CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Hadi Awang Dah Jumpa Dalil Halalkan Cara'

23-1-2023 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 786| Komen: 2

Veteran UMNO menempelak kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.


Menyifatkan kenyataan terbaharu Abdul Hadi itu sebagai perkara yang tidak menghairankan, Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, kemungkinan Presiden Pas itu telah menjumpai dalil untuk menghalalkan cara.

Katanya lagi, Abdul Hadi seorang yang banyak mengeluarkan fatwa politik menggunakan Islam demi mencapai matlamat Pas malah fatwanya yang mengkafirkan orang UMNO adalah yang paling lama sehingga menimbulkan perpecahan dalam masyrakat, keluarga dan rumah tangga.



"Semua masih ingat peristiwa solat dua imam. Kawin imam orang UMNO tidak sah. Sembelihan orang UMNO haram. Anak dan ibu bapa serta adik beradik putus hubungan kekeluargaan dan berbagai musibah berlaku akibat fatwa Abdul Hadi itu.


"Kejayaan Abdul Hadi mengeluarkan fatwa dan dalil-dalil politiknya telah berjaya sehingga pengikutnya mempercayai bahawa fatwa dan dalilnya itu betul dan benar kerana Abdul Hadi digelar sebagai Tuan Guru maka apa yang keluar dari mulutnya semuanya betul dan benar.

"Mereka tidak nampak keburukan dan kemunafikan Abdul Hadi yang telah melakukan kefasikan kepada diri mereka," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Pada Sabtu, Abdul Hadi menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.

Presiden Pas itu berkata demikian ketika mengulas tindakan UMNO Terengganu yang memfailkan petisyen bagi kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman dengan alasan wujud rasuah kepada pengundi di ketiga-tiga kerusi terbabit ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, pihaknya menyeru Abdul Hadi supaya berhenti dari melakukan kerosakan kepada aqidah pengikutnya dan bertaubat dengan segera.

"Veteran UMNO mendesak Hadi supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fatwanya yang mengkafirkan orang UMNO.

"Veteran UMNO juga menyeru Hadi supaya kembali kepangkal jalan dan berhenti dari melakukan kemungkaran demi kesejahteraan ummah dan bangsa Melayu," ujarnya.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 24-1-2023 01:11 AM
Jika keputusan pilihanraya parlimen dibatalkan dan diarah mengundi semula pun,pas akan menang jugak. Dah tak boleh buat apa dah. Lebai tetap betul di mata orang kampung
Quote kesempitan 24-1-2023 02:56 AM
lu mmg lucu la eddie marang!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.033846 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top