CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makin Dapat Sokongan, Golongan Songsang Bangga Cari Pasangan Sejenis Secara Terbuka

23-1-2023 04:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11815| Komen: 184

“Kami seronok cari pasangan sejenis secara terbuka dan kumpulan yang menyokong tindakan kami lebih ramai dan semakin bertambah.”

Itu kata usahawan kosmetik yang lebih mesra disapa Syasya yang bangga menjadi individu songsang kerana nalurinya lebih kepada kewanitaan sejak berusia 10 tahun.


Syasya, 36, berkata, dia hanya tertarik kepada lelaki maskulin dan bukannya sejenis ‘gay’.


Gambar hiasan

“Terimalah keadaan saya dan pondan-pondan lain, kami habis berpuluh-puluh ribu ringgit, malah ada yang sanggup berbelanja sehingga RM100,000 semata-mata nak nampak cantik dan sama macam wanita di luar sana.

“Saya tak nampak ada yang salah, lagipun kita ada hak sebagai manusia dan tiada sapa boleh halang tindakan dan kemahuan kami menjadi seperti ini,” kata­nya kepada Kosmo! Ahad di Bukit Bintang di sini baru-baru ini.

Syasya berkata, sejak berusia 10 tahun lagi, dia memang ‘geram’ apabila melihat kakaknya bersiap cantik-cantik dan memakai gincu, sedangkan dia hanya pakai seluar jeans dan baju-T.


“Apabila kakak pergi sekolah, saya curi-curi masuk bilik dia untuk bersolek sama macam kakak, nampak cantik, dan masa umur 13 tahun, saya senyap-senyap beli alat solek di luar,” ujarnya.

Sementara itu, Harry, 28, pula mendedahkan, dia yang terjebak dunia pengkid pernah menjalinkan hubungan dengan belasan wanita sejak berumur 13 tahun.

Kata Harry, segalanya bermula apabila dia mempunyai seorang kakak angkat di sekolah, namun hubungan akrab umpama adik-beradik lama-kelamaan bertukar menjadi hubungan cinta.

“Hubungan pertama hanya kekal selama setahun lebih. Saya mempunyai ramai peminat dalan kalangan pelajar perempuan dan saya sering bertukar-tukar pasangan.

“Di sekolah menengah sahaja saya pernah bercinta dengan 10 perempuan, tetapi bukanlah secara serentak,” katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku itu hanya permulaan dan kea­daan bertukar 100 peratus apabila dia memasuki universiti sehingga tinggal bersama pasa­ngannya dan menjalani kehidupan seperti ‘suami isteri’.

Ditanya perasan sebenar menjadi pengkid, Harry mengakui hanya berasa bangga disebabkan memiliki teman wanita yang berwajah cantik.

“Ada lelaki yang cemburu sebab perempuan boleh suka pengkid seperti saya, sedangkan mereka nak dapat seorang girlfriend pun susah,” katanya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 23-1-2023 05:40 PM
Dah akhir zaman.
Quote Supersirap 23-1-2023 06:18 PM
Terapi mental dan hati
Quote Adrif 23-1-2023 09:32 PM
Hadis ini diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

رَجَعْنَا مِنَ الجهادِ الأصغرِ إلى الجهادِ الأكبرِ . قالوا : وما الجِهادُ الأكبرُ ؟ قال : جِهادُ القَلبِ

Maksudnya : “Kami telah pulang daripada jihad yang lebih kecil kepada jihad yang lebih besar. Mereka bertanya : Apakah yang dimaksudkan dengan jihad yang lebih besar itu ? Nabi SAW bersabda : Kesungguhan seseorang hamba melawan hawa nafsunya”.

Hadis ini diriwayatkan dengan makna yang sama oleh al-Baihaqi (373), kitab al-Zuhd, Sunan al-Kabir.
Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya : “ Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya ”.

[al-‘Ankabut : 69]

bersabarlah dengan dugaan dunia. jangan turutkan nafsu songsang tu. haram di sisi Islam.
sabar banyak-banyak, moga diberikan ganjaran syurga buat semua kelak. dunia ni sementara je. akhirat sana kekal abadi

ingat Islam, ingat Allah, ingat Nabi Muhammad S.A.W.

jauhi LGBT. semua tu nafsu sementara. ilusi semata
Quote sekngucing 23-1-2023 09:58 PM
Adrif replied at 23-1-2023 09:32 PM
bersabarlah dengan dugaan dunia. jangan turutkan nafsu songsang tu. haram di sisi Islam.
sabar bany ...

aku pompuan dtg dekat pun takut...geli....
Quote Decaffeinated 23-1-2023 09:59 PM
Jangan hanya suruh pondan kawal nafsu, yang tak pondan pun cuba abstain juga macam paderi. Lepas tu baru boleh sembang

Quote hyie 23-1-2023 10:08 PM
kalau takda demand, takda la supply uols So, takkan la gegayah yang layan fonen khuenz? Dah sah2 jantan tulen. Gayah dengan gayah je.
Quote Zack8hunter 23-1-2023 10:42 PM
Pondan2 mula rasa nk mendonia.. lps tu bila kene kecam dok kata dia mangsa diskriminasi
Quote Sazreena 23-1-2023 10:51 PM
Jantan tulen layan pun sebab nak spedo. Pondan kan pemurah dan rajin cari duit. Yg pengkid layak bangga dpt awek cun. Sekali kena gangbang, kembung gak 9 bulan.
Quote jihyomelly 23-1-2023 11:03 PM
teringat masa zaman skolah..sesiapa couple dgn pengkid kitorg akan bash cukup2 cakap apa kelas couple dgn pengkid alang2 kalau dgn jantan sah2 ada hasil hahaha (mulut jahat tapi xde la sampai mengandung bagai sbb kami geng huhahuhahuha je bf ke couple x minat)
Quote missyL 23-1-2023 11:06 PM
Ni ujian die
Mmg ujian masing2
Risau jgk nk komen bkn2
Sat g anak aku pn besar x thu lagi cmne. Dunia skang bkn cm dulu

Kene kuat lawan naluri
Ssh dah skang nk sekat2
Mane2 medium pn ade pelangi.
Cite mesti ade unsur lgbtq

Quote fizamn 23-1-2023 11:21 PM
Mudaha mudahan mereka berkesudahan yang baik bukan seperti kesudahan Firaun..amin
Quote FlexyFox 24-1-2023 12:24 AM
Adrif replied at 23-1-2023 09:32 PM
bersabarlah dengan dugaan dunia. jangan turutkan nafsu songsang tu. haram di sisi Islam.
sabar bany ...

True. Bukannya lama pun hidup di dunia ni. Pejam celik, pejam celik dah masuk thn baru. Umur pun makin meningkat. Sabar dan iman tu kuncinya. Semoga kita semua dilindungi dari ujian yg berat2 dan diberi kesabaran yg tinggi.
Quote FlexyFox 24-1-2023 12:40 AM
missyL replied at 23-1-2023 11:06 PM
Ni ujian die
Mmg ujian masing2
Risau jgk nk komen bkn2

Hi Missy, I pun takut dgn dugaan bermacam2 di seliling anak2 kita. Dunia sekarang sungguh mencabar dan anak2 kita membesar dlm situasi begini. I sampai masukkan dlm doa lepas solat minta Tuhan lindung anak-anak dan keturunan dari zina dan lgbt. Dulu2 ni kita tak pernah fikir pun benda ni. Perkara yg jarang2 berlaku. Sekarang perkara biasa malah seolah2nya kita yg tak sokong lgbt  dianggap tidak berperikemanuasiaan. Kita bukan tak suka mereka sebagai manusia cuma cara mereka tu. Entahlah...
Quote dua_chzy 24-1-2023 12:48 AM
gideoncross replied at 23-1-2023 09:40 AM
Dah akhir zaman.


Bukan.

Homosexuality dah wujud sejak zaman Nabi Lut.

Jadi ini bukannya petanda akhir zaman. Tapi memang homosexuality, is in our gene. Kot. Sebab tu beribu tahun pun tetap prevalent di muka bumi.
Quote dua_chzy 24-1-2023 12:54 AM
FlexyFox replied at 23-1-2023 04:40 PM
Hi Missy, I pun takut dgn dugaan bermacam2 di seliling anak2 kita. Dunia sekarang sungguh mencabar ...

Tak rasa dulu perkara ni jarang2 berlaku sis...Zaman saya remaja dulu dah mendonia LGBT ni cuma zaman tu tak terbuka sangat macam sekarang. Sekarang ni budak2 sekolah  dah tak takut sangat untuk keluar dari lemari. Bukan macam dulu.
Quote missyL 24-1-2023 12:55 AM
FlexyFox replied at 24-1-2023 12:40 AM
Hi Missy, I pun takut dgn dugaan bermacam2 di seliling anak2 kita. Dunia sekarang sungguh mencabar ...

Yer u
Skang plk bdk 2 thun pandai dah main hp
Mcm2 ade skang nie kt utube ape semua tu
Sedangkn cite kartoon pon ade unsur pelangi

Nti xthu lah cmne nk cite kat anak2 ni pasal ni semua
Klo dah besar thu dosa pahala tu ok la
Klo yg kanak2 ni mane nye phm.

I harap sgt keturunan i xde la di uji sbg pelangi nie
Somehow i mcm phm perasaan ibu2 ayah2 yg terima anak bawak balik pasangan kaum sejenis.
Mesti la dah nasihat kan
Klo i pn x sanggup hilang ank huwaaa


Quote missyL 24-1-2023 12:56 AM
dua_chzy replied at 24-1-2023 12:54 AM
Tak rasa dulu perkara ni jarang2 berlaku sis...Zaman saya remaja dulu dah mendonia LGBT ni cuma za ...

Yer
Dulu xde sokongan
Skang klo kt barat
Klo kite x sokong kite yg kene cancel
Di tuduh homophobic etc.
Quote dua_chzy 24-1-2023 01:02 AM
missyL replied at 23-1-2023 04:56 PM
Yer
Dulu xde sokongan
Skang klo kt barat


Tapi masih ramai ummah Barat yang lantang menentang woke culture ni. Termasuk LGBTQ la tu. Paling varvi segala benda nak diLGBTQkan termasuk komik, katun. Tu Spongebob tu ada ka patut tetiba gay. Si Lefou dalam cerita Beauty and the Beast pun dibuatnya jadik gay. Celaka hanat rosakkan childhood aiols ja. Mana hada gay Lefou tu masa weols kecik2.

Quote Rogue98 24-1-2023 01:12 AM
Apa jabatan agama kita buat ek. Time orang khalwat laju jer bawak gang mengintai. Kat semak2 pun sanggup diaorang redah...

Lihat semua komen(184)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.077731 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top