Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku terhadap dua mangsa kemalangan di Lebuhraya Perling berhampiran Sungai Danga di sini pada Jumaat yang terselamat walaupun kereta dinaiki mereka remuk teruk.
Kemalangan kira-kira pada jam 2 pagi itu mengakibatkan mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 20 tahun tersepit dalam kereta Proton Wira berkenaan. Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Nazaruddin Ahmad berkata, seramai 12 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian. "Proton Wira berkenaan terbabas sendiri dan terdapat dua mangsa tersepit. Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pegawai perubatan untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat pada jam 3.19 pagi. Sebelum ini, foto nahas berkenaan tular di media sosial dan ramai pihak menjangkakan kedua-dua mangsa maut berdasarkan keadaan kereta yang remuk selain diselaputi kain putih, ada pengguna jalan raya menzahirkan ucapan takziah kerana menyangka mangsa maut. Sumber: Sinar Harian
|
shernazz replied at 20-1-2023 05:51 PM
Kalauntengok dari luar tu mmg cm takde harapan kan
Naseb la check...isk2
CiliPadiSedap replied at 20-1-2023 05:56 PM
Boleh je selagi organ dalam masih selamat luka xteruk. Patah2 tulang masih boleh selamat. Jangan o ...
belacan_gurl replied at 20-1-2023 07:11 PM
Aku tahun lepas kemalangan... tulang dada patah sbb tersembam kat steering keta...huiii seksa nya tu ...
CiliPadiSedap replied at 20-1-2023 05:52 PM
Cmni lah dulu kaka accident, sebijik condition kereta. Tempat kaka kemalangan tu famous waktu malam ...
belacan_gurl replied at 20-1-2023 07:11 PM
Aku tahun lepas kemalangan... tulang dada patah sbb tersembam kat steering keta...huiii seksa nya tu ...
awanearisu replied at 20-1-2023 08:17 PM
Syukur masih selamat.
shernazz replied at 20-1-2023 05:58 PM
Astaga
Ko kenapa eksiden?
Naseb boleh reply.forum.ni..
syamzana replied at 20-1-2023 07:18 PM
uihhh dah okay ke?
iols excident dada kene airbag pun teruk lebam paru2.luaran nmpk ok.
masa kejad ...
CiliPadiSedap replied at 20-1-2023 10:15 PM
biasalah darah muda. meter slow sangat , tekan sampai habis. lagipun laluan lori balak. mema ...
shernazz replied at 21-1-2023 09:10 AM
Mujur lah..
Janga terbulu bulu maaa....
Slow and steady...
belacan_gurl replied at 21-1-2023 02:04 AM
Masih dlm pemulihan u...sbb rangka kat dada tu pasang besi... kemalangan terlanggar pokok sbb nk e ...
ADVERTISEMENT