CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

47 Guni Penuh Mayat Ditemui Ditanam Bawah Lantai Kelab Malam

20-1-2023 08:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3510| Komen: 25

Satu kumpulan kartel yang kejam dipercayai bertanggungjawab terhadap penemuan 47 guni yang mengandungi mayat di bawah sebuah kelab malam.

Polis membuat penemuan itu di sebuah kelab malam di barat daya Mexico, pada minggu lalu.


Dipercayai Kartel Generasi Baharu Jalisco (CJNG), yang merupakan salah satu kartel paling kejam di negara itu, bertanggungjawab terhadap kejadian mengerikan tersebut.

Foto: Newsflash

Kelab malam itu diserbu susulan penahanan sembilan individu yang didakwa anggota kartel berkenaan.

Pasukan penyiasat terpaksa menggunakan penggali industri untuk memecahkan lantai kelab malam yang sebelum ini merupakan sebuah gudang.

Polis turut merampas beberapa senjata api dan jaket kalis peluru dalam serbuan di kelab malam itu.

Walaupun jumlah sebenar mangsa dan identiti mereka belum diketahui, media Mexico Publimetro melaporkan setiausaha pertahanan negara, Luis Cresencio Sandoval pada Selasa lalu memberitahu, penyiasat tidak menyangka menemui lebih 10 mayat lelaki dan 10 mayat wanita di dalam guni.


CJNG terkenal di Mexico kerana menjadi salah satu kartel terbesar dan paling kejam di dunia, dengan keanggotaannya di seluruh Amerika tengah dan utara. - CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 20-1-2023 08:53 AM
cmne dorg leh terpikir nak gali lantai?

Quote supernaturalee 20-1-2023 09:12 AM
teringat video joget2 dlm kelab smpi runtuh lantai tu (not referring to mamma mia yach)
nasib xde memayat mcm ni

Quote Travelo 20-1-2023 10:15 AM
eh..tekaan aku tepat...baca tajuk aku terus terfikir mexico...sekali betul bila baca artikel..
Quote venom1 20-1-2023 10:17 AM
kejam kan. Semua angkara dadah. Nyawa kita ni macam ada 3 je.
Quote ainashiqa 20-1-2023 10:25 AM
giler la diorang ni.tak berhantu ke?
Quote jfq 20-1-2023 11:05 AM
Tak bau ke
Quote Orenn1 20-1-2023 11:06 AM
Article mcm sampahh. Dr awal tak tulis berlaku di negara mana, lepas tu tiba2 ada ayat “…..di negara itu.” Mmg wartawan skrg tulis laporan pun tak pandaii huh
Quote wikedsaikel 20-1-2023 11:43 AM
Aku teka South Korea hahaha Mesiko rupanya.
Quote pooh~key 20-1-2023 11:45 AM
Orenn1 replied at 20-1-2023 11:06 AM
Article mcm sampahh. Dr awal tak tulis berlaku di negara mana, lepas tu tiba2 ada ayat “…..di nega ...

Ya ampornnnn sister oren. Akak jua rengsa yach wartawan sampah sekarang sis. Mujur bukan akak sorang jah rasa macam ni sister. Akak rasa macam nak sepak terajang jah wartawan sampah macam ni sissy.
Quote plywood 20-1-2023 11:47 AM
aku teka ini mesti angkara kartel tapi tak pasti negara mana.. nak teka mexico tp banyak negara ada kartel..
Quote minguk 20-1-2023 11:49 AM
jual organ  sekali ke ni
Quote cupu 20-1-2023 01:29 PM
Mcm mn la org baik baik nak dok tenang tenang dkt sana erk? Migrate jela dr duduk negara mcm ni.
Quote myakayina 20-1-2023 01:40 PM
scary klu tengok puak2 kartel dadah ni..kejam dan ganas...
Quote Hessa 20-1-2023 02:55 PM
mexico lah 'pengeluar'/perintis cartel terhebat dunia. sampai difilemkan kisah elchapo tu.
Quote Decaffeinated 20-1-2023 05:45 PM
sangbara2020 replied at 20-1-2023 08:53 AM
cmne dorg leh terpikir nak gali lantai?

Kelab malam itu diserbu susulan penahanan sembilan individu yang didakwa anggota kartel berkenaan.
Quote Decaffeinated 20-1-2023 05:49 PM
Wartawan Cari boleh edit artikel tanpa edit trail ka?

Quote Orenn1 21-1-2023 11:58 AM
pooh~key replied at 20-1-2023 03:45 AM
Ya ampornnnn sister oren. Akak jua rengsa yach wartawan sampah sekarang sis. Mujur bukan akak sora ...

Kheen sister, zaman skrg ni wartawan pun standard pprt, tak pandai menulis laporan, hairan mcm mana blh terlepas jadi wartawan. Kualiti sampahh
Quote zamzam 21-1-2023 03:16 PM
Orenn1 replied at 21-1-2023 11:58 AM
Kheen sister, zaman skrg ni wartawan pun standard pprt, tak pandai menulis laporan, hairan mcm man ...

Belajar bahasa melalui wechat...
Quote Orenn1 21-1-2023 11:23 PM
zamzam replied at 21-1-2023 07:16 AM
Belajar bahasa melalui wechat...

Tau takpe, dorg tak baca artikel berkualiti mcm zmn kita dulu. Zaman kita dulu takde internet, bahan bacaan n sumber berita kita adalah dr articles berkualiti di akhbar2, dgr berita2 di tv dan radio, juga baca buku2 dan majalah dr pengarang yg menghasilkan mutu kerja yg tinggi. Zaman internet ni mana budak2 skrg tahu buat ayat lengkap yg berkualiti betul tatabahasa semua. Ingat lagi dulu masa sekolah menengah form 3, cikgu bm bahagi kitaorg kpd beberapa kumpulan utk competiton, suruh karang berita spt utk dibaca di radio n esok wakil kumpulan kena baca kat depan. Masa tu cita2 aku mmg nak jd pembaca berita tp kat tv lah lol so aku cakap kat group aku, takpe esok aku baca berita, berita pun aku karang sendiri, balik nanti aku buat semua nanti so kira dorg takyah buat apalah, nak karang berita pun takde bahan masa tu.  Dorg ok sgtlah sbb takyah buat apa2 kan. So balik rumah gegeh aku baca utusan mcm biasa, mmg hari2 aku baca paper. Lps tu aku dgr berita kat radio, masa tu ada time tertentu berita kat radio, byk kali jugak, so aku dgr betul2 n faham formula berita kat radio, then aku pilih a few berita hari tu dr utusan, aku olah ringkaskan dlm format bentuk utk disampaikan dlm berita radio, aku practiced dgn lenggok2 pembaca berita propesonal, di samping tu setiap kali berita kat radio aku akan dgr sampailah ke malam. Kiranya hari tu aku mmg focus buat benda tu jahhh, mmg bersemangat aku sbb aku nak jd pembaca berita tv masa tu, ala2 cantik n glamour gittew lol. Bukan nak riak tapi masa practiced tu aku dah tahu group aku akan menang esoknya sbb aku tahu aku buat betul2 mcm propesonal lol. Esoknya time  aku baca berita kat depan, cikgu aku n satu kelas sgt impressed gittew n cikgu siap komen dgn serious yg aku baca berita betul2 mcm pembaca pemberita kat radio kat tv. Aku punyalah bangga dlm hatii lol tapi zmn tu tak blh expresss sgtt kita happy kena pujiii so aku buat muka boasa je lahhh lol n mcm dijangka cikgu kata group aku menang, yahooooo tu yg aku jaki sgtt tu klu ada article taraf sampah skrg ni, bila pikir masa tu kita yg form 3 tu pun betapa telitinya ambik berita dr paper yg panjing tu, ringkaskan dlm format yg sesuai utk disampaikan dlm berita radio pulak tanpa menjejaskan berita tu sendiri. Yg ini pulak, pegi uni (harapnya lah) ambik course berkaitan (harapnya juga) keluar jd wartawan, hasilnya article sampahhh jah taraffnya yg mampu dia buatt huh













Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.043399 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top