Rasa gemuruh dan gementar merupakan perkara biasa bagi mana-mana pasangan pengantin. Perkara seperti itu terjadi apabila seseorang itu perlu melakukan sesuatu perbuatan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
Sejak kebelakangan ini bagaikan satu trend apabila pasangan pengantin dilihat malu-malu untuk bersentuhan antara satu sama lain buat kali pertama selepas sah bergelar suami isteri. Sama seperti sebuah video yang tular ini, pengantin lelaki kelihatan terketar-ketar untuk menyarungkan cincin ke jari isterinya ketika sesi membatalkan air wuduk di dalam sebuah masjid. Berdasarkan video di TikTok, pengantin lelaki mengambil masa yang lama iaitu lebih dua minit untuk menyempurnakan acara itu. "Alahai pengantin ni malu-malu pula. Alhamdulillah selesai sudah. "Pertama kali jumpa yang macam ni... Selamat pengantin baharu, semoga kekal bahagia," tulis pemilik akaun TikTok yang berkongsi video tersebut.
|
vanillaninja replied at 20-1-2023 03:45 PM
I tengok video ni on Twitter kemain ramai yang mencerca. Padahal kalau perhati dorang ni betul2 sah2 ...
norawestallen replied at 20-1-2023 04:09 PM
ada org cakap, diorang OKU.
mejaputih replied at 20-1-2023 04:11 PM
Sian dorg kena kecam...iols salahkan org yg viral x tentu psl..
Suchi replied at 20-1-2023 07:59 AM
Maksud uols dorang ni bukan individu normal ker?
Sian pulak kalau dikawen kan ok ke yg lelaki tu? ...
ADVERTISEMENT