CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak Lemas Di Ruang Dewasa Kolam Air Panas

23-1-2023 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3470| Komen: 47

Seorang kanak-kanak perempuan ditemukan lemas dalam salah sebuah kolam air panas ketika beriadah bersama keluarga di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, polis menerima maklumat kejadian daripada Hospital Daerah Baling yang memaklumkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia.



ORANG awam sedang memberikan bantuan pernafasan kepada kanak-kanak yang ditemukan lemas dalam salah kolam dewasa di Pusat Rekreasi Air Panas, Ulu Legong, Baling.

“Daripada hasil siasatan, kejadian kira-kira pukul 8 malam pada Sabtu lalu itu berlaku selepas kanak-kanak terbabit berada di kawasan tersebut bersama ahli keluarganya bagi tujuan riadah.

“Pada awalnya, mangsa mandi di ruangan kolam kanak-kanak, namun kemudian dia hilang daripada pandangan dan warisnya gagal mencari mangsa di sekitar kolam berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Shamsudin berkata, kira-kira 15 minit kemudian, kanak-kanak tersebut dijumpai oleh pengunjung yang sedang mandi di salah satu ruangan kolam dewasa.

“Kanak-kanak tersebut dibawa keluar dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bantuan awal pernafasan (CPR) diberikan dan waris menghubungi hospital sebelum ambulan membawanya ke unit kecemasan,” katanya.

Beliau berkata, pegawai perubatan mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia ketika dibawa ke hospital pada pukul 11.20 malam dan bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar mengesahkan punca kematian disebabkan lemas.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak iaitu mana-mana individu yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak yang mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

“Jika disabitkan kesalahan, individu terlibat boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Justeru, Shamsudin menasihati masyarakat khususnya ibu bapa yang berkunjung ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong agar sentiasa memantau pergerakan anak-anak supaya tidak berulang kejadian tidak diingini pada masa akan datang. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanearisu 23-1-2023 11:32 AM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un.

Salam takziah kepada keluarga adik ini.
Baru kita tahu, kolam air panas dibuka sehingga waktu malam.
Quote kuzaime 23-1-2023 11:34 AM
Takziah utk keluarga. Bawak anak nak2 yg masih kecik lg, memang x boleh leka walau sekejap pun benda kalau nak jadi sekelip mata aje
Quote dua_chzy 23-1-2023 11:36 AM
Kenapa la ko hyper takleh dok diam sampai jadi begini dek. Dah mandi di satu kawasan tu, stay situ aje la. Haiya. Mak bapak ko pun satu. Motif tak tengok ko macam burung helang mengawal anak2? Takziah.
Quote Travelo 23-1-2023 11:47 AM
budak budak ni kalau extra hyper activ ni aku tak berapa nak minat..kebnayakannya degil...menyampah..

tapi bila jadi mcm ni kesian pulak...harap parents tu bersabar...benda nak jadi kan
Quote akies 23-1-2023 12:25 PM
Kejadian berlaku pukul 8 malam
Kalau mandi di pool, dah tutup dah waktu malam.
Tak dibenarkan mandi.
Kenapa kolam air panas ni takde rule mcm ni
Quote missyL 23-1-2023 12:30 PM
Edited by missyL at 23-1-2023 12:31 PM

Salam takziah.
Bwk anak2 kecik sorang kene jaga.
Gilir2 lah tgok anak.
Peringatan tok diri jgk.

Bende 5 saat je Mcm2 bole jadi
Quote Decaffeinated 23-1-2023 12:31 PM
Aku attribute this to natural selection at work. Lain perkataan God works in mysterious ways.
Quote kotakominami 23-1-2023 12:32 PM
akies: Kejadian berlaku pukul 8 malam ...

Kolam air panas biase bukak malam ke pagi...kol 12 tgh mlm ke atas lg ramai org....tgh hari org tk mandi air panas
Quote acik79 23-1-2023 12:34 PM
akies replied at 23-1-2023 12:25 PM
Kejadian berlaku pukul 8 malam
Kalau mandi di pool, dah tutup dah waktu malam.
Tak dibenarkan man ...

Kolam air panas kat N9 pun buka mlm, aku pernah pergi… biasanya org nak berubat gi mandi air panas ni… tu sbb tak tutup kot, sbb aku pernah tanya budak yg jaga kat situ, dia cakap org jauh2 datang nak berendam utk berubat.
Quote mbhcsf 23-1-2023 01:11 PM
bawa budak ke kawasan kolam ke, apa yg dekat sumber air memang kena pantau.

nak kata apa lagi dah?

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote airfilterkotor 23-1-2023 01:28 PM
Salam takziah buat keluarga waris.

Acik baju hijo tu merakam henpon ke?
Quote akies 23-1-2023 01:34 PM
kotakominami replied at 23-1-2023 12:32 PM
Kolam air panas biase bukak malam ke pagi...kol 12 tgh mlm ke atas lg ramai org....tgh hari org tk  ...

Oh yeke. Malam pun buka.
Iols dulu pegi hotspring sg klah, tk buka waktu malam. Lepak sana..malam2 tktau nak buat apa..
Gelap je bawa anak lepak dlam bilik je.
Quote akies 23-1-2023 01:41 PM
acik79 replied at 23-1-2023 12:34 PM
Kolam air panas kat N9 pun buka mlm, aku pernah pergi… biasanya org nak berubat gi mandi air pana ...

Ohh patutla buka waktu mlm
Quote Decaffeinated 23-1-2023 01:45 PM
airfilterkotor replied at 23-1-2023 01:28 PM
Salam takziah buat keluarga waris.

Acik baju hijo tu merakam henpon ke?

acik yg setentang dgn acik baju hijo tu pun merakam juga untuk ummah forum.

Quote emera 23-1-2023 01:49 PM
Mak bapak x masuk sekali ke dlm kolam kecik tu? Anak hilang boleh x sedar.
Quote ilacantik 23-1-2023 01:58 PM
Hati2 lah chuols semua di musim cuti panjang ni. Sana sini kat IG semua pun cuti2. Sedara mara meols semua cuti2 pantai, Paka lah, sepang lah, morib lah. Sesungguhnya malang itu tidak berbau. Takziah diucapkan kepala mereka. Tapi maaflah eh, parents meleis ni kalau jaga anak banyak yg selalu leka. Berapa banyak kali meols jadi superwoman selamatkan bebudak ni, kat escalator, yg nak tersepit pintu lrt, nak meluru kat jalan. Maknya, terkial2 hp berjahit kat tangan.
Quote aint 23-1-2023 02:40 PM
kolam air panas mmg di buka pd waktu mlm smpi kol 2pagi ... kalo tak silap ler... sbb air panas, takde org nak mandi tgahari atau ptg kalo cuaca panas ... dah nama kolam air panas... mandi malam baru selesa...
Quote makita 23-1-2023 02:50 PM
dua_chzy replied at 23-1-2023 11:36 AM
Kenapa la ko hyper takleh dok diam sampai jadi begini dek. Dah mandi di satu kawasan tu, stay situ a ...

Betul, bdk2 umur gini mmg mata tu kene perati je. Masa ank meols umo gini meols dah mcm bodyguard je duk berdiri tepi n perati anak main nak nak masa kat kenduri tempat org ramai.

Bila dah besar sket dlm umo 10 tahun , meols warning siap2 contoh kalau main kat playground kalau dgr guruh pertama..tros stop main n balik. Meols kata kalau nak merasa duduk kubur sorg2, try la tak dgr ckp. Nanti kita kat atas ni pegi mkn ais krim n sushi.Geleng2 kepala tamo tamo. Mmg kene keras sket warning
Quote she 23-1-2023 02:53 PM
Macik penah pegi
Kotorrrrr
Hmmmm

Kolam tu takde rotate air
Macam swimming pool
Dia kolam mati
Geli bila kongsi kolah dengan stranger

So pergi tak mandi
Anak2 pun macik tak bagi mandi
Sekian laporan jujur

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.074352 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top