CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sarjan Polis Maut Jatuh Gaung Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

20-1-2023 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1791| Komen: 11

Seorang anggota polis berpangkat Sarjan maut apabila kereta dipandunya terjatuh ke dalam gaung di Jalan Kampung Sungai Senam, hari ini.

Mangsa, Sarjan Yahya Ahmad, 39, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.



Keadaan kereta Sarjan Yahya Ahmad yang terjatuh ke dalam gaung di Jalan Kampung Sungai Senam, di Sik pagi ini. - Foto PDRM

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, dalam kejadian jam 7 pagi itu mangsa dari rumahnya di Pokok Sena dalam perjalanan ke tempat kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah Sik.

“Mangsa memandu kereta jenis Proton Iswara dipercayai hilang kawalan terbabas di sebelah kanan jalan lalu jatuh ke dalam gaung.

“Kemalangan itu disedari orang awam yang melalui jalan itu pada jam 11 pagi selepas melihat kesan tayar melungsur ke dalam gaung,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.


Abdull Razak berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami pendarahan di kepala lalu meninggal di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 20-1-2023 06:49 PM
Meninggalnya hari ini? Jumaat.. Innalillahi wainnailaihirojiun. Semoga arwah di tempatkan di kalangan roh2 org yg beriman dan semoga Allah mengampuni arwah.. Amin..
Quote Supersirap 20-1-2023 08:58 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote rogayahtop 21-1-2023 06:20 AM
Alfatihah.
Quote -Suri- 21-1-2023 10:40 AM
Salam takziah utk keluarga mangsa
Quote gideoncross 21-1-2023 05:11 PM
Zazama replied at 20-1-2023 06:49 PM
Meninggalnya hari ini? Jumaat.. Innalillahi wainnailaihirojiun. Semoga arwah di tempatkan di kalanga ...

Smoga rohnya d cucuri rhmat & d letakkan d klgn org2 yg soleh.
Quote Zazama 21-1-2023 06:05 PM
gideoncross replied at 21-1-2023 05:11 PM
Smoga rohnya d cucuri rhmat & d letakkan d klgn org2 yg soleh.

Amin..amin..amiinn..
Quote Belibis 21-1-2023 07:15 PM
Pulis baik ni...dah sajen pun pakai iswara je.
Semoga Allah merahmati rohnya.
Quote Decaffeinated 21-1-2023 11:10 PM
Semoga bukan masalah brake lah
Quote mr_cool5885 21-1-2023 11:29 PM
Edited by mr_cool5885 at 21-1-2023 11:43 PM

Jatuh gaung belah kanan?
Kalau jalan lurus, sepertinya hendak mengelak sesuatu lalu pusing stereng ke kanan.
Kalau jalan selekoh / membelok ke kiri, sepertinya micro sleep / sedang melakukan sesuatu yg mengalih perhatian pada masa tu.
Menurut berita ianya berlaku jam 7pagi, ada kemungkinan kejadian mungkin berlaku sebelum jam 7pagi itu dimana mungkin terdapat unsur mistik di jalan berkenaan.
Atau mungkin selepas post mortem terdapat masalah kesihatan.
Atau mungkin juga disebabkan kerosakan pada kenderaan.
Juga mungkin juga faktor jalan licin / basah.
Quote gideoncross 22-1-2023 10:20 AM

Seram ya klau dngr/tngok car accident ni? Dlu iol msa Form 2, iol prnh tngok sndri dpn mta mngsa car accident msih dlm kreta pstu kpla mngsa tu darah mngalir.
Quote awanearisu 22-1-2023 03:33 PM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Salam takziah buat ahli keluarganya.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.209989 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top