CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Brek Tak Berfungsi, Wanita Tersangkut Di Bumbung Rumah Dengan Motosikal

20-1-2023 05:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1690| Komen: 7

Tular klip video di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita tersangkut di bumbung sebuah rumah bersama motosikal yang ditunggang, lapor laman berita Detik. 

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @magelang_raya.



Salah seorang mangsa dirakam berada di atas atap sebuah rumah bersama motosikalnya. - Instagram

“Didakwa kerana brek gagal berfungsi, motosikal yang dipandu laju terbabas di bumbung rumah penduduk yang terletak di bahagian bawah jalan ketika pemandunya melintasi selekoh Dusun Puntingan Grabag Magelang,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Kejadian itu berlaku di Dusun Puntingan, daerah Magelang pada Ahad lalu.

Rumah penduduk yang menjadi lokasi kemalangan itu dikatakan berada di tepi satu selekoh jalan raya. Kedudukan rumah tersebut berada lebih rendah daripada jalan raya itu.


Ketika melalui jalan yang berselekoh itu, pemandu berkenaan gagal membelok ke kiri, sebaliknya memandu secara lurus lalu ‘terbang’ di atas bumbung rumah penduduk.

Seorang pengimpal yang berada di lokasi tersebut kemudian memberitahu bahawa motosikal itu telah dinaiki oleh dua orang. Mereka kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 20-1-2023 09:24 AM
jangan marah aaaaa

[youtube]0_1A9mTN9K0[/youtube]
Quote dubuk 20-1-2023 03:04 PM
hahahahahahahahahahahahahahahahaha
Quote KamikuP 20-1-2023 03:22 PM
gOBLOKNYA TANTER
Quote afie_m 20-1-2023 03:49 PM
hahhahah..sebijik ngan cerita P.Ramli..ahhahah
Quote Supersirap 20-1-2023 04:08 PM
Macam-macam hal mereka ini
Quote tintin22 20-1-2023 04:11 PM
ak pon terus ingat citer P Ramlee
Quote Decaffeinated 20-1-2023 04:57 PM
terbabas di bumbung rumah penduduk yang terletak di bahagian bawah jalan

Tak ada yang pelik pun. Teringat pengalaman naik ojek melusuri rumah2 desa di lereng2 pergunungan Bandung. Heaven!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.038387 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top