CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JPJ Keluar 40 Notis Saman Lalu Lintas Di Kelantan Yang Dikesan Melalui Dron

22-1-2023 07:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 791| Komen: 2

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 40 notis saman kepada pemilik kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan melalui pemantauan dron sejak semalam.

Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah berkata, antara kesalahan tertinggi yang dikesan adalah memotong garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan melawan arus, memandu melebihi had laju serta gagal patuhi lampu isyarat.


Gambar hiasan - Bernama

"JPJ Kelantan memberi amaran kepada pengguna jalan raya agar tidak melanggar peraturan lalu lintas kerana JPJ turut mempunyai ‘mata di udara’ bagi mengesan apa jua kesalahan yang dilakukan.

"Antara lokasi utama pemantauan menggunakan dron adalah di kawasan kerap berlaku kemalangan termasuk jalan utama negeri Kota Bharu-Kuala Krai-Gua Musang dan Kota Bharu-Pasir Puteh-Jerteh, Terengganu,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.


Mohd Misuari berkata, dengan penggunaan dron, banyak kesalahan oleh pemandu dikesan, sekali gus berjaya mengelak daripada berlakunya kemalangan.

"Sejak hari pertama Op Tahun Baharu Cina, sejumlah 726 notis saman dikeluarkan oleh JPJ Kelantan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans,” katanya. 


Sumber: Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 22-1-2023 09:09 PM
Fuiyooo guna dron ye
Mn lg nk lari ye

Quote Decaffeinated 22-1-2023 09:28 PM
JPJ buat kerja polis trafik ka?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.032781 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top