CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengemis Gifts Di Tiktok- Lelaki Tergamak Buat Live Rendam Ibu, Bapa, Nenek Dalam Air Kolah! Nak Kencing Pun Tak Bagi

20-1-2023 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13725| Komen: 11

Apa saja sanggup dilakukan sebilangan pempengaruh media sosial untuk mencari wang dengan mudah.

Bagaikan satu 'kerja gila' apabila ada dalam kalangan golongan penyedia kandungan atau content creator itu yang sanggup bertindak kejam kepada ahli keluarga sendiri demi meraih populariti.


Terbaharu, seorang individu aktif berkongsi video seolah-olah mengemis sumbangan hadiah daripada netizen di TikTok yang kemudiannya boleh ditebus dalam bentuk wang ringgit.




Dalam hantaran dibuat pengguna dikenali sebagai @intan_komalasari92, dia mempromosikan beberapa rakaman video supaya orang ramai dapat menonton siaran langsung (live) yang dibuat ketika aktiviti mandi lumpur membabitkan ibu, bapa dan juga neneknya.

Menurut individu berkenaan, dia tidak mengejar populariti dengan viral sebaliknya mahu bergembira dan menghiburkan penonton.

"Masuk live guys. Saya tak perlukan viral. Saya perlukan duit untuk beli skin Mobile Legend (permainan video) dengan makan KFC (Kentucky Fried Chicken).


"Join live 24 jam tanpa henti teman ibu saya di sini," ujarnya.




Berdasarkan deretan video-video pendek yang dikongsikan, ahli keluarganya itu diminta duduk di atas kerusi plastik di dalam sebuah kolah yang diisi air secara sedikit demi sedikit sambil disaksikan warga maya secara langsung.

Untuk rekod, TikTok mempunyai fungsi menarik yang dipanggil coins (syiling).

Jika layak untuk mengadakan live stream, anda boleh mengumpul coins daripada pengikut kesayangan yang kemudiannya ganjaran tersebut dapat ditukar kepada wang.

Buat masa sekarang ini adalah cara yang paling popular untuk ‘buat duit’ daripada TikTok.

Sementara itu daripada satu rakaman skrin (screen recording) dimuat naik Anitiya di TikTok, kelihatan seorang nenek meminta izin untuk ke tandas gara-gara tidak tahan mahu membuang air kecil.

Namun, dia dihalang dan warga emas bernasib malang itu diminta meneruskan aktiviti dan kencing ketika membuat live.

Tindakan kejam pengguna TikTok itu ternyata mengundang kecaman ramai hingga mendapat perhatian ahli perniagaan dikenali sebagai Jhon yang menggunakan akaun @jhon.lbf_official.

Demi menggesa agar penghasilan kandungan seperti itu segera dihentikan, Jhon menawarkan peluang pekerjaan kepada individu tersebut.

"Saya tunggu persetujuan kemungkinan dia mahu bekerja di kedai saya.

"Biar dapat duit (dengan bekerja) daripada dia buat macam tu dekat ibu sendiri," katanya dalam nada simpati.

Namun tawaran kerja itu ditolak mentah-mentah individu berkenaan.

Sebaliknya dia meminta untuk diberikan wang sebanyak 200 juta Rupiah (RM57,000) sebagai 'pampasan' agar menghentikan penghasilan kandungan berkenaan.

"Kalau abang Jhon tak nak tengok kami buat live streaming macam ni, transfer 200 juta Rupiah.

"Sebab dekat video abang tu banyak pergi melancong ke sana sini. Pindahkan jumlah wang tersebut sebagai modal memulakan perniagaan supaya kami tak lakukan live macam ni dekat TikTok," katanya.

Kejadian tersebut berlaku di Indonesia namun turut menjadi tular di negara ini apabila ruangan komen pada video-video yang dikongsikan dipenuhi dengan ulasan netizen dari Malaysia. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idril 20-1-2023 02:14 PM
indon nyer level.........what do u expect.....
Quote bungarose 20-1-2023 02:17 PM
Celaka maner laks nih
Dasar pemalas
Sanggup abuse parents dan nenek sendiri
Quote afie_m 20-1-2023 02:22 PM
bangang punya anak...
Quote little_sis 20-1-2023 02:27 PM
Aku baca sampai 'rupiah', terus stop..
Quote DayangKirana 20-1-2023 02:34 PM
ade lalu fyp aku time dia live hari tuh..kesian gak..
cam dohh je mamat ni..dunia skrg, sanggup 'jual' anak bini mak bapak demi wang..
Quote cupu 20-1-2023 02:44 PM
Tiktok tak ban plk live mcm ni..klu content kemain byk songeh.itu xblh ini bahaya. Hareee
Quote kepompong 20-1-2023 02:55 PM
dulu macam terbaca sini bagi gifts melalui tiktok , bukan dia dpt duitnye sebyk yg di-kutip pun

service charge lagi mahal drp apa2
Quote supernaturalee 20-1-2023 02:59 PM
cupu replied at 20-1-2023 02:44 PM
Tiktok tak ban plk live mcm ni..klu content kemain byk songeh.itu xblh ini bahaya. Hareee

ape content chuol smpi serba serbi x blh tu

Quote cupu 20-1-2023 03:07 PM
supernaturalee replied at 20-1-2023 02:59 PM
ape content chuol smpi serba serbi x blh tu


Buat content dlm kete..wlupun kita penumpang pun dh kena warn.Pastu anak i masuk silat. Selalu buat post suka2.tu pun tiktok warn ckp dangerous.
Quote Supersirap 20-1-2023 04:07 PM
Ape benda lah mereka ni
Quote nuralisa 20-1-2023 04:26 PM
smlm ada sorg indonesian tu explain.. dia mcm ada sindiket gak ...
mengemis mcm tu .. polis pun x boleh apa sbb atas persetujuan bersama..
biasanya dorg pergunakan org2 susah.. dptla sehari rm20 - 30 buat live mcm tu...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.128590 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top