Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Seiji Kihara mendedahkan bahawa beliau dimarahi ibunya kerana berdiri sambil kedua-dua tangan menyeluk poket seluar ketika Perdana Menteri, Fumio Kishida bercakap kepada wartawan di Washington baru-baru ini, lapor akhbar The Mainichi kelmarin.
Kihara mendedahkan di laman YouTube bahawa ibunya melihat komen-komen di internet yang menyatakan tingkah laku tersebut telah memalukan ibu bapanya. “Saya malu. Jahit poket anda,” kata ibunya. Bagaimanapun, Kihara berkata, beliau sememangnya gemar meletakkan tangannya di dalam poket dan berjalan sambil berfikir. Menurutnya, ketika kejadian itu, dirinya sedang memikirkan tentang hubungan baik antara Jepun dan Amerika Syarikat (AS). Adegan itu dirakam dalam video yang disiarkan oleh akhbar Asahi Shimbun di laman Twitter sekali gus menarik sejumlah komen di media sosial baru-baru ini.
Ada netizen memberikan komen bahawa Kihara mempunyai gaya yang berlebihan berbanding Perdana Menteri dan perbuatan menyeluk poket tersebut telah melanggar adab. Sumber: Kosmo
|
imransulaiman replied at 24-1-2023 07:29 AM
Lain tempat lain budaya. Kalau tengok gambar pun memang nampak tak sopan.
Sementara itu di Malaysia ...
miszclassique replied at 24-1-2023 07:51 AM
Beberapa tahun lepas bakal abg ipar i (sekarang dah abg ipar) start datang rumah waktu raya mcm se ...
imransulaiman replied at 24-1-2023 07:29 AM
Lain tempat lain budaya. Kalau tengok gambar pun memang nampak tak sopan.
Sementara itu di Malaysia ...
caprut replied at 24-1-2023 04:09 PM
Masalahnya abahcow tu peluk tubuh dlm tempoh yg lama. Ada video utk mmbuktikan.
ADVERTISEMENT