CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lembu, Kerbau Merayau Di Laluan Utama Gua Musang-Kuala Krai Musim Raya Akan Ditangkap

20-1-2023 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 741| Komen: 5

Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) menasihatkan pemilik lembu dan kerbau agar tidak melepaskan haiwan peliharaan mereka berkeliaran di laluan utama Gua Musang-Kuala Krai sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina ini.


Penolong Setiausaha Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) Wan Mohd Afiq Wan Alias berkata pemilik haiwan perlu lebih peka dan memastikan haiwan tersebut tidak mengganggu lalu lintas apabila kenderaan dijangka bertambah pada musim perayaan itu.

"MDGM mengambil berat tentang masalah haiwan ternakan berkeliaran di kawasan kampung atau bandar, jadi pemilik diingatkan agar bersikap lebih bertanggungjawab menjaga haiwan ternakan dan elakkan dari mengundang risiko kemalangan ketika musim perayaan.


MDGM dengan kerjasama PDRM dan Jabatan Veterinar melancarkan Operasi Bersepadu Haiwan Rayau bagi memburu haiwan ternakan yang dilepaskan berkeliaran sepanjang jalan utama di Gua Musang. - Gambar fail


"Oleh itu, Jabatan Penguatkuasaan MDGM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Veterinar telah melancarkan Operasi Bersepadu Haiwan Rayau Rabu lalu bagi memburu haiwan ternakan yang dilepaskan berkeliaran sepanjang jalan utama di Gua Musang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Mohd Afiq berkata operasi berkenaan akan dilaksanakan secara berkala di kawasan hotspot yang dikenal pasti kerap terjadi kemalangan disebabkan haiwan rayau.

"Antara kawasan operasi yang sering menjadi kawasan lembu rayau ialah di Kampung Batu 6, Gua Sejuk, Kampung Renok, Felda Chiku dan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh.

"Tindakan boleh dikenakan mengikut Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau-Rayau (Majlis Daerah Gua Musang) (Pindaan) 2012," katanya menambah pemilik haiwan boleh hadir ke pejabat MDGM untuk proses penebusan dalam masa tujuh hari dari tarikh penangkapan sebelum tindakan pelupusan diambil MDGM.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 20-1-2023 06:56 PM
Nnt pakat² mgelumpur.
Time org xcident/mati sbb haiwan² tu pandai lak diam xbekutik
Quote -Suri- 21-1-2023 10:41 AM
Banyak dah kes org eksiden dgn binatang peliharaan ni. Time tu owner hilang entah ke mana.
Quote she 21-1-2023 10:56 AM
Sedapnya kurma daging kerbau
Takde ke porumer yang nak kawen
Buat ler kenduri masak lauk ni
Pastu jemput macik tauuu
Quote Itzy 22-1-2023 07:41 PM
Kafir2 x nak ke komen kat sweden bakar quran?
Quote noor2 22-1-2023 07:47 PM
Sedapnya daging masak merah makan dgn lemang...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.035452 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top