CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Lelaki Disyaki Mangsa Dera Yang Ditinggalkan Tepi Jalan Hanya Tahu Tulis ABC, 123

20-1-2023 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1598| Komen: 17

Keluarga atau waris kepada kanak-kanak lelaki disyaki mangsa dera yang ditemui ditinggalkan bersendirian di tepi jalan simpang tiga berhampiran Apartmen Cheras Utama, Batu 9 Cheras dekat sini, pada 13 Januari lalu masih belum dapat dikesan.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, usaha telah dilaksanakan untuk mengesan keluarga dan waris mangsa.



"Sehingga kini kanak-kanak ini (mangsa) masih tidak boleh berkomunikasi dengan sempurna tetapi boleh menulis perkara asas pembelajaran huruf seperti ABC dan 123," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, penterjemah warga asing juga telah dipanggil untuk berkomunikasi dengan mangsa semasa berada di hospital tetapi mangsa tidak memberikan sebarang respons yang positif untuk bercakap.

Katanya, mangsa kini disahkan sihat dan stabil serta masih berada di Wad Kanak-kanak Hospital Kajang.


"Mangsa telah diserahkan di bawah penjagaan serta pemantauan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai pelindung.

"Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat mengenai kes terbabit dan kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," ujarnya.

Tambah Mohd Zaid, polis menyeru orang awam atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini agar memaklumkan kepada pihaknya segera dengan menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395 untuk menyalurkan maklumat.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mangsa berusia lingkungan tiga hingga empat tahun itu ditemui orang awam yang kemudian menghubungi polis kira-kira jam 11.30 malam.

Pemeriksaan awal mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi.

Mangsa juga disyaki anak warga negara asing kerana tiada mempunyai sebarang kesan suntikan vaksin di bahu selain tidak memahami serta tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa tempatan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 20-1-2023 09:20 PM
normal la 3~4 tahun bukan semua budak pandai cakap lagi.
Quote mojarean_X 20-1-2023 09:37 PM
Edited by mojarean_X at 20-1-2023 11:46 PM

Bangsa apa tu?
Quote Minami2013 20-1-2023 10:00 PM
Kenapa la dera anak.
Quote green~tea 20-1-2023 11:29 PM
Hujung2 rohingyuck
Quote Meiizu 20-1-2023 11:52 PM
Tringat adik bella mangsa dera benon...mcm ni jugaklah ditemui seorang diri umur 4/5thn
Quote dua_chzy 21-1-2023 12:18 AM
Berita sebelum ni bilang pandai tulis dalam BM, BI, BC nombor 1-10.
Quote felinecat 21-1-2023 12:26 AM
Hadoii, warga asing ni. Mcm kt page jkm, ramai warga asing tinggal anak, buat beban plak kt malaysia
Quote apalancut 21-1-2023 12:45 AM
jangan risau nak...nanti ramai yang amek kau jadi anak angkat.. nanti kau akan dapat ic.
Quote orkid_amani 21-1-2023 01:18 AM
Edited by orkid_amani at 21-1-2023 01:20 AM

Sepatutnya bila dah pandai cakap kena ajar ank basic knowledge pasai diri..ini apa yg kindergarten ank aii ajar la..nama sendiri..nama ibu..nama ayh..dok kat mana (nama Taman perumahan) & no.rumah.no plat kereta & moto yg ambik ank kat sekolah
so far ank2 aii mmg dah boleh hafal.kena sentiasa refresh diorang pasal maklumat diri. Yg kakak tu dah tau mcmna nk kol ibu abh kalau emergency..dia hafal no.phn termasuk no.phn rumah pengasuh sbb dia transit takut teetinggal van sekolah
Quote stingerpressor 21-1-2023 03:32 AM
intan244 replied at 20-1-2023 09:20 PM
normal la 3~4 tahun bukan semua budak pandai cakap lagi.

Anak jiran aku yg 3 tahun rolls eyes....
Quote stingerpressor 21-1-2023 03:34 AM
orkid_amani replied at 21-1-2023 01:18 AM
Sepatutnya bila dah pandai cakap kena ajar ank basic knowledge pasai diri..ini apa yg kindergarten a ...

Ko yg dah nak masuk 5 series(umur) masih belum kenal diri, worse still, selalu bersikap tak sedar diri...inikheun pula anak kecil yg umurnya 3 tahun...kheun?

Kahkahkah
Quote stingerpressor 21-1-2023 03:37 AM
dua_chzy replied at 21-1-2023 12:18 AM
Berita sebelum ni bilang pandai tulis dalam BM, BI, BC nombor 1-10.

Yg iteww twins nyer....ko baca betul betul sebelum bilang kitaorang disini....

Lama bebenor tak dengar istilah bilang....

Bilang...menghitung...

Bilang...beritahu.....

Thank you ticher....

Kahkahkahkahkah
Quote CiliPadiSedap 21-1-2023 06:49 PM
Comel. Siapa belum ada anak angkat rajinkan cari. Moga murah rezeki kalian
Quote pooh~key 21-1-2023 06:54 PM
stingerpressor replied at 21-1-2023 03:32 AM
Anak jiran aku yg 3 tahun rolls eyes....

Dari tahun sudah2 akak rasa kau cerita umur dia 3 tahun sister. Apa dia tak membesar-besar ke sis?
Quote Decaffeinated 21-1-2023 11:19 PM
pooh~key replied at 21-1-2023 06:54 PM
Dari tahun sudah2 akak rasa kau cerita umur dia 3 tahun sister. Apa dia tak membesar-besar ke sis? ...

Jiran dia beranak tiap2 tahun kot.

Quote batmana 22-1-2023 03:29 PM
Dera woii..
Isu dera patut diberi perhatian..bukan isu takat reti abc,123..
Mmg xde otak sapa2 dera bdk baya cmni..klu jadi depan mata aku..mau terajang je penjaga tu..
Quote Skuau 22-1-2023 03:38 PM
felinecat replied at 21-1-2023 12:26 AM
Hadoii, warga asing ni. Mcm kt page jkm, ramai warga asing tinggal anak, buat beban plak kt malaysia ...

warga asing tau belah sini...BANGANG.Sekian.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.047950 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top