunroof.. anak anak depa enjoy masa kat highway.. nak belj toka cam tuu duit yilek.. eloklaa duit aku yilek.. kalo tak aku antara yg julur pala.. hahahahq
Quote PanadolExtend 24-1-2023 11:26 AM
Bawak pusing keliling taman udahlerr.. sampai ke highway kan dah mendapat
Quote whimsicalmusic 24-1-2023 11:45 AM
kan? aku pn tpikir bkn ke mmg function kita keluar kepala nk jenguk2 ngn sunroof tu..rupenya xleh. ke salah tmpt die keluar kepala tu?
Quote becir 24-1-2023 11:47 AM
Sunroof tu bukan just nak kasi sunlight kena kita ke..bukan nak julur kepala keluar.
Quote nuryakmal 24-1-2023 11:47 AM
whimsicalmusic replied at 24-1-2023 11:45 AM
kan? aku pn tpikir bkn ke mmg function kita keluar kepala nk jenguk2 ngn sunroof tu..rupenya xleh. k ...

Function sunroof is to allow udara atau natural light masuk kereta. Bukan suruh julur kepala
Quote tri-max 24-1-2023 11:57 AM
sunroof ni nak bagi aliran udara masuk dari atas jika kereta off aircond
selain dari pencahayaan pun
biasala budak2 excited nak try benda2 baru
mak pak yg kena control, bukan bagi je alasan tak nak anak mengamuk
yihhh sgt
Quote totokreturn. 24-1-2023 11:58 AM
nanti ada yg cakap, biaq pi la, anak dia, kalo nak jadi apa apa pun kat anak dia je pun
Quote SalenaGomez 24-1-2023 12:03 PM
Buritan replied at 24-1-2023 11:25 AM
Aku dulu suke tgk kete bm ke merce yg ade sunroof.. anak anak depa enjoy masa kat highway.. nak be ...

Jgn kata budak2, org dewasa pon suka je julur kepala kat sunroof tu…never too late to enjoy it
Quote acikhan 24-1-2023 12:04 PM
haku jugak pernah bape kali nampak time nk ambik ank3 sekolah ank2 terjulur kepala hingga separuh badan n yess keta mmg beso belaka kite yg hat dlm keta risau pulak tgk nyer
Quote _blackbird 24-1-2023 12:06 PM
sunroof ni bukan function dia julur kepala keluar time kereta bergerak. function dia utk udara & natural light masuk thus boleh feel cabin tu lebih spacious. kalau waktu malam pula time merendek boleh parking kat mana2 padang boleh stargazing sambil borak pasal future ahhhgitewwww.

btw malaysia ni panas, sunroof mcm takda function sgt kecuali kalau nak merendek sambil bersaksikan bulan bintang
Quote Kitty_catz 24-1-2023 12:13 PM
sunroof meols ritu terbukak sendiri sbb tertekan dari apps ni.. naseb cover dia tak terbukak. kalu tak jadi port kucen jiran meols yg suke bebeno ngan kete2 meols nehh

klau bukak boot pun dia dulu masuk nyambut barang2 dlm boot... tunggu hari je meols terbawak dia merata..tuan kucen pun dah mcm redhooo kucen dia suke bebeno kat meols sbb each time bawak balik vet ka apa ka, mmg berlari2 girang dtg umah meols balik


Quote zorrro_03 24-1-2023 12:30 PM
ramai yang bengong biar je anak2 buat benda2 bahaya spt ni.  tu tak masuk yang buka tingkap dan biar anak2 hulur kepada juga.  dah banyak juga mak pak yang makan seranah aku sebab ni
Quote bunnyj3lly 24-1-2023 12:32 PM
Hahaha.. rupanya masa beli kereta SUV bersunroof ni, salesman tak kabo la tu yang tak boleh buat perangai peghak

Patutlah semua kereta marhaen kebanyakannya takde sunroof atau open roof macam kereta vintage matsaleh tu
Quote wikedsaikel 24-1-2023 01:43 PM
otai_g replied at 24-1-2023 11:19 AM
Ni la masalahnya bila kereta mahal jual murah. Golongan2 yg b40 pun da mampu beli. Ni la jadinya.

Kawan aku beli kereta mewah second hand. Perabis dekat 150k la. Rajin update ig bawa anak anak jalan. Hati kaldu aku harap dia kena la sb aku dah letih pesan. Buatnya brek mengejut dan leher ke tulang bawah leher tu terhentak frame keras tu.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:10 AM GMT+8 , Processed in 0.054520 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top