CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Muda Tekup Bantal Di Muka Bayi Sampai Mati Hanya Angguk Di Mahkamah

20-1-2023 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2842| Komen: 23

Seorang ibu muda didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas dakwaan membunuh anaknya berusia satu tahun enam bulan dengan menekup bantal di muka bayi berkenaan.

Tertuduh, Umishahirah khalid, 20, mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.



BH

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh dengan niat menyebabkan kematian ke atas anak lelakinya berusia satu tahun enam bulan antara 11 Januari kira-kira jam 5.25 petang hingga 12 Januari jam 11.30 pagi di sebuah kondominium di Vertex Tower, Cybersquare, Cyberjaya.

Pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan, Nur Sabrina Zubairi di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman, manakala tertuduh diwakili peguam, Johan Radzi.


Nur Sabrina membuat permohonan kepada mahkamah di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah supaya tertuduh dirujuk ke hospital bagi pemeriksaan dan pemantauan mental.

Beliau juga mencadangkan mahkamah menetapkan satu tarikh bagi sebutan serahan dokumen laporan forensik, kimia dan psikiatri hospital.

Mahkamah menetapkan 20 Mac depan sebagai tarikh sebutan kes.

Semalam media melaporkan, seorang ibu muda tergamak menekup dan mencekik anak lelakinya berusia setahun enam bulan sehingga mati.

Suspek berusia 20 tahun itu bagaimanapun ditahan bersama teman lelakinya di sebuah kondominium di Cyberjaya di sini, pada 12 Januari lalu.

Difahamkan, suspek bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses perceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang penganggur.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilapor berkata, dalam keterangan awal suspek mendakwa kononnya mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Babai 20-1-2023 06:28 PM
Mak setan.
Quote jazaa100 20-1-2023 06:34 PM
Cantik budak ni.....
Kulit putih mulus....
Quote krustykrab 20-1-2023 06:43 PM
Depressed agaknya sb laki bewak hidup..nk cerai laki mintak pampasan pulak kot
Quote hareeeesah 20-1-2023 06:45 PM
Tanya la kat family kot ada yg nk.. Kenapa pi bunuh.. tp tula kalau dh dia pun tekanan mana reti fikir waras dh..
Quote matamata 20-1-2023 07:20 PM
Thread dah adala laknat... Sambung je la.... Nanti org bukak thread komplen kena delete pulak
Quote ujio 21-1-2023 01:28 AM
Haaa terjawab sudah pelakunya...
Mereputlah ko dalam penjara..
Quote Sazreena 21-1-2023 01:55 AM
Tergamak ko ek...stoned dulu ke apa...len macam perginya..
Quote liyamariska 21-1-2023 03:08 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote mamastoney 21-1-2023 03:24 AM
Anak setahun 6bulan, kawen belum pun 2 thn....maknanya anak tu pun luar nikah ekk. Skrg masih lg bini org tp dah ada boyfriend. Jangan2 bersekedudukan dgn bf kat condo tu ekk? Laki plak bewak hidup. Pastu bunuh anak. Mmg ko jenis yg tk pikir Allah dik!
Quote dakewa 21-1-2023 05:43 AM
Eloklah meninggal syg. Dari dapat mak hantu pikir kepala pitok and sibok berjantan je. Bermain rianglah di taman syurga ya.
Quote noor2 21-1-2023 06:00 AM
Rambut pun perang budak ni....sia2 hidup kat dunia ni...tapi boleh taubat kat penjara
Quote koko2 21-1-2023 06:14 AM
adakah di kala ittew maknya sedang ngesek ngan bf...anak dok tido mengigau nanges2..tak pikir panjang tros totop muka anak dgn bantal nak bagi diam..mak nak ngesek tak inzal lg nehh..make sense idok teory connspiracy inni ?
Quote matjerk 21-1-2023 07:26 AM
koko2: adakah di kala ittew maknya se ...

Atau... boipren dia kata... i x kan kawen dgn u sebab u ada anak... tak kan i nak kena tanggung anak u.. lagi pun mak i x bg kawen dgn Janda... i bujang lagi... i bukan mcm opai forex yg nikah janda anak 2.... i x nak.. i nak nikah anak dara...

Lalu dia pun fikir.. anak tu menyusahkan.. membebankan.... kenapa kau kena hidup.. dah la bapa kau pembewak.... aku tgk kau pun jadi benci...

Lalu dia pun tekap anak dia dgn bantal
Quote bunnyj3lly 21-1-2023 07:46 AM
mamastoney: Anak setahun 6bulan, kawen bel ...


Could be juga. Kerja kerani duduk kondo.. wow sangat
Quote diss69 21-1-2023 08:09 AM
Sayangnya..ank besar tu dh pandai jalan..dh bnyk keletah...mcm mana tergamak ko g bunuh...
Quote stingerpressor 21-1-2023 08:15 AM
koko2 replied at 21-1-2023 06:14 AM
adakah di kala ittew maknya sedang ngesek ngan bf...anak dok tido mengigau nanges2..tak pikir panjan ...

Now ko tahu kenapa ko oku?
Quote orkidorkido 21-1-2023 11:49 AM
Salah pilihan hidup dik.
Bertali arus kau terus buat kesilapan
Semoga tenang dijail sana nanti. Mungkin kat dalam sana kau sempat muhasabah diri.
Quote Hoshhi 22-1-2023 09:57 PM
Kalau engko stress sangat pun, engko tekup la laki engko. Ni engko tekup anak engko yang tak tahu apa apa benda pun
Quote zamnie 22-1-2023 10:07 PM
Ya Allah mcm ni sekali.. meroyan la kot

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.139670 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top