CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Meninggal Dunia Selepas Berbasikal 70 Kilometer Cari Kerja

20-1-2023 06:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1379| Komen: 9

Seorang lelaki di Thailand ditemui mati di sebuah perhentian bas di wilayah Isaan selepas dia berbasikal hampir 70 kilometer (km) untuk mencari pekerjaan, lapor laman berita Thaiger semalam. 


Dia dipercayai mengalami serangan jantung tetapi penduduk tempatan menyatakan bahawa lelaki tersebut dilanggar oleh sebuah kereta sehari sebelum meninggal dunia. Dia dikatakan enggan menerima rawatan perubatan.


Seorang lelaki, Chaimongkhon Klaharn meninggal dunia selepas berbasikal hampir 70km untuk mencari pekerjaan. - Thaiger

Pegawai dari Balai Polis Mueang Roi Et dimaklumkan oleh penduduk tempatan dalam Komuniti Baan Kiat Leung bahawa mereka menemui lelaki tersebut yang kemudian dikenali sebagai Chaimongkhon Klaharn, 47. 

Dalam pada itu, di tempat kejadian, pegawai polis mendapati Chaimongkhon terbaring di tempat duduk perhentian bas.


Mayatnya mempunyai kesan calar di muka dan badan serta basikal merah miliknya diletakkan berdekatan dengannya. Manakala kad pengenalan yang ditemui padanya membolehkan identiti dirinya dikenal pasti.

Sebelum ini, Chaimongkhon memberitahu penduduk tempatan bahawa dia telah berbasikal selama beberapa hari dari rumahnya di Yasothorn dan apabila tiba di Khon Kaen, lelaki tersebut akan berbasikal kira-kira 200 km lagi untuk mencari pekerjaan.

Chaimongkhon tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan menyewa penginapan, yang menyebabkan dia makan serta tidur di tokong di sepanjang laluan berbasikalnya.

Selepas dibedah siasat, doktor melaporkan bahawa lelaki itu telah meninggal dunia selama kira-kira lapan jam akibat kegagalan jantung disebabkan cuaca sejuk dan kecederaan akibat kemalangan kereta. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 20-1-2023 10:38 PM
Astora Jabat senyum sinis. Pada usia 60'an rilek2 ja berbasikal di pergunungan Laos.

Quote mojarean_X 20-1-2023 11:14 PM
Decaffeinated replied at 20-1-2023 10:38 PM
Astora Jabat senyum sinis. Pada usia 60'an rilek2 ja berbasikal di pergunungan Laos.

Lama x dgr nama Astora Jabat
Quote green~tea 20-1-2023 11:19 PM
Decaffeinated replied at 20-1-2023 10:38 PM
Astora Jabat senyum sinis. Pada usia 60'an rilek2 ja berbasikal di pergunungan Laos.

Heols forumer cari kan dulu?
Quote dua_chzy 21-1-2023 12:27 AM
Decaffeinated replied at 20-1-2023 02:38 PM
Astora Jabat senyum sinis. Pada usia 60'an rilek2 ja berbasikal di pergunungan Laos.

Dia ada duit beli makanan segala supply untuk pastikan dia survive. Pehtu tak cedera kena langgar kereta. Boleh la.
Quote Decaffeinated 21-1-2023 12:37 AM
green~tea replied at 20-1-2023 11:19 PM
Heols forumer cari kan dulu?

Sekarang youtuber
Quote Decaffeinated 21-1-2023 12:38 AM
dua_chzy replied at 21-1-2023 12:27 AM
Dia ada duit beli makanan segala supply untuk pastikan dia survive. Pehtu tak cedera kena langgar  ...

But at that age. Ai can jeles only la.

Quote rogayahtop 21-1-2023 06:18 AM
Turut bersimpati. Tp semasa hidupnya boleh singgah makan mandi tidur dekat temple. Kalau kat malaysia tidur la luar pagar surau kunci sis.
Quote ninja boy 21-1-2023 06:46 AM
Edited by ninja boy at 21-1-2023 07:53 AM

teringat thead dulu2 yg brp family tidur kat masjid di kedah kena sakat hantu, siap forumer Google Map dan print screen cari lokasi snap itu lokasi nya ada kubur masjid tu
Quote Travelo 21-1-2023 10:31 AM
kalau basikal yg proper mcm mtb,hybrid tu semua mungkin dia hidup lagi...tapi bagus ada effort walaupun tak ada afford..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.044803 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top