CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ustazah Asma' Harun Runsing Fikir Filem Pulau, Kesal Pelakon Pandang Ringan Isu Babak Soft Porn

20-1-2023 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2992| Komen: 41

Pendakwah bebas Asma' Harun meluahkan rasa terkilan dengan kenyataan dikeluarkan salah seorang pelakon Pulau yang seolah-olah memerli pandangan masyarakat yang tidak senang dengan tayangan filem tersebut ekoran terdapat adegan kurang bersesuaian untuk tontonan umum.


Asma' berkata, isu yang dibangkitkan tidak sepatutnya dipandang ringan kerana apa dipaparkan terang-terangan merosakkan masyarakat khususnya kesan kepada generasi muda.

"Bukan semudah itu kita hanya pejam mata, tolong lihat sudut pandang yang lebih luas kerana industri filem ini ditonton oleh semua lapisan masyarakat," katanya.

Foto: Google

Asma' berkongsi pandangan mengenai perkara tersebut menerusi hantaran di Facebook miliknya pada Jumaat.

Terdahulu, salah seorang pelakonnya dalam satu temu bual memberitahu tiada siapa memaksa untuk menonton filem tersebut sekiranya tidak suka.

Dalam pada itu, Asma' berkata, meskipun ada segelintir pelakon tidak terlibat melakukan babak tidak senonoh namun mereka tetap bersubahat kerana masih menerima keuntungan bersama.

Justeru kata Asma', jika dilihat daripada aspek dosa dah pahala maka wajar filem tersebut dibatalkan sebelum ia ditayangkan di pawagam pada 9 Mac depan.




"Mudah-mudahan mereka terselamat daripada dosa yang berterusan," jelasnya.

Sementara itu, Asma' turut melahirkan kebimbangan apabila treler filem berkenaan secara terang-terangan mempromosikan babak 'soft porn' namun berselindung di sebalik genre seram.

Katanya lagi, usaha banyak pihak memberi didikan tentang bahaya pornografi sebelum ini menjadi sia-sia apabila penghasilan filem sebegini boleh merosakkan minda anak muda.

"Perlu diketahui menonton atau melakonkan watak berunsurkan lucah adalah haram dan ia tergolong dalam sesuatu yang dikeji dan tercela, sama ada ringan atau berat.

"Jika budaya lucah sudah menjadi darah daging kanak-kanak seawal usia 5 tahun, adakah kita nak bertanggungjawab? Apatah lagi jika budaya jijik itu dilakukan oleh anak-anak kita sendiri?

"Bukan kita tidak tahu kesan ketagihan pornografi, tetapi demi keuntungan dunia, moral dan masa depan masyarakat sanggup digadaikan," ujarnya.

Pun begitu, Asma' meluahkan rasa syukur apabila masyarakat kini semakin celik dan sama-sama menolak filem ini untuk terus ditayangkan.

Malah Asma' berharap penggiat seni dapat menghasilkan karya yang dapat memberikan mesej baik kepada orang ramai.

Sebelum ini, penerbit Pulau, Fred Chong menjelaskan pihaknya hanya mahu mengetengahkan budaya sebenar masyarakat di negara ini dan bukannya menunjukkan unsur tidak baik kepada penonton.

Fred berkata, menerusi filem tersebut pihak produksi memaparkan keindahan pulau-pulau yang terdapat di Malaysia sekali gus mempromosikan Pulau Langkawi di mata dunia.

Pihak LPF juga menjelaskan terdapat perbezaan di antara kandungan treler filem berkenaan yang dikongsi kepada umum dengan salinan yang dikemukakan bagi tujuan penapisan.

Pulau menampilkan barisan pelakon popular termasuk Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Annuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea, Sabronzo, Evie Feroza, Cedric Loo, Pui Yi dan Vikar. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 20-1-2023 02:17 PM
Ustazah tak payah ler pergi tengok
Takkan deme nak berenang2 di lautan tu pakai jubah
Kang jadi ikan pari

Konsep dia
Iye kita bertegas kerana agama
Tapi kita hanya boleh menasihati
Bukan menghasut dan menghukum

Contoh
Kita tengok kedai cina jual kek
Kalau kita rasa was2
Kita beli kek di kedai melayu
Atau
Kita sendiri buka kedai jual kek
Bukan kita bising2 buat piket suruh boikot kedai cina tu

Boleh pakai ke contoh macik bagi ni
Quote ultra78 20-1-2023 02:20 PM
Ustazah pernah tengok apa yang ada dalam tiktok?
Quote kalchi 20-1-2023 03:00 PM
Ustazah ni suka komen hal2 bekaitan entertainment industri kan. Psl artis.
Quote cikatilia 20-1-2023 03:03 PM
ultra78: Ustazah pernah tengok apa yang ...

Tgk la kot sbb pagi2 dia berkuntum buat ceramah kat sana live daily kalu x silap. Tap tap love share gitu hahaha
Quote lyshafull 20-1-2023 03:14 PM
Huhuhuhuhu
Tpi masalh sosial skang mnjadi2 ustazah
X yah jadik artis
Dekat tmpt kerja berapa ramai ade skandal
Tu je la nk cakap
Quote nolya 20-1-2023 03:15 PM
kalchi replied at 20-1-2023 03:00 PM
Ustazah ni suka komen hal2 bekaitan entertainment industri kan. Psl artis.

Jgnlah salahkan ustazah.  Namapun ustazah maka dia rasa ada kewajipan menegur yg lagha. Sasaran dia  kpd artis2 kerana artis2lah yg suka menonjolkan diri.  Kalau orang kebanyakan, berpakaian menonjolkan nenen pun wartawan tak ambik kesah. Kenapa? sebab tak terkenal, tak ada nama dn tak akan jadi contoh teladan. Kalau artis, ramai yg ikuti perkembangan mereka: ke mana, dgn sape, pakai ape semua disoroti. Pokoknya samada U artis or celebriti, jagalah tingkah aku, pakaian dn percakapan.
Quote Supersirap 20-1-2023 03:15 PM
Banyak yang runsing berkenaan film pulau ni
Quote axl_bach 20-1-2023 03:20 PM
Haduilaa, rasanya kalau netizen bangang x jadikan kontroversi trailer filem ni sbg konten utk dpt like filem ni akan masuk senarai filem flop kutipan x cecah puluhan ribu pun, mungkin setara kutipan filem sampah yg berposter level drama slot spektra dulu2.Org pun x tau dan x ingin nk tgk pun
Quote sharlenetexas 20-1-2023 03:21 PM
Ustazah pernah tgk harry boy tak?


Quote nolya 20-1-2023 03:37 PM
Isu yg timbul begini sudah lama ada, ttpi tidak disemarakkan oleh penerbit tempatan. Babak2 soft porn begitu, katakanya ada yg lebih dahsyat dpt ditonton di U-tube. Itu hak orang ramailah kalau nak tengok dari U-tube, nak tengk yg lebih dahsyat pun terserah. Akan ttpi sbg kerajaan, ada kewajipan pihak berkuasa perlu membendung agar tak dianggap sebagai 'menggalakkan' atau tak peduli dgn hal yg membinasakan pemikiran dn akhlak orang2 Islam, khususnya anak2 muda. Masyarakat dn orang ramai perlu ada rasa tanggungjawab untuk mengekang agar anak2 muda kita tidak terjebak dgn adegan2 begitu. Babak2 ringan itulah jika dibiarkan akan berlarut ke adegan yg berat. Sekalipun katanya kita tak mampu menghalang kerana ada saluran luar boleh ditonton babak2 berahi, namun selagi ada kuasa untuk mencegah, bertindaklah dn jgn sekali2   jadi pendorong.
Quote kitmal 20-1-2023 03:44 PM
Yang soft porn hang bising...yang makan duit...scam duit orang tua pergi haji dan sebagainya hang dok diam.....hang ni tahu bab bab ni saja ke?
Quote zuriey 20-1-2023 04:05 PM
Ustazah, jah pekong suka gesel2 laki dlm live kira soft porn juga tak
Quote renko 20-1-2023 04:43 PM
setajah bieber sudah muncul
Quote _blackbird 20-1-2023 05:00 PM
Baru trailer setajah. Trailer kdg2 tak menggambarkan keseluruhan pilem pon. Byk je trailer promosi bubuh scene menjolok mata bila cerita sebenar nan hado biasa je pong
Quote PanadolExtend 20-1-2023 05:03 PM
Setajah mencapub
Quote habisnamadahni 21-1-2023 12:09 AM
well said..dia dh tegur..lantak la retis nk dgr kw x..akhirat esok dia dh terlps dr soal
Quote axl_bach 21-1-2023 12:13 AM
sharlenetexas replied at 20-1-2023 03:21 PM
Ustazah pernah tgk harry boy tak?

Citer tu slumber yayya slumber wawwa jer Sofea Jane pakai two piece kangkang depan Badrul Muhayat
Quote apalancut 21-1-2023 01:02 AM
stazah jgn risau, aliff satar ada dalam tu.. nanti dia dengan raihan akan tarbiahkan budak2 tu
Quote ezacbee 21-1-2023 01:02 AM
sharlenetexas replied at 20-1-2023 03:21 PM
Ustazah pernah tgk harry boy tak?

Sofea jane berbikini tunggang kuda

Time tu ustazah sekolah lagi. Belum akil baligh.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.053070 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top