CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Miskin Tapi Tak Sanggup Membazir- Lelaki Makan Lebihan Makanan Tak Habis Dalam Pinggan Pelanggan

20-1-2023 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1256| Komen: 3

Individu yang tidak pernah bekerja di sektor perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) sudah pasti berasa pelik dan geli dengan kelakuan mereka yang makan lebihan makanan pelanggan.

Ini kerana lebihan makanan terutamanya daripada pinggan yang dimakan kebiasaannya dianggap sebagai sisa.


Namun begitu, ia berbeza bagi pemilik akaun TikTok @lexsparkvintagestore apabila berkongsi video dia menikmati kentang goreng yang dipercayai lebihan makanan pelanggan di singki sebuah restoran.


“Sedihnya aku melihat kamu.

“Nikmatnya makan makanan pelanggan, siapa biasa buat begini?” katanya dalam video tersebut.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Muizz itu lagi, bagaimanapun dia akan memerhatikan terlebih dahulu gelagat pelanggan ketika di meja makan sebelum bertindak menghabiskan sisa yang ditinggalkan sekiranya ada dan sesuai.

Di ruangan komen, lelaki yang kini aktif menjual baju terpakai itu berkata mereka yang meninggalkan lebihan makanan merupakan orang yang berduit.


Mengambil pendirian tidak suka membazir, lelaki itu enggan mengendahkan telahan segelintir netizen bahawa kemungkinan makanan yang tidak dihabiskan itu adalah sisa yang terjatuh daripada pinggan sebelum dikutip semula.

“Orang tua cakap makanan yang jatuh itu bagus, mereka kata itu makanan yang syaitan tolak,” ujarnya.

Namun di sebalik tanggapan negatif itu, sebenarnya lebih ramai pengguna TikTok yang memuji sifat lelaki itu yang tidak membuang sisa makanan tersebut untuk elakkan pembaziran yang berlaku di kedai makan.



“Baguslah begini. Allah tak suka hambanya membazir.

“Selagi tak kotor boleh sahaja makan, daripada buang, membazir sahaja.

“Betul, saya rasa geram tengok pelanggan yang tak habiskan makanan, jadi, apa lagi? Makan sahajalah,” ujar seorang netizen.

Selain video ini, Muizz juga ada memuat naik video-video lain yang menunjukkan dia mengemas meja makan pelanggan dan kemudian dia ambil sosej yang dibiarkan untuk dimakan.

Rata-rata netizen turut berkongsi cerita tentang pengalaman mereka yang hampir sama dengan pemilik akaun tersebut.

“Kerja hotel lagi seronok. Melantak udang goreng nestum, ayam barbeku madu, nasi lemak dan nasi goreng. Lebih-lebih lagi semasa sarapan pagi.

“Bagi yang mempunyai pengalaman sahaja akan tahu. Biasanya, kedai western kalau dapat bebola daging dah kira sangat beruntung. Boleh sahaja masak sendiri tetapi yang pelanggan punya lagi sedap.

“Teringat kerja di kedai piza dahulu. Pelanggan makan tak habis dan aku sedang lapar. Apa lagi, saya pergi makan di dapur.

“Walaupun mereka dah bayar, tapi saya sayang tengok orang tinggalkan makanan.

“Makanan yang tidak disentuh itulah yang saya akan makan. Bukannya miskin, tapi tak suka tengok makanan terbiar,” demikian komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 20-1-2023 09:03 PM
Bagus juga cara ini tapi berhati-hatilah dalam memilih makanan, takut ada virus yang tidak sepatutnya berada
Quote little_sis 20-1-2023 09:39 PM
Kdg2 portion besar tak larat nak habiskan.. nak bungkus bawa balik mcm sikit pulak.. perut kecil cepat kenyang..
Quote ezacbee 20-1-2023 09:39 PM
Kawan aku de camni tp dia pilih chicken wing je. Sayang nak buang gitu chicken wing. Kawan aku siap2 bungkus. Kadang2 xsampai hati nak buang sbb elok xberusik chicken wing tu. Napelah customer xnak tapau je chicken wing tu. Ni buang gitu.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.443013 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top