CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihempap Pokok Tumbang, 'Pengunjung Zoo Hanya Mampu Jerit Allahuakhbar'

23-1-2023 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2072| Komen: 11

"Saya terdengar bunyi rekahan kuat dan sekelip mata pokok itu tumbang menimpa kami. Kami tidak sempat berbuat apa-apa dan saya hanya mampu menjerit Allahuakhbar," kata ahli perniagaan, Ruziana Ahmad Bustaman, 40, mengenai kejadian pokok tumbang di Zoo Melaka, petang semalam.


Dalam kejadian jam 2.40 petang itu, Ruziana Ahmad mengalami retak tulang pinggul dan cedera di bahu, manakala anak lelakinya, Muhammad Fattah Danish, 6, cedera lebam di kaki dan luka di kepala.


RUZIANA bersama suami dan anak kembarnya sebelum kejadian ditimpa pokok tumbang di Zoo Melaka. FOTO Ihsan Ruziana Ahmad Bustaman

Manakala seorang lagi mangsa, Azizul Azami, 43, turut mengalami retak pada kaki kanan akibat ditimpa pokok berkenaan.

Menurut Ruziana sebelum kejadian dia bersama suami (Mohd Fazli Sukree, 45) dan dua anak kembar mereka menaiki E-Bus yang disediakan pihak zoo dan berhenti di tempat kejadian untuk melihat harimau kumbang.


"Kami datang bersama tiga keluarga seramai 15 orang, saya dan suami bersama keluarga masing-masing sementara rakan suami saya, Azizul bersama keluarganya.

"Selepas menaiki E-Bus kami berhenti untuk melihat harimau bintang dengan saya berjalan sambil memegang Fattah Danish di hadapan.

"Suami berada agak jauh dan di belakang saya pula pembantu rumah yang memegang seorang lagi anak kembar saya, Muhammad Fatteh Danish dan Azizul bersama anak kecilnya.

"Ketika menuruni jalan di situ, tiba-tiba saya terdengar bunyi rekahan diikuti pokok tumbang menimpa kami," katanya dihubungi di sini.

Ruziana berkata, anaknya menjerit meminta tolong namun dia tidak mampu bangun untuk menyelamatkannya kerana berasa teramat sakit pada bahagian pinggul sebelum mereka dibantu petugas zoo.

"Allah maha kaya apabila Fattah Danish terselamat di tengah-tengah dahan berbentuk 'Y' yang menimpanya dan hanya mengalami lebam di kaki dan luka di kepala.

"Saya lihat Azizul menjerit kesakitan dan tidak dapat bergerak akibat ditimpa dahan pokok tumbang itu sebelum diselamatkan," katanya.

Ruziana dan rakannya itu kini menjalani rawatan lanjut termasuk fisioterapi di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang, Selangor selepas dipindahkan dari Hospital Melaka, malam tadi, manakala anaknya diberi rawatan pesakit luar.

Mengulas lanjut Ruziana berkata, dia bersyukur kerana dirinya dan anak-anak terselamat dalam kejadian itu, namun berharap pengurusan Zoo Melaka mengambil tindakan proaktif memantau pokok di situ.

"Saya perhatikan dahan pokok di zoo merimbun dan seperti tidak terurus, bimbang jadi pada orang lain pula hingga menyebabkan kehilangan nyawa.

"Memang mudah untuk memohon maaf, tapi ini berlaku pada saya dan anak yang saya tunggu selama lapan tahun," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote limesherbet 23-1-2023 06:08 PM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Quote Supersirap 23-1-2023 06:09 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote Suchi 23-1-2023 06:16 PM
Musim pokok tua hempap org aritu kat kuantan sampai meninggal budak tu.
Bahaya tul laa
Quote Queenmastani 23-1-2023 06:19 PM
Woww kelek gabriel ke zoo!! Kelas ko kak
Quote matamata 23-1-2023 06:24 PM
Tp kan tertanya2 jugak aku... Cemana nak uruskan pokok2 ni semua... Blh ke kita nak predict pokok mana nak tumbang/ patah?... Atau nak determine pokok atau dahan2 yg tak cukup kuat nak hadap angin kuat?
Payah jugak sebenarnya nak uruskan pokok2 ni... Dlm KL je ntah ada berapa ratus ribu batang pokok
Quote hareeeesah 23-1-2023 08:42 PM
Queenmastani: Woww kelek gabriel ke zoo!! Ke ...


Ahli perniagaan kena tunjuk hasil.. [em:4:]
Quote sukacactus 23-1-2023 08:53 PM
matamata replied at 23-1-2023 06:24 PM
Tp kan tertanya2 jugak aku... Cemana nak uruskan pokok2 ni semua... Blh ke kita nak predict pokok ma ...

Tu la pentingnya kena ada arborist (pakar pokok) untuk pantau pokok2 besar yg ada
Diorang ni keje dia mcm doktor, tgk pokok pun dia tau ada penyakit ke x
Quote awanearisu 23-1-2023 11:18 PM
Semoga Allah permudahkan urusan keluarga ini. Mujur anaknya tidak mengalami kecederaan yang kekal. Tetapi ibunya memerlukan masa untuk sembuh.
Quote Abc246 24-1-2023 02:09 PM
Bahaya nya lah. Kesian mangsa. Nasib tak da kemalangan jiwa
Quote kucingitam 25-1-2023 11:19 AM
seramnya...
Quote stingerpressor 25-1-2023 11:29 AM
matamata replied at 23-1-2023 06:24 PM
Tp kan tertanya2 jugak aku... Cemana nak uruskan pokok2 ni semua... Blh ke kita nak predict pokok ma ...

Penat aku nak explain....

Nah.....hayati.....

Pokok pun nak mengelak......salahkheun angin....

[youtube]utQp-gcHBUA[/youtube]


Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.128175 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top