CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Individu Rentung Kebakaran Lori Kontena Disahkan Suami Isteri

20-1-2023 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2561| Komen: 17

Dua mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian kebakaran sebuah lori treler yang membawa kontena di Kilometer 259.6 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Selatan) berhampiran susur masuk ke Plaza Tol Port Dickson dekat Rasah di sini pagi tadi telah dikenal pasti sebagai suami isteri.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kedua-dua mangsa yang rentung itu dikenali sebagai Mazlan Molot, 48, beralamat di Taman Putra Damai, Petaling Jaya Selangor dan Fauziah Uyop, 40-an.


KEADAAN lori kontena yang terbakar dalam dalam kejadian di Kilometer 259.6 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Selatan) berhampiran susur keluar ke Plaza Tol Port Dickson dekat Rasah, Seremban pagi ini.-Foto ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

Jelas beliau, kedua-dua mangsa dipercayai merupakan pasangan suami isteri.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler jenis Volvo yang membawa muatan biji plastik sedang bergerak dari arah Klang menuju ke arah Senawang.


“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa disyaki hilang kawalan dan terbabas ke lorong paling kanan lalu merempuh tembok tengah penghadang lebuh raya.

“Akibat pelanggaran tersebut telah menyebabkan lori treler terlibat mengalami kebakaran menyeluruh di bahagian badan dan kepala kenderaan. Kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh pihak bomba yang hadir di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nanda, kedua-dua mangsa iaitu pemandu dan penumpang lori treler yang tersepit akibat kemalangan mengalami kecederaan terbakar rentung keseluruhan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kedua-dua mayat telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk pengendalian bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya lagi. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 20-1-2023 05:53 PM
Iols baru tengok video.orang rakam.dari seberang
Katanya ada orang lagi dalam tu
Paatu meletup.lagi lori tu..takajut iols
Quote JunkMail 20-1-2023 06:03 PM
Camne lah boleh hilang kawalan ni. Jalan licin? Laju sangat? Brek rosak? Kat lane kanan pulak tu..
Quote tripleid 20-1-2023 07:50 PM
Edited by tripleid at 20-1-2023 08:28 PM

Video treler terbabas:
0:55

[youtube]tAKP5-gjjis[/youtube]
Quote xtahumenahu 20-1-2023 07:58 PM
tripleid replied at 20-1-2023 07:50 PM
Video:

Innalillahiwainnailaihirajiun...
Meletup lg masa diorg amik vid
Quote Supersirap 20-1-2023 09:01 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote ujio 20-1-2023 09:50 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun..
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga
Quote prettyuglybabe 20-1-2023 10:31 PM
company sekarang memang dah tak strict ye..
boleh bawak anak bini gi trip..
Quote liyamariska 20-1-2023 11:57 PM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎
Quote mehmet 21-1-2023 12:21 AM
prettyuglybabe replied at 20-1-2023 10:31 PM
company sekarang memang dah tak strict ye..
boleh bawak anak bini gi trip..

Mungkin hantar brg kebetulan lalu Kampung si Bini ke. Kesesakan duit ke APA.
Quote rosmahisham 21-1-2023 01:06 AM
Salam takziah..sedihnya ank2 jd yatim piatu..semoga ditempatkn bersama org2 yg beriman..
Quote ujio 21-1-2023 01:15 AM
Ada artikel kat rumah sebelah kata dh kahwin lama belum ada anak and wife dh berhenti jd pengasuh, mmg selalu teman lakinya tu hantar brg...cinta hujung nyawa...
Quote rogayahtop 21-1-2023 06:24 AM
Al fatihah. Sedihnya baca  Mmg cinta till jannah  

Quote matamata 21-1-2023 08:12 AM
Biasa je la isteri follow suami buat long diatance bawak lori...
Quote tagas 21-1-2023 10:08 AM
Aku lalu otw nak pi genting

lebih kuang jam 2ptg kren tgh alihkan

kontena yg terbakaw


dekat 10km jg jem

terkucil terkencing dlm keta ja la

berejam sangkut
Quote Belibis 21-1-2023 10:22 AM
tagas replied at 21-1-2023 10:08 AM
Aku lalu otw nak pi genting

lebih kuang jam 2ptg kren tgh alihkan

Time jam macam ni la kalau minyak ada satu bar buat resah gelisah..
Quote -Suri- 21-1-2023 10:43 AM
Sedihnya baca..
Salam takziah utk keluarga mangsa
Quote zie_indah 22-1-2023 02:49 PM
Salam tkziah buat keluarga

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.187023 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top