CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Sahkan Pemandu Rempuh Tembok Sekolah Di Chemor Tak Mabuk

23-1-2023 11:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1210| Komen: 13

Polis mengesahkan pemandu yang terlibat dalam kejadian langgar tembok pagar sebuah sekolah di Chemor di sini hari ini, tidak memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 4.30 pagi ketika lelaki berusia 21 tahun itu sedang memandu kereta jenis Mercedes Benz dari Chemor menghala ke Tasek.



GAMBAR tular sebuah kereta melanggar tembok pagar sekolah Maahad Al-Ummah di Chemor, Ipoh hari ini. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL

Katanya, semasa sedang melalui Jalan Jelapang-Chemor, kereta dipandu lelaki itu hilang kawalan ketika cuba mengelak seekor binatang yang melintas dari kiri ke kanan jalan.

“Keadaan itu menyebabkan kereta tersebut terbabas dan melanggar tiang lampu di tengah jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar tembok pagar batu Maahad Al-Ummah di kanan jalan.


“Akibat pelanggaran itu, pemandu dan seorang penumpang kereta berusia 21 tahun cedera ringan dan mengalami luka-luka kecil,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kawasan kemalangan merupakan laluan selekoh dengan dua lorong dan dua hala selain permukaan jalan yang tidak rata dan berombak, berturap dan kering.

Katanya, pemandu terbabit telah pun membuat laporan polis selepas kejadian dan siasatan mendapati lelaki terbabit bebas daripada pengaruh alkohol ketika kemalangan berlaku.

“Berdasarkan siasatan, punca nahas kerana mengelak binatang melintas hingga hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Saman telah pun dikeluarkan terhadap pemandu terbabit dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya.

Terdahulu tular dalam media sosial Facebook beberapa gambar kejadian itu yang memaparkan sebuah kereta melanggar tembok sebuah sekolah di mana pemandu kenderaan dikatakan mabuk. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 24-1-2023 06:35 AM
Chop, Chemor menghala ke Tasek, tapi eksiden kat jalan Chemor-Jelapang.
X ke berlainan arah tu?
Quote stingerpressor 24-1-2023 06:43 AM
Terlelap....Mabuk yg kecil...
Quote VespaSilbe 24-1-2023 11:51 AM
Jaga2 chouls.. China PRC selalu konpius jalan.. bukan mabuk tapi depa dok ingat kat negara tercinta
Quote Adrif 24-1-2023 02:30 PM
slyfynx replied at 24-1-2023 06:35 AM
Chop, Chemor menghala ke Tasek, tapi eksiden kat jalan Chemor-Jelapang.
X ke berlainan arah tu?


>> SILA TEKAN SINI KAKA slyfynx  <<

saya dah google map untuk kaka  
Quote slyfynx 24-1-2023 02:59 PM
Adrif replied at 24-1-2023 02:30 PM
>> SILA TEKAN SINI KAKA slyfynx

Sy orang Chemor.
Hihihi
Tau position skolah kat mana
Quote zorrro_03 24-1-2023 03:13 PM
betapa segeranya sahkan tak mabuk.  
Quote Adrif 24-1-2023 03:45 PM
slyfynx replied at 24-1-2023 02:59 PM
Sy orang Chemor.
Hihihi
Tau position skolah kat mana

lerr orang situ kee

kaka ke yang dalam gambar tu
Quote Belibis 24-1-2023 03:54 PM
zorrro_03 replied at 24-1-2023 03:13 PM
betapa segeranya sahkan tak mabuk.

Mungkin suruh hembus nafas macam p ramli dan ar tompel.
Quote zorrro_03 24-1-2023 03:56 PM
Belibis replied at 24-1-2023 03:54 PM
Mungkin suruh hembus nafas macam p ramli dan ar tompel.

harap siasatan ultra telus dapat dilakukan.  
Quote R2D2 24-1-2023 05:59 PM
4.30 pagi tak mabuk?
oooh  si sepet
Quote felinecat 24-1-2023 08:02 PM
Dan2 cakap xmabuk. Ntah2 lari dlu pg swasta kan. Mcm kes eksiden kt johor, cepat2 kawan die bawa lari pg swasta, hanat sungguh
Quote kucingitam 25-1-2023 11:07 AM
slyfynx replied at 24-1-2023 06:35 AM
Chop, Chemor menghala ke Tasek, tapi eksiden kat jalan Chemor-Jelapang.
X ke berlainan arah tu?

jalan tu boleh tembus ke tasek..
Quote Nnasda53 25-1-2023 12:41 PM
kucingitam replied at 25-1-2023 11:07 AM
jalan tu boleh tembus ke tasek..

Tak silap iols maybe keta ni dari jelapang menghala ke chemor.
Sbb sekolah maahad tu sblh kiri jika dari jelapang.
Bila sampai ke trafic light pekan chemor baru la masuk jalan Chemor ke Tasek.
Harap sekolah maahad tu ada cctv.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.059074 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top