CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Ingatkan Dia Tertidur...' - Pencari Kotak Terkejut Jumpa Mayat Kawan Di Tanah Perkuburan

23-1-2023 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 859| Komen: 1

Description: Seorang pencari kotak terkejut dengan penemuan mayat kenalannya yang sudah meninggal dunia di wakaf rehat Tanah Perkuburan Islam Kampung Panji Alam di sini semalam.Dalam kejadian pada pukul 5 petang i ...
Seorang pencari kotak terkejut dengan penemuan mayat kenalannya yang sudah meninggal dunia di wakaf rehat Tanah Perkuburan Islam Kampung Panji Alam di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, Faizol Taib, 38, pada mulanya menyangkakan kenalannya yang dikenali sebagai Kamal Mohd., 52, tersebut sekadar tidur di wakaf rehat terbabit.



Anggota polis sedang memeriksa mayat lelaki yang ditemui meninggal dunia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panji Alam, Kuala Terengganu semalam.

“Setahu saya dia yang menetap di Kampung Bukit Depu di sini gemar menghabiskan masa di tanah perkuburan ini sejak sebulan lalu tanpa diketahui sebabnya.

“Semalam saya nampak terbaring di atas wakaf rehat tersebut dan cuba mengejutkannya kerana menyangkakan dia tertidur. Rupa-rupanya sudah meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Faizol berkata, dia difahamkan Kamal menghidap penyakit diabetes, tetapi tidak gemar mendapatkan rawatan di hospital.


Tambahnya lagi, kali terakhir dia bertemu arwah di kawasan tanah perkuburan berkenaan pada Jumaat lalu, Kamal dilihat kurang sihat dan sering terbatuk-batuk.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd. Zaki Wan Ismail yang dihubungi mengesahkan penemuan mayat tersebut. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Abc246 24-1-2023 02:12 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.042921 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top