CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Nasib Baik Tak Sarap Tempat Biasa' - 5 Beranak Terselamat Kereta Rempuh Rumah

23-1-2023 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1189| Komen: 7

“Mujurlah hari ini kami lima beranak tidak bersarapan di beranda rumah seperti kebiasaan, kalau tidak tak tahulah apa nasib kami.”

Itu nada syukur dilontarkan S. Saratha, 41, apabila tembok batu dan pagar beranda rumah teres didiaminya bersama suami dan tiga anak runtuh dirempuh sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan pagi tadi.



Kerosakan yang berlaku pada sebuah rumah di Jalan Bukit Senjuang, Banda Hilir, Melaka akibat dirempuh sebuah kereta jenis Honda City yang dipercayai hilang kawalan pagi tadi.

Menurutnya, ketika kejadian dia dan suami, P. Senthil Kumar, 45, bersama tiga anaknya masing-masing berusia 20, 15 dan 13 tahun masih tidur kerana cuti umum Tahun Baharu Cina.

“Selalunya, memang kalau hari bekerja, kami sekeluarga akan meluangkan waktu sarapan bersama di beranda rumah tapi syukurlah hari ini kami lewat sikit bangun tidur.


“Saya terkejut dari lena kira-kira pukul 8 pagi tadi apabila terdengar rempuhan kuat dari arah depan rumah dan tergamam melihat sebuah kereta dalam keadaan remuk serta tembok dan pagar rumah runtuh.

“Malah dua buah basikal anak serta sebuah motosikal yang diletakkan dalam beranda juga mengalami kerosakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Bukit Senjuang di sini pagi tadi.


Kerosakan yang berlaku pada sebuah rumah di Jalan Bukit Senjuang, Banda Hilir, Melaka akibat dirempuh sebuah kereta jenis Honda City yang dipercayai hilang kawalan pagi tadi.

Jurubahasa mahkamah di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh itu berkata, kejadian mengakibatkan kerugian hampir RM20,000.

“Selain kerosakan pada tembok rumah, turut rosak adalah motosikal dan dua buah basikal anak berharga lebih RM1,000.

“Laporan polis sudah dibuat untuk tuntutan ganti rugi terhadap lelaki berusia 28 tahun itu yang memandu kereta jenis Honda City,” katanya yang menyewa rumah terbabit pada kadar RM700 sebulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Assisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 23-1-2023 09:00 PM
Gila ke apa bawak laju kat area perumahan....
Quote miznora 24-1-2023 05:55 AM
Laju sangat ke tu terempuh rumah orang
Umah mak corner lot ya ampun orang kalau nak belok selekoh tu kemain laju2 seram kadang tengok kot telanggar tembok. Bawak slow2 tak boleh ke kat kawasan rumah
Quote cikatilia 24-1-2023 06:32 AM
Bawak 200 ke apa dlm taman... dasarrr
Quote batmana 24-1-2023 07:01 AM
Laju sgt ni.
Tambah pula jln Melaka ni sempit kecik
Quote ninja boy 24-1-2023 07:01 AM
Edited by ninja boy at 24-1-2023 07:03 AM

Beli kereta mahal2 utk menyondol rumah org, patut minta ganti rugi termasuk upah+bahan binaan bina semula ikut rupa sama spt lama agak2 kosnya lebih dari 21k
Quote Abc246 24-1-2023 02:08 PM
Duduk kat rumah sendiri pun tak selamat
Quote monreyes 24-1-2023 03:37 PM
mabuk ketum la tu

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.177206 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top