CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Pembuangan Sampah Terus Berlaku, Tolonglah Ubah Sikap' - TMJ Kesal Dengan Masyarakat Pengotor

23-1-2023 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1335| Komen: 9

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru anggota masyarakat khususnya penduduk negeri Johor, agar mengubah cara pemikiran berkaitan isu kebersihan.

Dalam respons terhadap satu ciapan di Twitter, Tunku Ismail nyata kesal apabila masih ramai yang tidak prihatin terhadap aspek kebersihan.



Twitter

Kata Tunku Ismail, biarpun pasukan petugas sudah melaksanakan kerja-kerja pembersihan, ia tidak akan memberi impak besar jika orang ramai tidak memainkan peranan.

"Saya berharap masyarakat menghormati negeri dan alam sekitar kita dan ubahlah mindset dari membuang sampah merata-rata.

"Apabila saya pantau, selepas kerja pembersihan dibuat, pembuangan sampah terus berlaku di setiap tempat. Tolonglah ubah sikap," tulisnya.


Twitter


Terdahulu, seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kecewa apabila percutiannya ke Tanjung Balau dicemari pemandangan tidak enak, dengan sampah sarap dilihat di segenap sudut kawasan pantai itu.



"Pengalaman Cuti-Cuti Malaysia saya menjadi buruk kerana sampah sarap yang dibuang merata tempat di Tanjung Balau.

"Kita kena lakukan sesuatu tentang perkara ini. Ia melampau dan sangat menyakitkan untuk dilihat," tulisnya sambil meletakkan tag akaun Tunku Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Travelo 23-1-2023 04:43 PM
johor aku pergi haritu mmg kotor...banyak indon...indon pengotor bangsa tak bertamadun
Quote Skuau 23-1-2023 04:52 PM
Travelo replied at 23-1-2023 04:43 PM
johor aku pergi haritu mmg kotor...banyak indon...indon pengotor bangsa tak bertamadun

jgn marah...PEMIMPIN MSIA  yg bg indon tggl kt Msia.
Quote _blackbird 23-1-2023 04:53 PM
Tg balau ni destinasi pilihan golongan pati, rempit, bohsia bohjan, geng konvoi honda fd second hand dan b40.
Quote Beribear 23-1-2023 05:46 PM
Iolss pergi tanjung balau ni bln 12 ritu. Banyak org mnyanmar. Sampai confused kat situ malaysia ke negara dorg
Quote Supersirap 23-1-2023 06:20 PM
Kebersihan ini perkara asas dalam kehidupan
Quote hmmlantakko 23-1-2023 06:29 PM
Malaysia senang2 je kena pijak dgn bangsa asing buat onar. sebb nya apa? kurg penguatkuasaan
Quote cucuq 23-1-2023 06:29 PM
sorry to say kadang2 yg kotor ni sbb warga asing jerr..kat kl byk org bangladesh n india kadang tgok selamba je dorang ludah sireh...warga asing buat onar msia gak burukkk..blom lagi warga asing lain lagi macam indon, myammar, vietnam, rohingya tu..
Quote cucuq 23-1-2023 06:32 PM
Beribear replied at 23-1-2023 05:46 PM
Iolss pergi tanjung balau ni bln 12 ritu. Banyak org mnyanmar. Sampai confused kat situ malaysia ke  ...

gi kl mcm dhaka,india or bangladesh.. pergi penang, johor mcm kat negara indonesia, pergi selangor mcm2 ada kejap rasa macam kat bangladesh, indonesia, myammar, vietnam siyes siap ada naik basikal gi kerja, gi pasar siap ikat tocang pkai bedak sejuk lagi.. msia ni kaya betul dgn warga asing..
Quote intan244 23-1-2023 06:59 PM
kena ajar dari sekolah. sedih iols tgk budak sekolah rendah makan ice cream wrapping buang merata. diorg ingat benda tu ok, so kna ajar. pastu kena kuatkan undang2x mcm singapore.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.037560 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top